Bacaan Talkin Lengkap Dalam Bahasa Rumi Untuk Kita Menginsafi Diri


Bacaan Talkin Lengkap Dalam Bahasa Rumi Untuk Kita Menginsafi Diri | Salam semua, dah lama post ni dalam draft. Bila dengar semalam abah sis bagi tahu yang Ayah Chik ada jemput ke majlis tahlil untuk arwah anaknya sabtu depan, sis baru teringat dah  cukup sabtu depan genap 40 hari arwah pergi. Sis teringat yang post ni masih dalam draft. Tapi kami tak  dapat pergi Sabtu depan. Mungkin kami sekeluarga akan pergi sebelah malam, semua adik beradik sis balik kampung, lagipun Sabtu depan tu ada majlis.


Baru - baru ini, sis banyak mendapat perkhabaran di facebook tentang sahabat - sahabat yang telah pergi meninggalkan dunia yang bersifat sementara ini. Kebanyakan kawan geng masak yang pernah request wani dulu di facebook. Yang seorang tu dapat tahu sebab suami arwah mewakili facebook kepunyaan arwah dengan memberitahu status bahawa arwah sudah tak ada.

Semoga arwah ditempatkan ke dalam golongan orang yang soleh. Sis terfikir adakah kematian kita nanti akan ada perkhabaran di facebook mungkin diwakili dari ahli keluarga untuk memaklumkan bahawa kita sudah tidak ada lagi di dunia ini. Mungkin ?

Kita pun bakal menyusul, semoga kita berusaha untuk mempertingkatkan amalan kita untuk dituai di akhirat kelak. Mudah - mudahan Allah mengampuni dosa kita dan terima ibadah kita selama ini

Sampai sekarang masih terdengar alunan suara tok imam yang membaca ayat bacaan talkin semasa pengebumian arwah sepupu dulu. Terasa masih baru .Kadang - kadang teringat, Memang diri terasa takut dan gementar  tubuh. Kalau sebelum ini, sis hanya tonton dalam drama tv.

Tapi tidak ada "sesuatu" yang membangkitkan perasaan dalam diri. Kali ini betul - betul depan mata. Menghayati dengan tekun walaupun sekali sekala suara tok imam tenggelam sebab jarak tempat sis berdiri agak jauh sikit

Pernah terbaca cuba gantikan SAYA BIN IBU SAYA. Dengan nama kita agak - agak apa perasaan kita nanti.

Mati Itu Pasti



Tidak ada nak niat untuk menakutkan cuma ingin mengingatkan daripada terus dalam kealpaan apa tujuan kita hidup di dunia ini. Kadang - kadang kita tenggelam sekejap dengan perhiasan dunia yang sementara, tapi untuk terus berada di jalan yang betul kena pandai seimbangkan untuk kehidupan dunia dan di akhirat.ayat  bacaan talkin ni sis ambil dari doa ayat dan zikir

Arwah nenek dan atok wani sebelah bonda dah tak ada. Bonda wani baru sahaja kehilangan bapa saudara yang terakhir  iaitu adik arwah atok wani yang telah dijemput pencipta beberapa hari lepas. Bermakna satu generasi adik beradik sebelah atok dah tak ada.

Hanya tinggal adik perempuan terakhir arwah nenek iaitu mak saudara bonda sis. Sumber bacaan talkin ni sis dapat kat  SINI. 

Semoga dengan merenung bacaan talkin, kita dapat memahami maksud yang disampaikan. 

Bacaan Talkin Lengkap dalam Bahasa Rumi 
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam.
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati.
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran.
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai.
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa.
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum.
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala.Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah.
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah.
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu.
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut.
Janganlah kamu berdukacita dan risau.
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala.
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk.
Mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka.
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak.
Dan janganlah bergopoh-gapah.
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu.
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh.
Sehingga sampai satu masa kelak.
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Bahawasanya mati ini adalah benar.
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar.
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar.
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar.
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar.
Minum di kolam air nabi adalah benar.
Ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya.
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa.
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah.
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala.
Menjinakkan hati kamu yang liar.
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu.
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan.
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi
rabbil alamin.

