Bagaimana Jika Tan Sri Muhyiddin Tersungkur
Ir Muhammad Lukman Al Hakim MuhammadUmat Islam tetap terpinggir  meskipun di bawah pemerintahan pemimpin Melayu

		  			 			SELURUH rakyat  Malaysia harus bersedia menghadapi kemungkinan ini. Namun kita juga  mengharapkan, jika perlu diganti, biarlah pengganti beliau lebih soleh  (integrity) dan lebih kuat (capability)
2. Semoga penggantinya nanti merupakan  seorang pemimpin muslim berwibawa yang bukan boneka kepada mana-mana  kuasa luar, taikun Cina pelobi politik ataupun parti cauvinis dan  anti-Perlembagaan, DAP
3. Yang lebih ditakuti ialah pertukaran  kerajaan akan meletakkan pemimpin rasis bukan Islam di tempat yang lebih  strategik berbanding sebelum ini
4. Sejarah negara membuktikan di bawah  pemerintahan pemimpin Melayu sekalipun, agama Islam dan umat Melayu  tetap terpinggir di bumi sendiri umpama melukut di tepi gantang
5. Contohnya dalam arena politik,  pemimpin Cina dan India dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri  dengan jumlah yang ramai (terutama di bawah pimpinan kerajaan PH). Di  bawah pimpinan Tun M sebagai PM ke-7, hanya 44 peratus ahli Parlimen PH  beragama Islam
6. Dalam PRU14 yang lalu, DAP berjaya  memenangi 41 daripada 46 kerusi parlimen yang ditandingi (89 peratus)  berbanding PKR 67 peratus, BN 35 peratus dan PAS dengan hanya 11  peratus.
7. Dalam bidang ekonomi pula, 10 orang  terkaya Malaysia bukanlah orang Melayu (kecuali Syed Mokhtar Bukhari).  Laporan UNHDP pada tahun 2004 pula menunjukkan 10 peratus manusia  terkaya di Malaysia menguasai 38.4 peratus pendapatan ekonomi negara  berbanding 10 peratus manusia termiskin yang hanya mendapat 1.7 peratus.
8. Fenomena yang sama dapat dilihat dalam  pemilikan saham di syarikat-syarikat yang tersenarai di BSKL dan  pemilikan tanah di Malaysia. Bangsa Melayu hanya memiliki kurang 20  peratus saham berbanding bangsa Cina yang memiliki lebih 40 peratus.
9. Manakala dalam bidang pendidikan,  sekolah vernakular terus dibenarkan hidup subur dan berkembang walaupun  bertentangan dengan Perlembagaan
10. Dari segi pengamalan agama, statistik  menunjukkan bilangan gereja dan kuil di Malaysia sebenarnya lebih  banyak dari masjid jika dikira mengikut per kapita penganut agama. Malah  agama minoriti lain diberikan ruang lebih luas untuk menegakkan syiar  agama mereka contohnya patung gergasi Buddha di Kelantan dan patung  Murugan di Batu Caves, Selangor
11. Jika Perdana Menteri baharu dan  Kabinetnya nanti tidak mampu mengubah fakta dan statistik di atas, lebih  baik kita kekalkan sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin!
(*) Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad- Pemerhati politik.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/bagaimana-jika-tan-sri-muhyiddin.html