Bagaimana Anda Boleh Belajar Untuk Hidup Ringkas Dari Aktiviti Pengembaraan Yang Anda Sering Buat




Pernahkah anda keluar dari rumah untuk pergi mengembara?
Jika belum pernah, elok buat. Agar tidak terlepas peluang untuk memahami apa itu kehidupan.
Bagi orang Islam yang percaya adanya hari akhirat, kehidupan di dunia ini hanyalah sementara.
Kita singgah sebentar, dalam satu tempoh waktu tertentu sahaja. Hanya sebagai pengembara yang sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi sebenar iaitu Negeri Akirat.
Perumpamaan manusia sebagai pengembara di atas mukabumi ini sering diguna pakai oleh orang Islam. Saya diperkenalkan kepada konsep pengembara ni sejak zaman kanak-kanak lagi. Masa tu kami belajar membaca Al-Quran di Masjid. Arwah Tok Guru yang juga Imam kampung dimana saya tinggal, sering ingatkan kami bahawa hidup ini hanyalah sekadar satu pengembaraan yang pendek sahaja. Jadi jangan buang masa!
Pernahkah anda terfikir kenapa perkataan 'pengembara' itu menjadi pilihan?.
Cuba renung sejenak untuk cuba selami keadaan diri anda jika sedang mengembara. Di bawah adalah antara soalan-soalan yang boleh ditanya dan dijawab dalam proses membuat renungan tersebut.
Apa istimewanya seorang pengembaraBagaimana rasanya menjadi seorang pengembaraApa yang perlu dilakukan oleh seorang pengembaraApa persediaan yang perlu dibuat oleh seorang pengembaraApa amalan yang terbaik sebagai seorang pengembaraApa yang dicari atau ditemui dalam pengembaraanBagaimana sikap pengembara terhadap segala benda atau perkara yang dia temui.Bagaimana seorang pengembara berfikirApa reaksi pengembara apabila menemui halangan atau kemalanganApa reaksi pengembara apabila menemui kenikmatan dan kesenanganApakah seorang pengembara akan berhenti sebelum sampai ke destinasiSemua soalan di atas adalah sebagai contoh saja. Anda boleh renungkan sendiri untuk membuat refleksi. Banyak lagi soalan yang boleh anda fikirkan.
Yang pastinya, jika anda mahu menghayati segala persoalan di atas dan mendapatkan jawapan, tidak dapat tidak, perlu terjun untuk mengembara sekurang-kurangnya sekali dalam kehidupan. Lebih kerap lebih banyak penemuan baru yang anda dapat belajar.
Kalau tak buat, memang anda tak akan benar-benar dapat menghayati bagaimana rasanya diri ketika menjadi seorang pengembara.
Luangkan masa mengembaraTak perlu mengembara lama-lama atau jauh sangat. 
Anda boleh mula dengan melakukan pengembaraan yang singkat dan dekat terlebih dahulu. Perlahan-lahan untuk ke arah pengembaran yang jauh atau panjang satu masa nanti.
Sekurang-kurangnya dengan melakukan aktiviti mengembara, bila anda pulang, dapat melakukan satu refleksi. Berfikir sebentar dan cuba bandingkan antara kehidupan ketika anda mengembara sebelum dengan keadaan kehidupan anda sekarang. Apa persamaan dan apa perbezaan.
Anda dapat rasa apa yang perlu diubah terhadap cara kehidupan sekarang supaya ianya sesuai sebagaimana seorang pengembara yang sedang menuju ke destinasi sebenar, iaitu akhirat.
Keperluan material pengembaraCuba anda mulakan dengan berfikir tentang apakah barang-barang yang perlu dibawa oleh seorang pengembara.
Kalau anda dah ada pengalaman mengharungi cabaran mengembara, tentu setuju jika saya katakan seorang pengembara perlu pastikan barangan yang dibawanya hanyalah terdiri daripada barangan yang mudah dan betul-betul berguna bagi meneruskan perjalanan tersebut.
Jika anda mahu masuk ke Taman negara umpamanya, adalah tidak bijak berfikir untuk membawa dapur gas, kusyen tempat melepak, TV, set audio, video dan lain-lain lagi. Sekalipun memang best jika semua itu ada.
Tapi kalau nak melepak macam duduk di rumah ketika kembara dalam hutan, lebih elok tak payah masuk hutan. Betul tak?
Sebolehnya anda akan minimumkan barang yang dibawa. Lebih ringkas persediaan dan kelengkapan, maka lebih mudahlah perjalanan anda nanti.
Sepanjang perjalanan pula, anda hanya akan ambil dan gunakan setakat apa yang anda perlukan sahaja. Selebihnya anda akan tinggalkan atau letak semula ditempat asalnya. Biarlah orang lain yang akan melalui tempat tu dapat menggunakannya nanti.
Tidak guna anda mengambil apa sahaja yang menarik dan masukkan ke dalam beg sepanjang perjalanan kerana ini akan menyusahkan perjalanan sahaja. Makin jauh makin susah.
Dengan menggunakan perumpamaan ringkas di atas saya yakin cara hidup ringkas amat bersesuaian dengan hakikat diri anda sebagai seorang pengembara.
Kita tidak perlu memiliki terlalu banyak barangan dalam kehidupan, melainkan sekadar yang diperlukan dalam meneruskan perjalanan hidup ini sahaja.
Barang yang tak berguna bagi diri anda perlulah ditinggalkan atau  berikan saja pada orang lain yang memerlukannya.
Apa yang amat berguna bagi seorang pengembara adalah kekuatan mental serta ilmu bagi mencari jalan yang selamat dalam menempuh perjalanan.
Jiwa yang kental membuatkan anda tidak mudah kecewa dan putus asa bagi meneruskan perjalanan selepas ditimpa kesusahan.
Rumusannya di sini adalah. Anda perlu hidup ringkas dengan memiliki sekadar apa yang diperlukan sahaja sebagai kegunaan untuk meneruskan perjalanan hidup.
Anda boleh lanjutkan lagi refleksi ini dengan cuba menyelami apa lagi budaya dan pemikiran lain yang diperlukan dalam kehidupan yang sementara ini sebagai seorang pengembara.

The miracle is not to fly in the air, or to walk on the water; but to walk on the earth - Chinese Proverb


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/02/falsafah-pengembara-dalam-hidup-ringkas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Busking Zaman Ini Hanya Aktiviti Tiada Kaitan Dengan Keperitan Hidup

Busking Zaman Ini Hanya Aktiviti Tiada Kaitan Dengan Keperitan Hidup

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 120 hits
Dua minggu lepas saya dan isteri pergi makan malam di sebuah warung di pinggir Kuala Lumpur bersama kawan kawan saya iaitu Seth seorang jurugambar penulis Hishamuddin Rais dan seorang lagi kawan bernama Mus Deretan jalan yang dipenuhi denga...
5 Aktiviti Indoor Semasa Cuti Sekolah Yang Ibu Bapa Boleh Lakukan Amazing

5 Aktiviti Indoor Semasa Cuti Sekolah Yang Ibu Bapa Boleh Lakukan Amazing

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 226 hits
5 Aktiviti Indoor Semasa Cuti Sekolah Yang Ibu Bapa Boleh Lakukan Pada musim cuti sekolah kebanyakan ibu bapa ingin memastikan anak anak mereka tetap sibuk dan terhibur di rumah Terdapat pelbagai aktiviti indoor yang boleh dilakukan untuk m...
Menteri Komunikasi Yang Bahlol Sapa Minta Duit Pada Ko Woiiii Kau Tak Bayar Pun Orang Boleh Hidup

Menteri Komunikasi Yang Bahlol Sapa Minta Duit Pada Ko Woiiii Kau Tak Bayar Pun Orang Boleh Hidup

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 200 hits
Mohd Shah Rim Aku harap hentikan boleh saja dapat penjelasan menteri atas semangat brotherhood air dicincang tidak akan putus Ikhlas dari penyokong Kjaan Tanpa Parti RMS
Cuba Cara Ini Untuk Selesaikan Masalah Kewangan Dan Hutang Yang Membelenggu Hidup Anda

Cuba Cara Ini Untuk Selesaikan Masalah Kewangan Dan Hutang Yang Membelenggu Hidup Anda

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 233 hits
Artikel ini adalah perkongsian satu teknik khas untuk anda yang sedang mencari satu cara mudah bagi atasi masalah kewangan terutamanya bebanan hutang yang bertapuk nampak macam tak akan dapat diselesaikan Anda perlu luangkan masa selama sat...
Sudah 2 Pekan Murid Sdn Bojong Nangka 02 Di Bogor Belajar Tanpa Meja Dan Kursi

Sudah 2 Pekan Murid Sdn Bojong Nangka 02 Di Bogor Belajar Tanpa Meja Dan Kursi

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 148 hits
SDN Bojong Nangka 02 Kabupaten Bogor belum tersedia bangku dan meja untuk aktivitas belajar yang layak di sekolah Diketahui sudah lebih dari 2 pekan murid murid pada tiga ruangan kelas menerapkan kegiatan belajar mengajar di atas karpet
Tren Digitalisasi Pnm Siap Kembangkan Potensi Metaverse Dan Portal Belajar Karyawan

Tren Digitalisasi Pnm Siap Kembangkan Potensi Metaverse Dan Portal Belajar Karyawan

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 103 hits
Menurut Direktur Utama PNM Arief Mulyadi proses belajar memang harus dibangun secara menyenangkan Apalagi saat ini karyawan PNM didominasi oleh generasi z yang lekat dengan teknologi digital
Belajar Jadi Iiustrator Mending Kursus Atau Mandiri Saja

Belajar Jadi Iiustrator Mending Kursus Atau Mandiri Saja

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 279 hits
Silahkan lanjut baca artikel di Bayaran seorang ilustrator bisa sangat besar untuk setiap karya yang dibuatnya Bisa jadi itu sebabnya Artikel pertama kali dipublikasikan di
Mengatasi Asam Urat Dengan Gaya Hidup Sehat Yang Mudah Dilakukan

Mengatasi Asam Urat Dengan Gaya Hidup Sehat Yang Mudah Dilakukan

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 180 hits
Yo bros and sistas kali ini kita bakal bahas tentang sih asam urat Udah pada tahu belum nih kalau asam urat itu bisa bikin sakit banget lho Nah kali ini kita bakal bahas secara lengkap dan semoga bisa jadi pengingat buat kita semua Asam ura...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life