Bagaimana Dengan Kes Rasuah Bekas Pengarah Jbsn
Mohd Sayuti Omar II
dtnrsoSeg13c15918026mh9i3a0 ·
APA CERITA DENGAN KES RASUAH BEKAS PENGARAH JBSN?
Lima tahun lalu negara digempar dengan rampasan wang bernilai ratusan juta ringgit yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram dalam Jabatan Air Negeri Sabah (JBSN). Ia terbongkar apabila SPRM menyerbu jabatan itu dalam operasi Water JBSN.
Wang bernilai lebih RM60 juta dirampas di pejabat bekas pengarah JBSN itu. Lanjutan itu bekas pengarah tersebut Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, didakwa atas pertuduhan berhubung melakukan pengubahan wang haram.
Turut sama didakwa isterinya Fauzian Piut, 54 idan bekas timbalan Pengarah Lim Lam Beng, 62.
Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah.
Kemudian seorang lagi timbalan pengarah JBSN Chee Kong dituduh dengan 146 pertuduhan dan dibicarakan. Mahkamah Khas SPRM di Kota Kinabalu pada 13 Disember 2017 telah membebaskan Chee Kong tanpa dilepas. Chee Kong juga dikenakan kompaun berjumlah RM30 juta.
Menjadi persoalan, apakah kesudahan dengan kes membabitan Awang Mohd Tahir, isterinya dan Lim Lam Beng? Kes ini senyap sahaja, seperti tidak ada tindakan susulan dan laporan lanjutan mengenai kes itu? Ia sudah berlanjutan lima tahun.
Apakah kes terhadap ketiga-tiga mereka ini sudah selesai cuma tidak dihebuhkan oleh SPRM. Kalau diselesaikan macam mana makenismenya, di dalam mahkamah atau di luar mahkamah?
Apakah nasib mereka juga baik seperti mana berlaku kepada beberapa pemimpin Umno yang dituduh rasuah dan terbabit dengan wang haram 1MDB, tetapi akhirnya diselesai di luar mahkamah?
Kerana kes membabitkan mereka itu bukan kaling-kaling kes, wajar kalau penyelesaian atau proses yang sedang dilakukan diumumkan kepada umum. Rakyat ingin mengetahui perkembangannya.
Apakah SPRM mempunyai kuasa atau peruntukan undang-undang untuk menyelesaikan kes itu begitu sahaja tanpa perlu dimaklumkan kepada umum? Atau pun Ketua Pesuruhjaya SPRM ada kuasa budibiacara yang tinggi untuk mengaturnya. Kalau semasa membuat tangkapan dihebuhkan kepada rakyat, maka menjadi kewajiban rakyat mengetahui kesudahannya.
Apakah penghebuhan kepada umum itu untuk menunjukkan ketegasan SPRM, menggambarkan kakitangan mereka berkerja? Kalau hanya setakat itu lebih baik SPRM menghentikan tindakan-tindakan untuk mengambil hati rakyat. Tidak ada guna sedikitpun.
Harap ada pihak menjelaskan kedudukan kes ini. Dan para ahli parlimen silalah timbulkan perkara ini di dalam dewan jangan asyik dan galak mengkritik Ismail Sabri Yaakob sahaja. Trims. * Foto wang yang dirampas dalam serbuan SPRM di JBSN.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/05/bagaimana-dengan-kes-rasuah-bekas.html