Badan Dia Dah Semangat Musa Dah 7 Bulan Noh Salleh Akui Sayang Makin Kuat
Kehadiran permata hati, Musa dalam hidup pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh merubah kehidupan pasangan ini. Malah kehadiran Musa pada awal tahun ini memberi makna paling besar dalam hidup kedua-duanya.
Berkongsi kisah perkembangan anak kecilnya itu, kata Noh menerusi Utusan Online, anaknya Musa yang kini berusia tujuh bulan semakin sihat membesar malah badannya semakin bertambah ‘semangat’. Begitu kongsi Noh.
Malah kata Noh lagi, kini barulah dia mengerti akan kasih sayang seorang bapa. Kasih dan sayangnya terhadap Musa sangat berbeza selepas anak kecil itu.
“Badan dia sudah semangat.
“Saya dan Nina setiap pagi memang kena bawa Musa pusing taman. Alhamdulillah, dia sihat,” kata Noh berkongsi perkembangan terkini Musa.
Malah kata Noh lagi, kini dia semakin menyedari akan kasih sayang yang berbeza bila sudah punya anak. Dulu berdua kini kata Noh kasih sayang semakin kuat.
“Bila cakap soal anak adalah perkataan cinta dan kasih sayang.
“Jika sudah mempunyai anak, rupanya ada rasa sayang itu yang berbeza tahap. Tahap di langit. Malah, bila sudah ada cahaya mata, kasih sayang itu lagi kuat. Saya baru sedar perkara itu,” katanya.
Kongsi Noh melalui Utusan Online itu lagi, kini dia banyak menghabiskan masanya bersama isteri dan anak tersayang. Asal sahaja ada masa terluang, sebolehnya dia mahu memperuntukkan masa sebaiknya bersama mereka.
“Sekarang ini saya lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan membawa Musa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
“Perkara yang membimbangkan kami adalah kesihatannya terutama dalam situasi Covid-19 yang masih ada,” katanya.
Mizz Nina mendirikan rumah tangga bersama Noh pada 1 Julai 2011. Pasangan ini tekad mengambil anak angkat, Musa yang kini berusia tujuh bulan bagi melengkapkan lagi hidup mereka.
Menarik: Dengar Lagu Je Terus Menjerit Happy, Anak Issey Peminat Dikir Barat, Sama Minat Macam Daddy!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Badan Dia Dah semangat” Musa Dah 7 Bulan, Noh Salleh Akui Sayang Makin Kuat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/badan-dia-dah-semangat-musa-dah-7-bulan-noh-salleh-akui-sayang-makin-kuat/