Ph Plus Manipulasi Politik Mahathir


Pada pilihan raya umum lalu, Dr Mahathir Mohamad melakukan perkara mustahil

Beliau memimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menumbangkan kerajaan berusia enam dekad yang diterajuinya selama 22 tahun sebelum menjadi perdana menteri kali kedua pada usia 93 tahun

Usahanya menubuhkan kerajaan perpaduan gagal apabila cadangan itu ditolak oleh kedua-dua belah pihak

Kerajaan Perikatan Nasional (PN), termasuk Bersatu yang diketuai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Umno, BN dan PAS yang disokong GPS Sarawak, memegang kuasa dengan kelebihan tipis dua kerusi

Manakala PH yang kini digelar sebagai Pakatan Harapan (PH) Plus kerana disertai kumpulan Mahathir dan Parti Warisan, mendakwa memiliki sokongan untuk kembali menjadi kerajaan

Namun, ada satu masalah yang harus diselesaikan sebelum PH Plus dapat melaksanakan rancangannya - siapa yang akan menjadi calon perdana menteri

Adakah Mahathir akan menjadi perdana menteri kali ketiga pada usia 95 tahun, atau Anwar Ibrahim, 72 yang hanya tinggal sebelah kaki sahaja untuk melangkah ke jawatan itu lebih dua dekad lalu

Berikutan pertemuan PH Plus pada Selasa lalu, Marzuki Yahya dari Bersatu yang berpihak kepada Mahathir mendakwa kata sepakat telah dicapai mengenai calon perdana menteri

Tetapi kenyataan bersama kemudian mengatakan keputusan mengenai perkara-perkara yang belum diputuskan, akan dimuktamadkan hujung minggu ini

Sumber mendakwa Mahathir masih mahu menjadi perdana menteri walaupun untuk jangka masa yang singkat, sedangkan Anwar tidak bersedia untuk mengalah

Seorang pemerhati politik membuat spekulasi bahawa Mahathir mungkin mencari "jalan keluar secara terhormat" setelah negarawan yang sering digelar sebagai pakar dalam seni politik itu disingkirkan oleh Muhyiddin

Tawaran Mahathir untuk menjadi PM lagi mungkin menjadi langkah untuk menyelamatkan air mukanya. Dia terbiasa mengakhiri kerjaya politiknya dengan gah dan bukan meminta seseorang mengakhiri kerjayanya.

Muhyiddin telah menyingkirkan seorang tokoh politik besar di Malaysia. Ini sesuatu yang pahit bagi Mahathir

Mahathir lebih suka berada di barisan hadapan ketika PN tumbang dan bukan di barisan belakang dan menyaksikan orang lain, terutama Anwar mendapat sorotan lampu limpah

Mahathir ingin meninggalkan pentas politik dengan syaratnya sendiri, walaupun itu bermaksud dia adalah PM untuk beberapa bulan sahaja

Namun, kata pemerhati berkenaan, Anwar, yang tidak asing dengan manipulasi politik Mahathir, sedar bahawa beberapa bulan adalah masa yang lama dalam politik dan keadaan boleh berubah

Anwar menerima pukulan dua kali untuk menjadi PM. Dia tidak mahu berlaku kali ketiga, yang hanya akan mengukuhkan legasinya sebagai perdana menteri menunggu

Ada juga kemungkinan Mahathir dan Anwar akan dapat mencapai kompromi untuk menjamin masa depan politik bagi pewaris Mahathir, Mukhriz

Tanpa pengaruh si bapa, Mukhriz sukar bertahan dan Mahathir mahukan jaminan bahawa anaknya tidak akan diketepikan

Salah satu spekulasi yang muncul adalah Mukhriz dijadikan timbalan perdana menteri, sebagai pertukaran sokongan Mahathir untuk Anwar menjadi perdana menteri

Ketika soalan ini diajukan kepada Anwar semasa wawancara dengan Malaysiakini semalam, beliau tidak menolak kemungkinan adanya aturan sedemikian

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/06/ph-plus-manipulasi-politik-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berita 4 Pembantu Anwar Nafi Mahathir Pilihan Ph Plus