Diharapkan bila membaca atau mendengar setiap patah perkataan untuk bacaan talkin dalam bahasa rumi ini, dapat membuka hati, buka minda yang hidup kita atas dunia ini adalah bersifat sementara. Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2019/11/bacaan-talkin-lengkap-dalam-bahasa-rumi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Lengkap Bom Bunuh Diri Di Mapolrestabes Medan

Kronologi Lengkap Bom Bunuh Diri Di Mapolrestabes Medan

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 260 hits
Ledakan bom bunuh diri terjadi di lingkungan Polrestabes Medan pada Rabu ledakan terjadi sekitar pukul 08 39 WIB
Mahkamah Perintah Najib Bela Diri Untuk 7 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Pecah Amanah Dan Pengubahan Wang Haram

Mahkamah Perintah Najib Bela Diri Untuk 7 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Pecah Amanah Dan Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 351 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Naz...
Suwarnatha Tewas Gantung Diri Dosen Undiknas Itu Baru Meraih Gelar Doktor Di Ugm

Suwarnatha Tewas Gantung Diri Dosen Undiknas Itu Baru Meraih Gelar Doktor Di Ugm

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 302 hits
Jenazah I Nyoman Ngurah Suwarnatha dosen ilmu hukum Universitas Pendidikan Nasional Denpasar yang meninggal akibat gantung diri dikremasi Minggu di Krematorium Santha Yana Paguyangan Kangin Denpasar Segenap civitas kampus Undiknas Denpasar ...
Didakwa Cemburu Isteri Minat Hrithik Roshan Suami Tikam Isteri Sampai Mati Sebelum Gantung Diri

Didakwa Cemburu Isteri Minat Hrithik Roshan Suami Tikam Isteri Sampai Mati Sebelum Gantung Diri

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 441 hits
Seorang lelaki bertindak diluar kawalan apabila didakwa menikam mati isterinya sebelum menggantung diri gara gara cemburukan bintang Bollywood Hrithik Roshan Isterinya dikatakan amat meminati lakonan dan tarian aktor tinggi lampai berkenaan...
Demi Suami Sehingga Tiada Masa Untuk Diri Sendiri

Demi Suami Sehingga Tiada Masa Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 654 hits
PERINGATAN DILARANG SAMA SEKALI SEKIRANYA ANDA MENGUPLOAD VIDEO INI TANPA MENGKREDITKAN LINK DAN CHANNEL AZFAR BADRUL Harga Char Koey Tiaw RM5 50 Lokasi No 14 Jalan Kledang Raya 14 Taman Malkop 30010 Ipoh Perak Waktu Niaga Selasa Sabtu 6pet...
Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 556 hits
Kita sedia maklum bahwa Datuk Seri Najib Razak telah diarah membela diri atas 7 tuduhan tentang syarikat SRC International Sdn Bhd oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Keputusan itu tidak mengejutkan Yang mengejutkan ialah apabila kes ba...
Seperti Dijangka Hakim Mengarahkan Najib Bela Diri Dalam Kes Src International Atas Alasan Wujud Kes Prima Facie

Seperti Dijangka Hakim Mengarahkan Najib Bela Diri Dalam Kes Src International Atas Alasan Wujud Kes Prima Facie

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 679 hits
Pagi tadi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk membela diri bagi kesemua pertuduhan kes SRC kerana wujudnya prima facie Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam kes SR...
Najib Diperintah Bela Diri Dalam Kes Src

Najib Diperintah Bela Diri Dalam Kes Src

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd Hakim Mahkamah Ting...
Src Tertuduh Diperintah Bela Diri Ketahui Proses Seterusnya

Src Tertuduh Diperintah Bela Diri Ketahui Proses Seterusnya

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 406 hits
Foto theedgemarkets com Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini diperintah membela diri selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan wujudkan kes prima facie bagi kesemua tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor