Bacaan Sayyidul Istighfar Memohon Keampunan Allah Swt


Assalamualaikum
Bismillah
Di dalam kehidupan kita, kita perlulah banyak beristighfar kepada Allah SWT iaitu memohon ampun kepada-Nya di atas segala dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan. 
Ini kerana, Nabi SAW yang diketahui bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang tidak pernah meninggalkan istighfar ini. 

Di dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam al-Bukhari:
 Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat al-Bukhari (6307)] 

"Sayyidul Istighfar" adalah doa istighfar yang dianggap sebagai "pemimpin" atau "raja" dari segala istighfar. Berikut adalah teks bacaannya:

للَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ"ALLAAHUMMA ANTAA RABBIY, LAA ILAAHA ILLAA ANTA, KHOLAQTANII WA ANAA 'ABDUKA, WA ANAA 'ALAA 'AHDIKA WA WA'DIKA MAA AS-TATHA'THU, A'UUDZU BIKA MIN SYARRI MAA SHANA'THU, ABUU-U LAKA BINI'MATIKA 'ALAYYA, WA ABUU-U BIDZAMBIY, FAGHFIR LII, FA-INNAHU LAA YAGHFIRUDZ-DZUNUUBA ILLAA ANTA." 
Ertinya:
"Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau."


Demikian menunjukkan akan pentingnya istighfar di dalam kehidupan seharian kita. Terdapat hadith yang menceritakan berkaitan Penghulu Istighfar atau ia dinamakan sebagai Sayyid al-Istighfar
 
Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari (6306)]

Di dalam Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar menaqalkan perkataan Ibn Jamrah yang mengatakan bahawa di dalam hadith ini, Nabi SAW telah menghimpunkan seni makna-makna serta lafaz-lafaz yang indah dan dengan itu melayakkan ia digelar sebagai penghulu segala istighfar. Di samping itu juga, terdapat padanya ikrar kepada Allah yang Esa akan keEsaan-Nya dan juga Ubudiyyah kepada-Nya (yang hanya berhak disembah). Tambahan pula, di dalamnya terdapat pengiktirafan (daripada hamba) bahawa Allah adalah pencipta dan beriqrar dengan janji yang diambil oleh Allah ke atasnya. Selain itu, berserah dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepadanya serta memohon perlindungan (daripada Allah) dari segala kejahatan yang dilakukan oleh seseorang hamba itu terhadap dirinya. Di dalamnya juga terdapat sandaran kesenangan kepada pencipta-Nya dan juga sandaran dosa kepada diri pelakunya serta keinginannya untuk memohon ampun dan pengiktirafan akan dosa yang telah dilakukannya bahawa tiada yang mampu untuk mengampunkan dosa-dosa tersebut melainkan Allah SWT. [Lihat: Fath al-Bari, 100/11]

Di dalam hadith ini juga, Nabi SAW menyatakan akan kelebihan bagi sesiapa yang beramal dengan Sayyid al-Istighfar

Sabda Baginda SAW lagi di dalam hadith yang sama: وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.

Oleh itu, membaca sayyidul istighfar selepas solat adalah suatu amalan yang sangat dianjurkan kerana ia mempunyai banyak manfaat kepada kita. Dengan membaca doa ini secara rutin, InsyaAllah kita akan merasa lebih tenang dan meningkatkan kualiti keimanan kita kepada Allah SWT. 
Semoga bermanfaat~

RUJUKAN :IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-168: PENGHULU SEGALA ISTIGHFAR



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2023/02/bacaan-sayyidul-istighfar-memohon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semoga Diberkati Umurnya Oleh Allah Swt

Semoga Diberkati Umurnya Oleh Allah Swt

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 316 hits
Barakallahu fii umrik Semoga diberkati umurnya oleh Allah SWT Sabda Rasulullah Sebaik baik kamu ialah yang panjang umurnya serta baik amalannya Semoga dengan bertambahnya usia menjadikan insan yg mulia semakin disayangi Allah dan menyayangi...
Kita Merancang Allah Menentukan Reda Shooting Filem Tergendala Netizen Kata Tanda Kifarah

Kita Merancang Allah Menentukan Reda Shooting Filem Tergendala Netizen Kata Tanda Kifarah

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 345 hits
Pengarah terkenal penuh kontroversi Syamsul Yusof meluahkan rasa reda berikutan tidak dapat meneruskan penggambaran filem terbarunya
Firaun Jadi Kerajaan Pun Tak Dapat Reda Allah Tuan Ibrahim Jawab Zahid

Firaun Jadi Kerajaan Pun Tak Dapat Reda Allah Tuan Ibrahim Jawab Zahid

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 254 hits
Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatk...
Kisah Wali Allah Yang Solat Di Atas Air

Kisah Wali Allah Yang Solat Di Atas Air

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 407 hits
Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumb...
Doa Supaya Allah Menutup Aib Kita

Doa Supaya Allah Menutup Aib Kita

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 439 hits
Baca GAMBAR LOKASI Doa Supaya Allah Menutup Aib Kita Doa adalah senjata orang mukmin terutamanya bagi orang yang teraniaya atau dizalimi contohnya diaibkan merata rata Sebab itu doa orang yang teraniaya itu tiada hijab Cepat atau lambat pas...
Jaminan Allah Kepada Sesiapa Yang Menjadikan Al Quran Sebagai Pendampingnya

Jaminan Allah Kepada Sesiapa Yang Menjadikan Al Quran Sebagai Pendampingnya

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 215 hits
Assalamualaikum WBT Selamat pagi Salam Jumaat kepada seluruh para pembaca muslimin yang dikasihi sekalian Alhamdulillah sekali lagi kita bertemu pada Hari Jumaat yang mulia dan barakah ini Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap langka...
Allah Senantiasa Menolong Seorang Hamba Selama Hamba Itu Menolong Saudaranya

Allah Senantiasa Menolong Seorang Hamba Selama Hamba Itu Menolong Saudaranya

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 268 hits
Suatu hari Rasulullah SAW mahu berbelanja Dengan bekal wang sebanyak 8 dirham beliau hendak membeli pakaian dan kelengkapan rumah Belum juga sampai di pasar beliau mendapati seorang wanita sedang menangis Beliau bertanya kenapa menangis Apa...
Abu Shaar Bro Sallah Allah Rabouna

Abu Shaar Bro Sallah Allah Rabouna

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 285 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat sahabat blogger Naim doakan semua di dalam rahmat Ilahi selalu Pada malam ini Naim hendak share satu lagu nasyid atau bahasa mudah Qasidah yang di dendang dari kumpulan Arab daripada Sy...
Ya Allah Takutnya 4 Penjenayah Berjaya Dirakam Rompak Rumah Penduduk Di Klang

Ya Allah Takutnya 4 Penjenayah Berjaya Dirakam Rompak Rumah Penduduk Di Klang

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 245 hits
Tular di media sosial video sebuah rumah penduduk di Klang dirompak oleh empat penjenayah dalam kejadian yang berlaku kira kira jam 1 tengah hari Jumaat Menurut sumber sekumpulan penjenayah berkenaan menaiki kereta jenis Proton Waja yang di...
Suasana Baru Bara Stulang Jb Port Mancing Sambil Makan Seafood

Kopi Atau Matcha Minuman Trend Viral Dan Simbol Personaliti Anak Muda

Finger Sandwich Egg Mayo

Makan Malam Di Yacht By The Beach Port Dickson

Budak 3 Tahun Melecur Telefon Bimbit Meletup

Sudah Tukar Tahap Gula Walaupun Sudah Jaga Makan

Is Bersatu Agm About The People Or Boot Licking Youth Leader Laments

Edward Wong S Plight Has Sparked Umno Youth Mca Political Bickering Fanning Racial Sentiment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chelsea Didakwa Langgar Peraturan Pembayaran Ejen

Bukan Tak Nak Kawan

Vita Alvia Goyang Lageday Chord

Canon Expands Cinema And Hybrid Ecosystem With New Camera And Lenses For Storytellers In Malaysi

Malibu Glass Box House By Klopf Architecture A Pavilion Reimagined For Modern Living

Today S Consumers Are Buying Beliefs Not Products