Back To Old Days
Assalamualaikum dan selamat malam semua :)
Lama rasanya menyepi tanpa cerita baru (walaupun takde siapa kesah but lantaklah) finally ada peluang untuk update blog fuh. Memandangkan unifi haritu kena potong sekejap sebab tengah renovate rumah, so agak terseksa ye duduk di rumah kena pakai data sendiri.
Ye, dah kalau duduk rumah apa lagi boleh kita buat melainkan tengok drama ye dak? Memang laju je la data mengalir TT_TT so alhamdulillah bila dah pasang unifi balik ni baru aku sedar nikmat kemudahan ada wifi ni hahaha
Okay back to the story, sebenarnya cerita ni agak lama, dah seminggu berlalu, tapi takpe nak nukilkan jugak di sini sebagai kenangan, so bila belek belek balik post lama, "oh ada eh benda ni" ha cenggitu.
Jadi, pada tarikh 19 Februari 2020, saya, penulis cerita ini, bersama rakan yang lain melawat kembali sekolah rendah kitorang. it's been 8 years guys! kalau ada anak, anak dah masuk sekolah rendah dah ha cenggitu dia punya lama hahaha
yeah inilah kami yang comelyeah di sinilah segalanya bermula
Alhamdulillah kedatangan kami disambut baik dengan cikgu cikgu, ada beberapa orang cikgu yang aku masih cam dan ingat nama, ada yang tak ingat nama tapi cam. Biasalah manusia kan hehe.
Segelintir cikgu cikgu yang ada di bilik guru
Ada juga beberapa cikgu yang aku cari tapi tak berkesempatan nak bertemu pulak, tak mengapalah, di lain hari insya Allah :)
Dan ada jugak cerita menarik. Sepanjang kita orang pusing pusing sekolah tu, terserempak la dengan pelajar pelajar semua. Comel je semua, kecik kecik lagi. Rasanya macam tu la kot aku dulu hahaha. Lepas tu pulak, boleh pulak dorang hulur tangan nak salam. Allahu. Tersentuh hati saya.
Baik betul budak budak ni. Sebab ada yang terlepas tapi patah lari balik sebab nak salam dengan kita orang wee.
Lepas tu ada yang tanya,
"akak, akak umur berapa?"
"awak rasa akak umur berapa?"
"14 tahun?"
Wah, kita orang semua pecah gelak dekat situ. Semua feeling feeling muda hahaha.
Lepas tu, ada kawan yang datang sekali tu cakaplah dekat adik adik tu,
"akak ni dulu penolong ketua pengawas tau (tunjuk pada aku)"
"oh patutlah sampai sekarang pakai baju sama"
Cis betul! Hahahaha. Sebab kalau pengawas di sekolah kami, tudung dan baju warna pink, kain warna maroon. Lebih kurang sama la jugak kan?
yours truly ;)
Ingatkan nak minum air ke apa ke dekat kantin sekolah tapi waktu tu tengah rehat tengah hari so macam susah sikit la. So, kitorang pun terus la pergi tempat lain which is plan asal nak pergi situ je tetapi malam sebelum tu terdetik nak pergi sekolah.
Sekian cerita daripada saya :)
Terima kasih cikgu, terima kasih rakan rakan. Kerana andalah saya menjadi seperti saya pada hari ini. Insya Allah ada rezeki kita berjumpa lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rawkkstylo.blogspot.com/2020/02/back-to-old-days.html