Badan Penyelia Bursa S Pura Siasat Syarikat Berkaitan Mirzan Mahathir


SBI Offshore, yang mana pengerusi eksekutifnya ialah Mirzan Mahathir iaitu anak kepada Dr Mahathir Mohamad, kini disiasat badan penyelia Bursa Saham Singapura SGX RegCo atas dakwaan kemungkinan pelanggaran peraturan penyenaraian dan tugas fidusiari pengarah.
Ia selepas keluarnya audit khas terhadap syarikat itu yang dibuat RSM Corporate Advisory.
Menurut laporan The Edge Singapura, SGX RegCo telah memantau SBI Offshore selama beberapa tahun.
Badan itu telah mengarahkan audit khas pada Disember 2018 bagi menyiasat penjualan sebuah kilang di China oleh syarikat itu pada harga RMB18 juta (RM10.8 juta), di saat nilai buku kilang itu antara RMB38 juta hingga RMB40 juta.
RSM mengeluarkan audit khas itu pada 12 Jun dan menyimpulkan SBI Offshore tidak melalui proses “wajar dan memadai” bagi penjualan itu.
Harga RMB18 juta itu adalah tawaran terbaik yang diterima pada tempoh itu, kata audit tersebut.
Bagaimanapun audit mendedahkan beberapa isu lain berkaitan kilang itu.
Ketika SBI Offshore membelinya, perjanjian pemerolehan tidak memiliki maklumat mencukupi berkenaan aset yang diperolehi dalam urus niaga itu, kata SGX RegCo.
Katanya lagi, proses penilaian juga tidak dibuat sebelum perjanjian dimeterai bagi menilai dan menyokong pertimbangan pembelian bernilai RMB32 juta.
Sebelum SBI Offshore menyertai perjanjian pemerolehan untuk membeli kilang itu, syarikat tersebut telah menanggung pembinaan dan penambahbaikan kilang berjumlah RMB8.19 juta walaupun SBI Offshore berhasrat membeli sebuah kilang yang lengkap, menurut The Edge.
“Selain RMB32 juta bagi membeli kilang, SBI Offshore juga membelanjakan kira-kira RMB15 juta bagi perbelanjaan modal sehingga 2013 untuk kilang itu.
“Kilang itu akhirnya kurang digunakan dan menanggung kerugian lebih RMB47 juta bagi tempoh sehingga 31 Disember 2017,” kata SGX RegCo.
Berikutan dapatan audit khas itu, SGX RegCo akan memulakan siasatan terperinci terhadap SBI Offshore.
Sementara itu, dalam satu pengumuman yang ditandatangani Mirzan, SBI Offshore berkata ia sedar akan kemungkinan pelanggaran undang-undang dan/atau peraturan penyenaraian.
Ia berkata syarikat “akan menilai dapatan dan menentukan langkah selanjutnya yang wajar demi kepentingan kumpulan dan pemegang saham.”
Jalil Rasheed
Dalam satu laporan berasingan, The Edge Malaysia mendakwa Jalil Rasheed dijangka tidak akan lagi meneruskan tugasnya sebagai CEO Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Jalil, 38, merupakan CEO termuda PNB ketika dilantik oleh kerajaan PH tujuh bulan lalu.
Menurut laporan itu, mesyuarat lembaga pengarah PNB akan diadakan bagi membincangkan perkara itu.
Bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz adalah pengerusi PNB.
Laporan itu memetik sumber sebagai berkata, salah satu sebab perkara itu ialah berkaitan isu sekitar pelantikannya pada Oktober lalu.
Jika ia berlaku, Jalil juga merupakan CEO paling singkat di syarikat itu, kata The Edge.
Mkini
The post Badan penyelia bursa S’pura siasat syarikat berkaitan Mirzan Mahathir appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/13/badan-penyelia-bursa-spura-siasat-syarikat-berkaitan-mirzan-mahathir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=badan-penyelia-bursa-spura-siasat-syarikat-berkait

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tasekgelugor Beberapa Agensi Berkaitan Diarah Siasat Punca Pencemaran Sungai

