Badminton Bwf Ranking Week 12
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar buat semua pembaca dan peminat badminton dari seluruh dunia termasuk Malaysia? Sudah lama sebenarnya aku tak menulis tentang ranking pemain badminton Malaysia dan Dunia di dalam blog ini. Kali terakhir adalah pada tahun 2018 dimana Dato' Lee Chong Wei masih lagi beraksi di dunia badminton
Artikel Berkaitan : [ Badminton BWF Ranking Week 30 (2018)]
Baiklah, jom kita lihat senarai ranking pemain badminton dunia dan juga dimanakah pemain badminton Malaysia
MEN'S SINGLES
Dengan ketiadaan Lee Chong Wei, masih ada harapankah untuk Perseorangan Lelaki? Nampaknya masih ada harapan apabila pemain muda negara, Lee Zii Jia berjaya masuk ke 10 pemain terbaik dunia! Pemain lain juga menunjukkan peningkatan dalam mutu permainan masing-masing.
WOMEN'S SINGLES
Untuk Perseorangan Wanita, bagi aku semuanya masih ditakuk lama. Tiada yang boleh dibanggakan. Mungkin ada sesuatu yang berlaku di belakang tabir
MEN'S DOUBLES
Untuk Beregu Lelaki, ini merupakan antara kategori atau segmen yang paling berjaya. 5 pasangan beregu di dalam ranking 50 teratas dunia! Pemain muda negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik juga berjaya memecah masuk ke dalam senarai 10 pemain terbaik dunia
WOMEN'S DOUBLES
Untuk Beregu Wanita, aku berpendapat masih sama seperti dahulu. Peningkatan mungkin boleh dilihat dalam satu atau dua beregu sahaja
MIXED DOUBLES
Beregu Bercampuran juga menunjukkan perkembangan positif juga apabila banyak juga peningkatan ditunjukkan termasuklah pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying
Di musim COVID-19 ini, aku berpendapat memang susah untuk melihat mana-mana acara sukan untuk dipertandingkan. Semoga cepat berakhir dan kita dapat melihat pemain-pemain kembali beraksi
Sekian
Sumber : BWF Ranking
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2020/04/badminton-bwf-ranking-week-12-2020.html