Cara Ambil Dan Print Gambar Passport Sendiri Untuk Kegunaan Formal Imigresen Dan Lain Lain
Gambar passport adalah merupakan jenis gambar yang sangat memainkan pelbagai peranan dan fungsi dalam hidup kita. Kegunaanya juga tidak terbatas untuk urusan keluar negara yang mana pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memerlukan gambar passport bagi melengkapkan dokumen wajib perjalanan antarabangsa untuk rakyat Malaysia sekiranya ingin ke luar negara.
Terdapat beberapa beberapa kegunaan gambar passport yang boleh menjadikannya sebahagian urusan penting dalam kehidupan.
Sertai Telegram Informasi SGO
Guna Gambar Passport untuk Pelbagai Urusan
Kegunaan Gambar Passport Dalam Kehidupan Harian
Berbicara mengenai gambar passport terdapat kegunaannya tersendiri. Samaada urusan formal dan urusan peribadi penggunaannya adalah mengikut keperluan masing-masing.
Berikut adalah antara kegunaan gambar passport dalam kehidupan kita:
Kegunaan untuk membuat passport negara Malaysia dibawah JIM
Ganti gambar passport di kad pengenalan, lesen memandu, kad matrik pelajar dan lain-lain.
Untuk melengkapkan apa-apa borang permohonan. Kebiasaanya melibatkan urusan pendaftaran (Borang sekolah, kerja, rekod dan lain-lain).
Sebagai lampiran resume.
Urusan rasmi
dan lain-lain
Saiz Gambar Passport Mengikut Negara Malaysia
Untuk ukuran saiz mungkin berbeza-beza mengikut keperluan. Namun, bagi saranan kami adalah untuk ikuti ukuran saiz Malaysia yang rasmi. Berikut adalah saiz ukur gambar berdasarkan laman web Jabatan Imigresen Malaysia (JIM):
Saiz dalam Milimeter (MM) : 50mm tinggi X 35mm lebar
Saiz dalam Centimeter (CM) : 5.0cm tinggi X 3.5cm lebar
Panduan Ambil Gambar Format Passport
Terdapat cara yang anda boleh ikut bagi mengambil gambar passport. Bagi urusan rasmi atau berkait kerajaan, adalah perlu mengikut penetapan yang ditetapkan. Bagi ibu bapa pula untuk buat gambar kegunaan anak sangat berguna. Harga untuk gambar passport di pasaran pula RM16 untuk 4 keping gambar. Jadi, sangat menjimatkan jika anda buat sendiri.
Ambil Gambar Passport untuk Kegunaan Imigresen
Untuk mengambil gambar adalah perlu untuk anda memastikan ianya adalah mengikuti spesifikasi yang ditetapkan oleh JIM. Urusan gambar passport boleh sahaja diambil di JIM, namun seandainya anda ingin mengambil inisiatif sendiri atau pergi ke kedai foto. Anda boleh berbuat demikian tetapi kena pastikan ianya adalah ikut spesifikasi yang sah.
Cara Ambil Gambar Passport Anda Sendiri
Terdapat cara mudah untuk anda untuk ambil gambar berformat passport Malaysia dengan beberapa langkah sahaja.
Berikut adalah cara ambil gambar passport sendiri:
Langkah 1:
Berikut adalah penerangan dan rujukan lengkap spesifikasi bagi gambar passport mengikut Jabatan Imigresen Malaysia(JIM), untuk formal kaedah ini disarankan untuk anda:
Gambar terkini pemohon berukuran 35mm x 50mm latarbelakang putih.
Saiz wajah pemohon berukuran 25mm-30 mm (50-60% saiz ruang mengikut standard ICAO)
Berpakaian kemas gelap serta menutupi bahu dan dada
Memandang tepat ke arah kamera.
Riak muka hendaklah dalam keadaan normal.
Mata perlu dalam keadaan terbuka.
Mulut tertutup rapi.
Tidak memakai topi / rambut tidak melindungi wajah.
Pemakaian aksesori adalah tidak dibenarkan sama sekali (cekak rambut, subang dll).
Tidak menutup dahi bagi yang memakai tudung.
Muka penuh wajah hendaklah kelihatan.
Pastikan tidak kelihatan bayangan pada wajah.
Pemakaian lensa mata dan kaca mata adalah tidak dibenarkan.
Pemohon yang memakai tudung harus memakai tudung berwarna gelap.
Langkah 2:
Layari Remove BG untuk membuang latar belakang gambar anda. Kemudian, ada boleh membuang gambar latar belakang anda dengan mudah. Seterusnya, anda boleh klik ‘edit’ dan boleh pilih background biru atau putih mengikut keperluan anda. Pastikan gambar anda adalah berformat betul sama dengan ketetapan JIM selepas selesai. Kemudian, anda boleh muat turun dengan klik butang download.
Langkah 3:
Selepas selesai mendapatkan gambar anda, seterusnya anda boleh menggunakan untuk urusan rasmi dan seandainya anda berkehendak untuk mencetak keluar. Untuk mencetak keluar melalui laptop atau komputer dengan set gambar saiz 5.0cm X 3.5cm dan menggunakan gambar glossy papar sahaja. Kini, anda berjaya memperoleh gambar anda sendiri.
Cara Print dan Duplicate Gambar Passport
Setelah anda mendapatkan gambar format passport yang anda inginkan, kini kami kongsikan bagaimana untuk mencetak keluar banyak gambar dalam satu kertas A4 atau ‘Duplicate Gambar Passport”.
Berikut adalah cara mudah untuk cetak keluar duplicate gambar format passport:
Pergi ke pautan makepassportphoto.com. Tetapkan ‘select country’ Malaysia.
Kemudian anda boleh pilih ‘select document’ passport – 35 x 50 mm. Seterusnya, anda klik pilihan ‘ Do it yourself’ (FREE)’ dan klik butang ‘get photo’ dibawah.
Muat naik gambar anda yang sudah siap diedit tadi.
Bagi saiz kertas (paper size) pilih A4. Kemudian, tekan ‘next’.
Sekiranya anda ingin adjust apa-apa, anda boleh adjust kedudukan dan brightness dan lain-lain.
Seterusnya, klik ‘skip’ bahagian ‘Dress up’.
Kemudian di bahagian akhir, anda boleh klik butang “download”. Jadi, gambar anda sudah siap dan bersedia untuk dicetak keluar menggunakan glossy paper.
Semasa ingin mencetak, pastikan anda menggunakan glossy paper dan setting print adalah jenis photo glossy paper dan tetapkan highest quality untuk gambar yang lebih cantik.
Selesai, anda boleh menjimatkan wang anda apabila anda dapat melakukan dengan sendiri. Hasil anda pun apa kurangnya, sangat menawan!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/11/gambar-passport.html