Alat Ganti Tiruan Y Suku Bunuh Ibu Tunggal


 
Keadaan ‘t-fork’ motosikal yang patah akibat menggunakan alat ganti tiruan hingga mengakibatkan seorang wanita maut dalam kejadian 9 Julai lalu.PETALING JAYA: Akibat ubahsuai motosikal ‘Y-suku’ menggunakan alat ganti tidak asli, dua kanak-kanak kehilangan ibu tersayang selepas bahagian hadapan motosikal dinaikinya patah sebelum terjatuh dan maut di bahu jalan, dalam kejadian di Pahang, minggu lalu.
Dalam kejadian jam 8.10 malam itu, Norizani Ab Aziz, 36, yang juga ibu tunggal kepada anak perempuan berusia 13 tahun dan anak lelaki berusia 10 tahun, menunggang berseorangan dari Felda Purun Triang menuju ke Simpang Bukit Kepayang Bera.
Siasatan polis mendapati hadapan motosikalnya patah secara tiba-tiba ketika melalui jalan di KM42 Jalan Bera-Mayam, Pahang.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Kamarulzaman Jusoh berkata, ‘fork’ hadapan motosikal tersebut patah dan menyebabkan mangsa jatuh tersembam di bahu jalan.
“Penunggang telah mendapat kecederaan serius di bahagian muka dan kepala lalu meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati bahagian asal ‘t-fork’ dan ‘fork’ hadapan telah ditukarkan kepada alat ganti jenis aluminium iaitu bahan yang mudah patah kerana ia adalah bahan campuran besi,” katanya kepada FMT.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Kamarulzaman Jusoh.Menurut Kamarulzaman, menerusi temubual bersama abang kandung Norizani, mangsa didapati telah mengubah suai motosikal Yamaha Y15ZR tersebut dengan ‘t-fork’ yang bukan asli dua tahun lalu ketika motosikal berkuasa 150cc yang dibeli pada 2017.
Kamarulzaman turut menyatakan kekesalan dengan perbuatan pemilik kenderaan yang gemar menukar bahagian asal kepada alat tidak berkualiti sehingga mengancam keselamatan.
“Pengusaha bengkel motosikal pula haruslah lebih bertanggungjawab dan bukannya hanya memikirkan keuntungan semata-mata dalam penjualan alat-alat ganti yang tidak berkualiti kepada pelanggan,” katanya, sambil menambah mengubah suai struktur kenderaan adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 94 Peraturan Jalan Raya 1959.
Lebih kepada mahu bergaya
Mengulas mengenai trend menukar ‘t-fork’ hadapan motosikal yang lebih dikenali sebagai Y-suku, pakar kejuruteraan automotif Mohamad Dalib menyifatkan ia lebih kepada sikap ingin bergaya dengan menukar bahagian asal ‘OEM’ (pengeluar peralatan asal) kepada alatan tidak asli yang mudah didapati di kedai aksesori.
“Hobi mereka dari kalangan geng penunggang Y-suku ada yang menelan belanja mencecah RM10,000 hingga RM12,000 ribu.
“Seperti perihal menukar ‘t-fork’, ia lebih kononnya mahu mengurangkan berat di bahagian hadapan atau hendak lebih ringan ketika mahu menunggang lebih laju. Tapi sebenarnya, tidak laju mana pun,” ulas Mohamad yang juga bekas pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Lagi satu, ia lebih kepada mereka mahu nampak bergaya dengan kawan-kawan namun ini mengundang kecelakaan. Rakyat Malaysia pula, apa yang dilarang pihak berkuasa, inilah yang dia suka,” katanya.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Khairil Anwar Abu Kassim pula tegas menyatakan bahawa komponen penyambung antara ‘t-fork’ dengan pemegang motosikal tidak asli yang diperbuat daripada bahan tidak menepati piawaian asal, boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna kenderaan itu.
“Komponen ‘t-fork’ memerlukan ketahanan tinggi, tetapi kebanyakan alat ganti dijual di pasaran tidak mempunyai persijilan sah dan mungkin tidak menepati piawaian,” katanya.
Beliau berkata, sebarang pengubahsuaian bagi tujuan berlumba, perhiasan (penambahan aksesori) atau lain-lain tujuan melanggar undang-undang jalan raya di Malaysia dan penggunaan komponen motosikal tidak menepati piawaian boleh memudaratkan penunggang serta pengguna jalan raya lain.
Tambahnya lagi, Miros tidak menyokong aktiviti pengubahsuaian motosikal seperti menukar sepit udang, menggunakan saiz tayar tidak sesuai dan tidak memasang brek belakang motosikal. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/alat-ganti-tiruan-y-suku-bunuh-ibu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Tunggal Empat Anak Kibar Tudung Sekolah

