Pulse Oximeter Keluaran Medisana Alat Pengukur Oksigen Dalam Darah
MEDISANA: PULSE OXIMETER
ALAT PENGUKUR OKSIGEN DALAM DARAH
Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga semalam sebanyak 16,1117 kes baharu dilaporkan di Malaysia dengan lebih daripada 8408 kes kematian disebabkan oleh COVID-19.
Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza, melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin sebelum gejala muncul. Masa antara pendedahan dan permulaan gejala biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas hari. Gejala umum termasuk demam, batuk, dan sesak nafas. Komplikasi mungkin termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan.
Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuk membasuh tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari orang lain (terutamanya mereka yang tidak sihat), malahan pemantauan dan pengasingan diri selama 14 hari untuk orang yang disahkan positif telah dilakukan. Kerajaan Malaysia juga mengambil Langkah dengan melaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dalam usaha mengekang gejala Covid-19 berleluasa.
Tidak terkecuali AlongMurni (AM). Am juga mengambil Langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). AM yang mempunyai asma juga kerap menjalankan rutin check tahap kesihatan seperti tekanan darah, kadar dengupan jantung, suhu badan & tahap oksigen dalam darah.
Baru-baru ini AM disarankan oleh seorang rakan untuk menggunakan PULSE OXIMETER keluaran MEDISANA. PULSE OXIMETER adalah ujian yang digunakan untuk mengukur tahap oksigen (ketepuan oksigen) darah. Ini adalah ukuran mudah dan tidak menyakitkan. Jadi AM dapat mengetahui tahap oksigen dalam darah AM sendiri.
PULSE OXIMETER juga digunakan untuk memeriksa kesihatan seseorang dengan keadaan yang mempengaruhi tahap oksigen darah, seperti:
Serangan jantungKegagalan jantungPenyakit paru obstruktif kronik (COPD)AnemiaKanser paru-paruAsmaPneumonia
Alat PULSE OXIMETER ini seperti klip yang disebut probe diletakkan di bahagian badan, seperti jari atau cuping telinga. Probe menggunakan cahaya untuk mengukur berapa banyak oksigen dalam darah. Maklumat ini membantu dapat membantu AM jika AM memerlukan oksigen tambahan. Pulse Oximeter keluaran MEDISANA boleh didapati dengan harga RM299 termasuk 3 tahun warranti.
Beberapa minggu yang lalu, AM ikut serta dalam ‘zoom live sharing’ bersama Dr Wong Teck Wee - seorang doktor pakar Kardiologi di Hospital Serdang. Sesi bual bicara dengan Dr Wong yang berpengalaman 15 tahun bidang perubatan & saranan beliau supaya kita sendiri melakukan monitor tahap kesihatan dirumah sangat penting supaya pencegahan dapat dikesan awal selain memudahkan kita tahu tahap kondisi tubuh badan setiap hari.
Zoom Live Bersama Dr Wong Teck Wee
Banyak informasi baru AM dapat sepanjang sesi sharing dengan Dr Wong terutama cara penjagaan diri bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga dengan masalah jantung, kencing manis & beberapa lagi penyakit kronik yang sebenarnya kita tahu untuk pantau tahap kesihatan sesorang pesakit tanpa perlu bantuan doktor. Melainkan keadaan teruk, kena segera terus ke hospital terdekat.
Sepanjang sesi bual bicara Bersama Dr Wong, AM mendapat informasi berkaitan ‘Happy Hypoxia’ atau dikenali permasalahan kandungan oksigen rendah yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala yang membawa kepada kematian. Dr Wong memaklumkan yang ‘Hypoxia’ ini berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung. Ini sekaligus menyebabkan kerosakan otak, paru-paru dan organ dalaman badan. Pengesanan awal kandungan oksigen rendah ini boleh mengelakkan kematian. Bagi AM di sinilah fungsi tepat PULSE OXIMETER ini.
Pulse Oximeter ini agak unik dan mudah digunakan. Malahan tak perlu untuk ‘plug in’ cuma gunakan bateri dan boleh dibawa kemana-mana. Jika nak tahu, Medisana adalah jenama berasal dari negera Jerman. Dengan teknologi perubatan negara maju, kini sesiap sahaja boleh milik alat pemantaun sendiri di rumah tanpa perlu membayar harga mahal & paling penting setiap bacaan produk Medisana boleh dipercayai ketepatannya.
Produk MEDISANAterjual secara online dalam portal shopping popular Shopee & Lazada. Tak payah susah-susah pergi beli kat farmasi luar. Duduk rumah, order online barang pun sampai di rumah. Boleh jugak beli untuk mak ayah kat kampung supaya mudah nak monitor sendiri di rumah. Klik link bawah kalu berminat beli secara online.
Medisana Offcial Store
https://shopee.com.my/medisanaofficialstore
https://www.lazada.com.my/shop/medisana/
Maklumat lanjut boleh buka website Medisana
https://medisana.com.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2021/07/Pulse-Oximeter-Keluaran-Medisana-Alat-Pengukur-Oksigen-Dalam-Darah.html