Bagaimana Atlet Dan Orang Yang Sihat Boleh Kena Serangan Jantung




Kita sering juga dikejutkan dengan atlet yang sedang bersukan tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, lelaki berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Sering menjadi tanda tanya di kalangan kita apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua. Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality). 
Iker Casillas, bekas keeper Real Madrid dan Sepanyol antara atlet yang pernah kena serangan jantung namun berjaya dirawat
Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an. Antara simptom sakit jantung yang boleh dialami penghidap adalah sakit dada, kesukaran untuk bernafas, pengsan, jantung berdebar, berpeluh, muntah dan sakit kepala.
Penyakit jantung biasanya dipanggil pembunuh senyap kerana seseorang yang menghidap penyakit ini mungkin tidak menunjukkan gejala yang dikaitkan dengan penyakit ini. Penyakit ini sering dikaitkan dengan faktor usia tetapi tahukah anda penyakit ini boleh menyerang mereka seawal usia 30-an? Pelbagai faktor juga turut menyumbang kepada risiko terkena serangan jantung.
Kegemukan mengundang pelbagai jenis penyakit termasuk darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung. Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di kalangan wanita dan ia telah mengatasi penyakit kronik yang lain termasuk kanser. Pada amnya, oestrogen yang dikeluarkan oleh wanita sepanjang tempoh kedatangan haid dikatakan mampu melindungi wanita daripada pelbagai ancaman kesihatan termasuk penjagaan jantung, namun selepas putus haid, wanita mengalami tiga kali lebih risiko untuk diserang penyakit yang sama. 
Kegemukan, memang punca utama berlakunya serangan jantung tapi bagaimana bagi orang yang kurus, sihat dan selalu bersukan

Malah selepas serangan pertama, 33 peratus wanita menemui maut dalam tahun pertama selepas serangan berbanding 25 peratus di kalangan pesakit lelaki. Insiden ini sekali gus meminggirkan tanggapan serangan jantung lebih banyak menyerang kaum lelaki berbanding wanita. Anggapan yang menyatakan wanita dilindungi daripada serangan jantung tidak benar kerana secara amnya, penyakit ini menyerang tanpa mengenal jantina. 
Walaupun kajian menunjukkan wanita diserang lebih 15 tahun lewat daripada lelaki namun selepas putus haid, mereka menghadapi tiga kali lebih ganda risiko berbanding sebelum putus haid. Sehubungan itu, jika di kalangan wanita dalam usia 40-an yang bakal menempuhi era menopaus tidak menjaga jantung masing-masing secara intensif, ia akan membebankan sistem jantung selepas putus haid. 

Ketika itu mereka lebih mudah diserang dan pencegahan untuk mengelak juga telah terlambat. Mereka yang mengalami sindrom metabolik iaitu mengalami obesiti, trigliserid tinggi dan menghidap darah tinggi yang menyebabkan radang pada saluran darah turut terdedah kepada sakit jantung.


Usia bukan saja faktor yang turut menyumbang kepada risiko serangan jantung. Malah menurut kajian, terdapat empat faktor utama yang menyebabkan berlaku serangan jantung, antaranya merokok, darah tinggi, kencing manis dan juga lebihan kolesterol di dalam badan. Ada banyak faktor yang boleh merosakkan fungsi jantung dan sebab utama kerosakan pada otot jantung. 



Ia dikenali sebagai penyakit kardiovaskular di mana berlaku kesempitan saluran darah disebabkan lemak-lemak melalui proses ateriosklerosis atau saluran darah tersumbat. Keadaan ini menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen dan akhirnya rosak atau mati. Apabila rosak, sebahagian daripada jantung akan menjadi parut dan tidak berfungsi. Lama kelamaan jantung menjadi bengkak dan kegagalan jantung akan timbul. 
Arteriosclerosis adalah proses pengumpulan bahan-bahan lemak dan kolesterol dalam saluran darah menyebabkan bekalan darah ke jantung tersekat dan menyebabkan berlakunya serangan jantung. Faktor risiko paling ketara akibat sakit jantung ialah tabiat merokok. Sejumlah RM9.1 juta sehari dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk membeli rokok dan kini jumlah remaja dan wanita merokok semakin bertambah. Malah, jika seseorang itu merokok, menghidap diabetes, mempunyai kolesterol tinggi serta penyakit darah tinggi, digabung faktor sejarah keluarga, risiko dia mendapat sakit jantung makin berganda.

Genetik ialah faktor utama untuk risiko sakit jantung. Ia seperti penyakit keturunan lain seperti jika dalam keluarga ibu bapa mempunyai diabetes, anaknya mungkin menghidap penyakit sama. Begitu juga dengan kolesterol tinggi dan merokok. Dalam sebuah keluarga yang sosial ekonominya rendah, didapati risiko juga bertambah dan faktor stres juga menambah risiko melalui hormon adrenergik yang dikeluarkan kelenjar suprarenal apabila di bawah stres. Ada lebih 20 ciri genetik diketahui sekarang, menyebabkan mereka mudah terkena sakit jantung dan lebih berisiko berbanding orang lain. 



Individu yang mempunyai sejarah keluarga berisiko tinggi jika bapanya mendapat sakit jantung pada usia muda iaitu ketika berusia tidak sampai 50 tahun atau ibunya diserang ketika berusia kurang 55 tahun. Adakalanya tanpa faktor risiko pun, seseorang boleh mendapat sakit jantung. Misalnya, satu kajian membabitkan kira-kira 120, 000 individu yang pernah menghidap sakit jantung koronari mendapati, 15 peratus wanita dan 19 peratus lelaki tidak mempunyai faktor risiko yang dikenali. Faktor genetik yang belum dikesan, disyaki memainkan peranan dalam kes sebegini.



Gaya hidup sihat membantu mengawal faktor risiko sakit jantung. Hentikan tabiat merokok serta elakkan makan terlalu banyak daging merah seperti lembu dan kambing, produk tenusu seperti krim dan mentega kerana semua jenis lemak tepu boleh ditukar kepada kolesterol. Yang kita perlu faham mengenai sakit jantung ialah, mencegah lebih baik daripada merawat. Pengesanan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada gejala dialami membolehkan rawatan sewajarnya dijalankan.
Sumber  : Usahawan dot com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2019/09/bagaimana-atlet-dan-orang-yang-sihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Serangan Stroke Boleh Berulang Kembali

Adakah Serangan Stroke Boleh Berulang Kembali

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 265 hits
Lapan puluh peratus daripada semua pesakit yang diserang penyakit angin ahmar atau stroke berlaku apabila aliran darah ke otak secara tiba tiba terputus Adakah Serangan Stroke Boleh Berulang Kembali Credit Pic Ia biasanya disebabkan oleh pe...
Eks Bupati Bangkalan Fuad Amin Meninggal Akibat Serangan Jantung

Eks Bupati Bangkalan Fuad Amin Meninggal Akibat Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 297 hits
Saat dirujuk Fuad diketahui menderita berbagai macam penyakit atau disebut sakit komplikasi
Suppliment Laku Keras Tak Kira Jantina Boleh Minum Sihat Dan Kecantikkan Dari Dalam Bersama Leunnie Birds Nest

Suppliment Laku Keras Tak Kira Jantina Boleh Minum Sihat Dan Kecantikkan Dari Dalam Bersama Leunnie Birds Nest

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 488 hits
LEUNNIE BIRDS NESTPernah dengar leunnie birdnest Suppliment terbaik untuk kesihatan dalaman kita Nak cantik Minum leunniebirdnest ni Cantik bermula dari dalam baru terserlah luarannya Cuba dulu baru tau Apa itu leunnie bird nest Leunnie ada...
Xiaomi Sahkan Akan Melancarkan Mi Mix Alpha Telefon Boleh Lipat Pertama Xiaomi

Xiaomi Sahkan Akan Melancarkan Mi Mix Alpha Telefon Boleh Lipat Pertama Xiaomi

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 248 hits
Reading Time 2 minutesBaru baru ini Xiaomi telah mengesahkan akan melancarkan dua peranti mercunya iaitu Xiaomi Mi 9 Pro 5G dan juga Xiaomi Mi Mix Pelbagai spekulasi timbul di dalam media sosial mengenai nama peranti Mi Mix yang bakal dikel...
Port Berhibur Di Johor Bahru Paling Best Siap Boleh Jumpa Artis Lagi

Port Berhibur Di Johor Bahru Paling Best Siap Boleh Jumpa Artis Lagi

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 478 hits
Bercakap mengenai tempat lepak mahupun berhibur pastinya anda mencari satu tempat yang semuanya ada di situ bukan Bila semua kelengkapan ada dalam The post appeared first on
Ios 13 Stabil Kini Boleh Dimuat Turun

Ios 13 Stabil Kini Boleh Dimuat Turun

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 277 hits
iOS 13 adalah sistem operasi baharu dari Apple untuk iPhone Manakala untuk iPad pula adalah iPadOS 13 Ia hadir dengan banyak perkara baharu seperti mod malam pada sistem aplikasi dua kali ganda lebih lancar aplikasi Photos dengan sokongan p...
Nokia 2720 Berharga Rm359 Di Malaysia Telefon Boleh Lipat Dengan Sokongan 4g

Nokia 2720 Berharga Rm359 Di Malaysia Telefon Boleh Lipat Dengan Sokongan 4g

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 457 hits
Bersama sama pengenalan Nokia 7 2 dan Nokia 6 2 pihak Nokia turut membawa masuk satu lagi telefon bimbit terbaru untuk pasaran tempatan iaitu Nokia 2720 Nokia 2720 hadir dengan rekaan boleh lipat dan menyertakan papan kekunci fizikal bersam...
Banyak Lagi Jawatan Lain Yang Anwar Boleh Pilih Selain Pm

Banyak Lagi Jawatan Lain Yang Anwar Boleh Pilih Selain Pm

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 308 hits
Peralihan kuasa perlu berjalan dengan licin dan lebih penting majoriti menerimanya dengan baik bukan kerana janji bukan kerana giliran tetapi kerana integriti seseorang itu adalah anatara yang terbaik Yang menentukan pendek atau panjang akh...
Gerakan Koperasi Boleh Bantu B40 Kata Pm

Gerakan Koperasi Boleh Bantu B40 Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 264 hits
Gerakan koperasi boleh bantu B40 kata PM Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Sep 2019 12 32PM
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Tiga Adab Dalam Menulis Menyampaikan Berita

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cerita Pemilik Keldai Dan Anaknya

Keeping Jellyfish In The Aquarium Practical Fishkeeping

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

Terlalu Ramai Berebut Peluang Yang Sedikit Peluang Yang Banyak Tak Ramai Yang Ambil

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Sisi Gelap Hari Raya Apa Yang Tak Diceritakan