Ibu Tunggal Empat Anak Kibar Tudung Sekolah

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 265 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA NORWAHEDA A Rahim bersama dua orang anaknya menunjukkan bendera putih menggunakan tudung sekolah yang digantung di rumahnya di Taman Merdeka Melaka UTUSAN DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAMELAKA Seorang ibu tunggal empa...
Ibu Di Aceh Tega Bunuh Bayinya Gara Gara Kerap Menangis

Ibu Di Aceh Tega Bunuh Bayinya Gara Gara Kerap Menangis

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 211 hits
Kepala Satuan Reserse dan Kriminal Polres Subulussalam Ipda Deno Wahyudi menyebut berdasarkan pengakuan pelaku dia membunuh bayinya lantaran merasa lelah merawat bayi itu sendiri sementara sang suami inisial SM tak membantu Pasangan itu dis...
Pdpr Ibu Tunggal Depani Kekangan Memahami Silibus Anak

Pdpr Ibu Tunggal Depani Kekangan Memahami Silibus Anak

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 260 hits
Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Dari Rumah memberikan kesan besar kepada rutin kehidupan semua ibu bapa Lebih lebih lagi ibu tunggal yang mempunyai ramai anak Hamimah Aurelio ibu tunggal yang memiliki enam anak yang mana tiga daripadanya...
Komuniti Ibu Tunggal Cekal Jaga Anak Lumpuh Sejak 2019

Komuniti Ibu Tunggal Cekal Jaga Anak Lumpuh Sejak 2019

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 207 hits
Hati mana yang tidak luluh apabila melihat anak yang satu ketika dahulu ceria kini terlantar sakit Namun semangat dan kekuatan yang ada pada Arian Hassan cukup luar biasa Biar hidup serba kekurangan ibu tunggal ini tetap cekal menjaga anak ...
Hiburan Wang Tunai Rm1000 Dan Sumbangan Barang Asas Zarina Anjoulie Bantu Ibu Tunggal Dan Oku

Hiburan Wang Tunai Rm1000 Dan Sumbangan Barang Asas Zarina Anjoulie Bantu Ibu Tunggal Dan Oku

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 294 hits
Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi pelakon Zarina Anjoulie masih tetap menjalankan aktiviti memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan golongan kurang bernasib baik BACA AdvertisementZarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju ...
Ibu Tahanan Mati Dalam Penjara Dapat Ganti Rugi Rm340 000

Ibu Tahanan Mati Dalam Penjara Dapat Ganti Rugi Rm340 000

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 213 hits
Kamarulnizam Ismail dihantar ke penjara Tapah pada 3 Mac 2014 untuk menjalani hukuman selama dua minggu sebelum didapati meninggal dunia PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan memberikan ganti rugi lebih daripada RM340 000 kepada ibu seorang pekerja kil...
Ibu Tunggal Mengadu Pernah Makan Sebiji Telur Goreng Dipotong Empat

Ibu Tunggal Mengadu Pernah Makan Sebiji Telur Goreng Dipotong Empat

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 271 hits
nbsp Johor Bahru Diseerang penyaklt angin ahmar dua kali dalam tempoh enam bulan menjadikan kehidupan ibu tunggal Maimun Said 50 berdepan kesukaran Keadaan bertambah maIang apabila rumah sewa yang didiami di Jalan Berembang 2 Kampung Rumah ...
Mesej Bye Bye Bawa Petunjuk Kematian Ibu Dan Bapa

Mesej Bye Bye Bawa Petunjuk Kematian Ibu Dan Bapa

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 307 hits
Polis membawa mayat pasangan suami isteri ditemui mati dalam kediaman mereka di Lorong Bawal 3 Taman Kimsar Perai di sini hari ini SEBERANG PERAI Seorang lelaki bertindak menggantung diri selepas membunuh isterinya dalam satu kejadian di Lo...
Buka Ibu Kota Lebih Cepat Jika Lebih Ramai Penduduk Divaksin Kata Annuar

Buka Ibu Kota Lebih Cepat Jika Lebih Ramai Penduduk Divaksin Kata Annuar

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 290 hits
Annuar Musa berkata tidak mustahil untuk pihaknya membuka ibu kota lebih awal apabila sejumlah tertentu warga Kuala Lumpur sudah selesai vaksinasi PETALING JAYA Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa tidak menolak kemungkinan melonggarkan ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda