Bacaan Luas Telefon Pintar I
Aplikasi dan sistem yang digunakan dalam telefon pintar didominasi oleh empat syarikat teknologi maklumat utama dunia. Sistem ini ialah Android, iPhone, Blackberry dan Windows.
Sejarah Android
Android adalah sistem operasi dan fungsi penggunaannya adalah jauh lebih hebat dan canggih. Ia adalah timbunan teknologi yang dibina khusus untuk peranti mudah alih yang termasuk sistem operasi, middleware dan aplikasi utama. Timbunan perisian ini adalah daripada rangka kerja untuk keping khusus perisian seperti mesin maya yang memudahkan pengoptimuman sumber ingatan dan perkakasan untuk teknologi sambungan seperti Bluetooth dan Wi-Fi. Ia sangat membantu dalam memudahkan segala aktiviti dan pekerjaan manusia.
Android bermula dari seorang yang bernama Rubin yang percaya bahawa pengguna telefon bimbit hari ini mempunyai keperluan yang berbeza. Beliau membuat platform mudah alih yang membolehkan mana-mana pengaturcara untuk menulis sebarang permohonan bagi platform telefon mudah alih bagi memenuhi permintaan pengguna telefon bimbit. Pada tahun 2005, beliau menemui Google untuk mencari sokongan.
Rubin tidak mencari pembiayaan sebaliknya mencari suatu jaminan kelulusan. Beliau telah mengetahui bahawa Google mempunyai “coattais” lama untuk sebuah syarikat mudah alih. Apabila Rubin pergi mencari kelulusan Google, beliau mendapat tawaran yang tidak mampu untuk menolaknya. Google menawarkan untuk membayar Rubin sekitar AS $50 juta bagi Android dan bersetuju untuk memasukkannya ke dalam projek Android sebagai pengendali projek.
Sejarah iPhone
iPhone bermula dengan Steve Jobs yang merupakan jurutera syarikat Apple yang memperkenal teknologi sentuhan jari dan komputer tablet. Beliau tidak percaya bahawa telefon bimbit akan menjadi antara salah satu alat penting untuk mengakses maklumat secara mudah alih dan mempunyai perisian penyegerakan yang sangat baik. Pada masa itu, dengan memberikan tumpuan terhadap susulan kepada Newton PDA mereka, Steve Jobs mempunyai model Apple yang telah meletakkan tenaga ke dalam ipod dan perisian iTunes.
Pada Januarai 2007, Steve Jobs mengumumkan iPhone akan dikeluarkan akhir tahun itu. Pada 29 Jun 2007, iPhone yang pertama telah dikeluarkan.
Sejarah Blackberry
Blackberry merupakan telefon pintar yang semakin canggih dan mencipta nama. Keluaran model telefon pintar pertama jenis Blackberry dilakukan pada tahun 2003. Blackberry adalah peranti selaras yang menggunakan perkhidmatan talian tanpa wayar iaitu secara pegang tangan telah direka dan dipasarkan oleh Research In Motion Limited (RIM) yang beroperasi sebagai Blackberry. Peranti Blackberry pertama ialah e-mel yang telah dikeluarkan pada tahun 1999.
Sejarah telefon Windows
Telefon pintar yang menggunakan aplikasi Windows adalah satu siri sistem operasi mudah alih hak milik Microsoft. Ia telah dibangunkan oleh Microsoft yang menjadi pengganti kepada Windows Mobile. Berbeza dengan sebelumnya, tujuan utamanya adalah untuk pasaran pengguna dan bukannya pasaran perusahaan. Telefon pintar yang menggunakan aplikasi Windows ini telah dilancarkan pada pertama kalinya pada Oktober 2010.
Revolusi telefon bimbit
TELEFON bimbit pada hari ini seperti sudah menjadi satu keperluan bagi setiap orang. Jika 20 tahun dahulu sesiapa yang mempunyai alat peranti tersebut boleh dianggap sebagai orang berada.
Revolusi telefon bimbit telah menarik minat ramai orang, dengan fungsi dan kelebihan terbina membuatkan peralatan itu diminati ramai. Tambahan pula sekarang harga untuk memilikinya tidak lagi seperti dahulu.
Justeru, hampir setiap orang dalam pelbagai lapisan masyarakat mempunyai telefon bimbit sendiri sebagai medium komunikasi. Tidak kira sama ada peranti mahal atau murah, yang penting boleh berkomunikasi dengan mudah.
Sebelum kewujudan telefon bimbit, pada 1907 majalah Punch telah menerbitkan karikatur dilukis oleh Lewis Baumer yang membayangkan pada tahun tersebut seorang lelaki dan wanita bercakap antara satu sama lain menerusi telefon tanpa wayar.
Sejarah penggunaan telefon mudah alih telah bermula sejak 1908 lagi. Seperti dilaporkan sebuah syarikat di London, USWithc Limited, Amerika Syarikat menjadi negara pertama yang mempatenkan telefon tanpa wayar.
Pada tahun tersebut, Profesor Albert Jahnke serta Oakland Transcontinental Aerial Telephone dan Power Company mendakwa mencipta sebuah telefon tanpa wayar.
Walau bagaimanapun, mereka tidak mengeluarkan telefon tersebut dan telah dituduh menipu.
Pada 1918 pula, sebuah syarikat kereta api di Jerman telah menguji sistem telefon tanpa wayar untuk kegunaan komunikasi tentera di Berlin dan Zossen.
Kemudian, satu percubaan umum telah dilakukan pada 1924 juga oleh syarikat kereta api untuk menghubungkan Berlin dengan Hamburg.
Selepas percubaan tersebut dilakukan, syarikat Zugtelephonie A. G. telah diasaskan pada 1925 untuk membekalkan peralatan telekomunikasi untuk kegunaan sistem kereta api.
Sejak peralatan tersebut diaplikasikan, sistem kereta api Deutsche Reichbahn dan perkhidmatan Mail German yang menghubungkan Berlin dengan Hamburg telah menjadi sebuah pengangkutan kelas pertama.
Pada 1926, seorang artis Karl Arnold telah melukis watak kartun yang membayangkan orang ramai menggunakan telefon bimbit. Kartun itu telah diterbitkan oleh majalah Simplicissimus.
Revolusi penggunaan telefon mudah alih mula tercetus dalam Perang Dunia Kedua dan banyak digunakan dalam ketenteraan seperti komunikasi radio dua hala, namun ia menggunakan tenaga elektrik yang banyak.
Pada 1946, telefon mudah alih mula dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi AT&T. Telefon tersebut mempunyai peranti asas dan digunakan oleh kebanyakan pemandu teksi sebagai alat komunikasi radio dua hala. Alat tersebut merupakan sebuah telefon yang dipasang dalam kereta (teksi) tanpa memerlukan sambungan kabel seperti telefon rumah, tetapi memerlukan peranti asas untuk menyambungkan dengan pengguna lain dan liputannya sangat terhad.
Dunia semakin berkembang, selepas melihat telefon jenis itu sukar untuk digunakan secara umum, pada 1973, Motorola mengeluarkan telefon bimbit tanpa memerlukan peranti asas sebagai stesen penghubung. Pada 3 April 1973, Motorola mencipta telefon bimbit pertama iaitu Motorola DynaTAC oleh Naib Presidennya, Martin Cooper. Tetapi, masih belum digunakan secara umum.
Tidak lama selepas itu, Jepun menjadi negara pertama memulakan langkah drastik yang mencetuskan penggunaan telefon bimbit besar-besaran apabila syarikat Nippon Telegraph and Telephone (NTT) mengeluarkan telefon mudah alih. Pada 1981, syarikat Nordic Mobile Telephone (NMT) telah melancarkan sistem liputan telefon bimbit pertamanya di Denmark, Norway, Sweden dan Finland.
Sejak itu, Generasi Pertama (1G) berfungsi automatik sepenuhnya yang pertama telah dihasilkan dan liputan capaian jaringan telefon bimbit diperkenalkan.
Dalam masa sama, Motorola mengeluarkan Motorola DynaTac yang menjadi telefon bimbit pertama diluluskan oleh Persekutuan Suruhanjaya Komunikasi (FCC) di Amerika Syarikat pada 1983.
Telefon bimbit terus berevolusi dengan kemajuan teknologi hingga wujud syarikat pengeluar telefon bimbit gergasi seperti Nokia, Blackberry, Sony Ericsson, Samsung dan Apple iPhone.
REVOLUSI telefon bimbit dalam masa 70 tahun daripada sebuah telefon bimbit kepada telefon pintar. – BAREKLIFTRUCKS.CO.UK
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/revolusi-telefon-bimbit-1.488783
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2019/05/bacaan-luas-telefon-pintar-i.html