Badan Anti Rasuah Hungary Gambarkan Rundingan Pembelian Alat Pernafasan Sebagai Penyalahgunaan



(Malaysia Now) – Badan pencegahan rasuah dunia di Hungary berpandangan pembelian peralatan perubatan oleh negara itu tahun lalu sebagai dilakukan secara rahsia sekali gus memfailkan permohonan kebebasan maklumat berhubung butiran urusniaga tersebut.
Transparency International Hungary (TI-Hungary) menyifatkan pembelian oleh Budapest melibatkan puluhan kontrak menimbulkan keraguan.
“Sangat jelas, perolehan alat pernafasan.. ini adalah salah guna kuasa dan salah tadbir urus,” kata pemantau anti-rasuah, Miklos Ligeti kepada MalaysiaNow.
Pembelian alat bantuan pernafasan dan peralatan perubatan lain di Hungary tahun lalu dilihat sebagai pembelian peralatan perubatan tunggal terbesar oleh negara anggota Kesatuan Eropah itu.
Bulan lalu, MalaysiaNow melaporkan beberapa pembelian tersebut berkait dengan ahli perniagaan Malaysia, Vinod Sekhar, dipercayai mendapat bahagian terbesar kontrak daripada rundingan perniagaan bernilai lebih dari setengah bilion dolar.
Pembelian alat bantuan pernafasan di Hungary mencetuskan perdebatan hangat tahun lalu apabila ahli politik pembangkang menyifatkan rundingan-rundingan pembelian tersebut sebagai tidak telus dan turut menyebabkan bekalan berlebihan.
Sekhar yang mengendalikan rangkaian syarikat dan organisasi di bawah Kumpulan Petra, memperolehi kontrak bernilai lebih dari AS$500 juta, atau sekitar RM2.5 bilion untuk membekalkan alat bantuan pernafasan kepada kerajaan Hungary.
MalaysiaNow melihat dokumen yang diberikan oleh seorang wartawan Hungary yang menyiasat perjanjian kontroversi itu, selepas dokumen-dokumen tersebut dikeluarkan kementerian luar negara itu setelah mendapat tekanan daripada media.
Antara lain, dokumen-dokumen tersebut menunjukkan kerajaan Hungary bersetuju untuk membayar sebanyak AS$559,600,000, yang pada masa kontrak pada Mei 2020, ditukar matawang sekitar RM2.43 bilion, kepada GR Technologies, sebuah syarikat yang diwakili Sekhar.
Dalam sebuah wawancara di sebuah laman sesawang berita semalam, Sekhar mengesahkan penglibatannya dalam membekalkan alat bantuan pernafasan kepada kerajaan Hungary, namun berkata “semua urusniaga adalah telus”.
“Adakah kita akan jana wang? Ia adalah peratusan normal (dalam komisen). Orang beri masa dan tenaga untuk dapatkan, dan mereka harus dibayar,” katanya.
“Pada akhirnya, saya akan dapat komisen dan saya akan berikan sumbangan kepada Hungary.”
Pada Oktober tahun lalu, seorang aktivis politik Hungary yang juga ahli Parlimen Eropah mempersoalkan mengapa sebahagian besar pembelian dilakukan melalui kementerian luar negeri negara itu.
“Pelik sebenarnya apabila pembelian peralatan kesihatan tidak dikendalikan oleh kementerian kerajaan yang bertanggungjawab untuk penjagaan kesihatan, sebaliknya oleh jabatan hal ehwal luar negeri,” kata István Ujhelyi.
Dalam pada itu, Ligeti berkata kebimbangan mengenai pembelian alat bantuan pernafasan itu bukan hanya kerana saiznya besar, bahkan disebabkan oleh “prosesnya yang sangat mahal”.
Ligeti turut berkata pembekal-pembekal dalam pembelian yang dilakukan Hungary itu “dipilih tanpa mengikut sistem dengan proses yang tidak telus dan tanpa proses tawar-menawar.”
“TI-Hungary cuba buat susulan mengenai berita ini, kami mohon kebebasan maklumat daripada kementerian luar negeri dan kementerian perdagangan Hungary, dan setidaknya kami dapat dedahkan daripada respons-respons itu bahawa tidak ada alat bantuan pernafasan yang dijual semula di pasaran, jadi, dari sudut kewangan, transaksi ini adalah sebuah bencana,” katanya kepada MalaysiaNow.
“TI-Hungary yakin bahawa orang-orang yang terlibat dengan skandal ini harus dihadapkan ke muka pengadilan dan kami dengan senang hati akan bekerjasama dalam hal ini.”
Badan anti-rasuah Hungary gambarkan rundingan pembelian alat pernafasan sebagai ‘penyalahgunaan’