Tasekgelugor Beberapa Agensi Berkaitan Diarah Siasat Punca Pencemaran Sungai

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 415 hits
Beberapa agensi yang berkaitan telah diarah mengenal pasti punca sebenar masalah pencemaran sungai di Tasek Gelugor Seberang Perai Utara yang dikaitkan dengan pembuangan sisa kumbahan khinzir oleh pengusaha ladang ternakan di kawasan itu Pe...
Hubungan Najib Dan Syarikat Israel Kerajaan Pn Perlu Siasat Segera

Hubungan Najib Dan Syarikat Israel Kerajaan Pn Perlu Siasat Segera

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 724 hits
Oleh FAIZ FADZIL Laporan media Israel Calcalist pada 28 Mei 2020 mendedahkan bahawa rejim Najib Razak pada April 2018 telah menjalankan transaksi komersial bernilai US 1 5 juta dengan syarikat Israel Senpai Technologies Ltd Merujuk dokumen ...
Mahathir Pura Pura Tidak Tahu

Mahathir Pura Pura Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 338 hits
HAMSINA HAMZAHMacamana kata madey tidak tahu Sheraton move Dan seperti yang Kita semua tahu madey beberapa kali buat perjumpaan dengWn Warisan Umno dan Pas apa niat beliau Tidak lain tidak bukan dia meyusun strategy untuk sailang DSAI dari ...
Singapore Exchange Regulatory Arm Probes Firm Linked To Mirzan Mahathir

Singapore Exchange Regulatory Arm Probes Firm Linked To Mirzan Mahathir

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 324 hits
SBI Offshore whose executive chairperson is former prime minister Dr Mahathir Mohamad s son Mirzan Mahathir is being investigated by SGX RegCo for potential listing rule breaches and potential contravention of directors fiduciary duties Thi...
Ph Plus Manipulasi Politik Mahathir

Ph Plus Manipulasi Politik Mahathir

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 341 hits
Pada pilihan raya umum lalu Dr Mahathir Mohamad melakukan perkara mustahil Beliau memimpin Pakatan Harapan untuk menumbangkan kerajaan berusia enam dekad yang diterajuinya selama 22 tahun sebelum menjadi perdana menteri kali kedua pada usia...
Mahathir Sarcastically Suggests Forming Another New Malay Party

Mahathir Sarcastically Suggests Forming Another New Malay Party

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 393 hits
Amid an ongoing rift within Bersatu former premier Dr Mahathir Mohamad has mooted the idea of forming yet another Malay based party Writing in his blog Mahathir who has so far insisted on holding to his position as Bersatu chairperson sarca...
Mahathir Nak Tubuh Parti Baru Lagi Parti Aad

Mahathir Nak Tubuh Parti Baru Lagi Parti Aad

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 473 hits
Saya bercadang untuk tubuh sebuah parti politik Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia Sekarang parti sudah berpecah dua Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi parti politik Melayu Nama p...
After Three Months Of Mco What Does Dr Mahathir S Camp Of 115 Mps Look Like Now

After Three Months Of Mco What Does Dr Mahathir S Camp Of 115 Mps Look Like Now

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 361 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad presented in February a list of 115 MPs purportedly backing him to be sworn in as prime minister for the third time after a political crisis but how have things changed Ida Lim Malay Mail Online In what is arguably M...
Cabinet To Decide On Issues Of Student Safety Tomorrow Pm

Chauffeur Driven Pmx Trolled Over Proclamation He Doesn T Claim Budi95 Petrol Subsidy

Budi Madani Diesel 2025 Permohonan Tarikh Bayaran Bulanan

10 Gaya Rambut Pria Korea Yang Disukai Wanita Sedang Hits

Sugarbun Menandatangani Perkongsian Bersama Sedaplycious

Sugarbun Lebarkan Sayap Ke Semenanjung Malaysia Dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

Spr Tetapkan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke 17 Pada 29 November Manakala Hari Penamaan Calon 15 November

Resipi Akok Homemade Sedap Mudah Guna Sandwic Maker Je


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Need For Economic Literacy

Buasir Otak Tv Nak Beli Komik Tak Cukup Duit Be Like

Filem Banduan Adaptasi Filem Tamil Kaithi

Pelancaran Global Siri Oppo Find X9 Pada 28 Oktober Ini

Tak Jantanlah Lelaki Kalau Culas Nafkah Chazynash Dedah Masih Beri Bekas Isteri Rumah Dan Kenderaan

Alternatif Iphone Air Dah Tiba Nubia Air Hanya Rm899