Berita 4 Pembantu Anwar Nafi Mahathir Pilihan Ph Plus

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 326 hits
M KINIDakwaan bahawa Pakatan Harapan sudah bersetuju Dr Mahathir Mohamad menjadi calon perdana menteri manakala Anwar Ibrahim timbalannya adalah tidak benar kata seorang pembantu presiden PKR itu Dihubungi Malaysiakini hari ini Farhash Wafa...
Keahlian Ppbm Terlucut Mahathir Buka Parti Politik Baharu

Keahlian Ppbm Terlucut Mahathir Buka Parti Politik Baharu

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 387 hits
Kita sedia maklum keahlian Dr Mahathir Mohamad Mukhriz Syed Saddiq Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah dalam parti PPBM terhenti serta merta apabila menolak kerajaan PN Keahlian terlucut seperti termaktub di dalam Fasal 10 2 2 dan 10 2 3 Per...
Pakatan Harapan Plus Mahu Mahathir Sebagai Calon Pm

Pakatan Harapan Plus Mahu Mahathir Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 403 hits
Calon perdana menteri PH dah disepakati kata Marzuki Pakatan Harapan dan sekutunya yang digelar sebagai PH plus dikatakan mencapai persetujuan bersama berhubung calon perdana menteri mereka Hal itu disahkah salah seorang pemimpin Bersatu Ma...
Anwar S Aide Denies Mahathir Is Harapan Plus Pm Candidate

Anwar S Aide Denies Mahathir Is Harapan Plus Pm Candidate

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 330 hits
Claims that Pakatan Harapan has decided on Dr Mahathir Mohamad and Anwar Ibrahim as its prime minister and deputy prime minister candidates are untrue says an aide to the latter Contacted today Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak denied a F...
Langkah Dorsett Bawa Ph Plus Ke Putrajaya Siapa Tpm Jika Mahathir Menjadi Pm Dan Jika Anwar Pula Menjadi Pm Siapa Tpm

Langkah Dorsett Bawa Ph Plus Ke Putrajaya Siapa Tpm Jika Mahathir Menjadi Pm Dan Jika Anwar Pula Menjadi Pm Siapa Tpm

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 343 hits
Langkah Dorsett bawa PH Plus ke Putrajaya Oleh June 14 2020Mungkinkah Langkah Dorsett gantikan Langkah Sheraton membawa Pakatan Harapan Plus ke Putrajaya Portal MalaysiaGazette melaporkan satu pertemuan pemimpin PH Plus dilakukan di Hotel G...
Redalah Tun Mahathir Tamatkan Persengketaan Politik Ini

Redalah Tun Mahathir Tamatkan Persengketaan Politik Ini

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 334 hits
CATATAN Datuk Wan Ahmad Wan OmarNaib Presiden Gerakan NGO QiamAssalamualaikum WBT semoga YB Tun sihat sejahtera dan sentiasa di dalam lindungan Allah SWT jua 1 Izinkan kami menyentuh sedikit tentang keadaan negara kita Pada Mei 2019 selepas...
Seminggu Untuk Mahathir Dan Pimpinan Fikirkan Masa Depan Negara

Seminggu Untuk Mahathir Dan Pimpinan Fikirkan Masa Depan Negara

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 338 hits
MAHATHIR MASIH INGINKAN JAWATAN PM NAMUN DITENTANG PIMPINAN PH SESUAI DENGAN USIANYA HANYA SYAFIE AFDAL SOKONG MAHATHIR SEHARUSNYA DILANTK SEBAGAI MENTERI KANAN ATAU PENASIHAT KABINET NEGARA JAWATAN KHAS DALAM KABINET PH Pimpinan Pakatan Ha...
Anwar Dakwa Ph Warisan Dan Pasukan Dr Mahathir Ada 107 Sokongan

Anwar Dakwa Ph Warisan Dan Pasukan Dr Mahathir Ada 107 Sokongan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 324 hits
Astro Awani Jun 11 2020 Pada Selasa pemimpin PH bermesyuarat bersama Dr Mahathir dan Mohd Shafie Gambar failKUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan bersama sekutunya kini mempunyai sokon...
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair

How Does Private Equity Actually Work

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon Di Jalan Tar

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Juadah Hari Raya Sa

Kakitangan Jai Pahang Membuat Fitnah Harap Ambil Tindakan