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/07/28/badan-anti-rasuah-hungary-gambarkan-rundingan-pembelian-alat-pernafasan-sebagai-penyalahgunaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hungary Anti Graft Body Describes Ventilators Deal As Hotbed Of Abuse

Hungary Anti Graft Body Describes Ventilators Deal As Hotbed Of Abuse

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 236 hits
The Hungarian chapter of a global anti corruption body views the country s purchase of medical equipment last year as mired in secrecy and has filed a freedom of information request to obtain further details Transparency International Hunga...
Peniaga Pengunjung Lega Kedai Buku Alat Tulis Telekomunikasi Kembali Beroperasi

Peniaga Pengunjung Lega Kedai Buku Alat Tulis Telekomunikasi Kembali Beroperasi

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 241 hits
Orang awam mengunjungi kedai peralatan buku dan alat tulis berikutan kerajaan telah membenarkan beroperasi sepanjang Pelan Pemulihan Negara KUALA LUMPUR Pengusaha kedai komputer telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis menarik nafas l...
Kedai Komputer Alat Tulis Dibenar Operasi

Kedai Komputer Alat Tulis Dibenar Operasi

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 225 hits
Oleh MOHD RASDAN AHMAD Gambar hiasanPETALING JAYA Sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini bersetuju untuk membenarkan kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan...
Uns Produksi Alat Bantu Pernapasan Untuk Pasien Covid 19 Di Rsud Moewardi

Uns Produksi Alat Bantu Pernapasan Untuk Pasien Covid 19 Di Rsud Moewardi

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 591 hits
Fakultas Teknik Universitas Sebelas Maret Solo memproduksi nasal cannula yang merupakan selang alat bantu pernapasan pada lubang hidung Produksi nasal cannula itu dimaksudkan untuk membantu penanganan pasien positif Covid 19 di Rumah Sakit ...
Tudia Tukar Daging Korban Dengan Alat Ganti Motosikal

Tudia Tukar Daging Korban Dengan Alat Ganti Motosikal

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 327 hits
Seorang lelaki menipu ibunya konon tidak mendapat agihan daging korban yang banyak kerana menggunakannya untuk mendapatkan alat ganti motorsikal FacebookTukar daging korban dengan alat ganti motosikalJAKARTA Seorang lelaki di Indonesia terg...
Pulse Oximeter Keluaran Medisana Alat Pengukur Oksigen Dalam Darah

Pulse Oximeter Keluaran Medisana Alat Pengukur Oksigen Dalam Darah

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 320 hits
MEDISANA PULSE OXIMETER ALAT PENGUKUR OKSIGEN DALAM DARAH Pandemik COVID 19 juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 11 Mac 2020 Sehingga semal...
Alat Ganti Tiruan Y Suku Bunuh Ibu Tunggal

Alat Ganti Tiruan Y Suku Bunuh Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 269 hits
Keadaan t fork motosikal yang patah akibat menggunakan alat ganti tiruan hingga mengakibatkan seorang wanita maut dalam kejadian 9 Julai lalu PETALING JAYA Akibat ubahsuai motosikal Y suku menggunakan alat ganti tidak asli dua kanak kanak k...
Kedai Komputer Kedai Buku Alat Tulis Dibenarkan Beroperasi Bermula 16 Julai Ini

Kedai Komputer Kedai Buku Alat Tulis Dibenarkan Beroperasi Bermula 16 Julai Ini

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 215 hits
Kerajaan hari ini melalui Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan dimana kedai komputer telekomunikasi kedai buku dan kedai alat tulis dibenarkan beroperasi berkuatkuasa 16 Julai 2021 sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Neg...
Samsung Electronics Dinobatkan Sebagai Jenama Teratas Di Asia Untuk Tahun Kesepuluh Berturut Turut

Samsung Electronics Dinobatkan Sebagai Jenama Teratas Di Asia Untuk Tahun Kesepuluh Berturut Turut

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 213 hits
Samsung Electronics Dinobatkan Sebagai Jenama Teratas Di Asia Untuk Tahun Kesepuluh Berturut Turut Assalammualaikum semua Berita gembira buat anda pengguna Samsung Pastinya berita tentang jenama ini memberikan anda satu perasaan bangga dan ...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Free Ferry Services In Penang For Wesak Day