Bacaan Luas Telefon Pintar Ii



Kesan kecanduan Internet, ketagihan telefon pintar

IBU bapa perlu memantau penggunaan Internet anak-anak mereka.
DR. JAMILAH HANUM ABDUL KHAIYOM

Statistik daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2016 mendapati bahawa dalam kalangan semua responden, pelajar menghabiskan masa paling lama dalam talian iaitu pada purata 21 jam seminggu. Statistik ini turut disokong oleh Kajian Kesihatan Morbiditi Kesihatan Negara 2017, enam daripada tujuh remaja sekolah berumur 13 hingga 17 tahun adalah pengguna aktif Internet. Apa yang lebih membimbangkan ialah dua daripada tujuh remaja sekolah ini mengalami kecanduan Internet dan 94 peratus daripada mereka menggunakan telefon pintar bagi tujuan tersebut.
Ketagihan telefon pintar dan kecanduan Internet bertindan-tindih antara satu sama lain. Antara simptom ketagihan telefon pintar adalah kurang upaya mengawal penggunaan yang berterusan, meng­gunakan telefon pintar lebih lama daripada tempoh yang dijangkakan, rasa gelisah dan tidak selesa jika tidak menggunakan telefon pintar dan gagal dalam usaha mengurangkan penggunaannya.
Simptom-simptom ini seterusnya boleh merencatkan fungsi hidup seseorang. Kesan ketagihan telefon pintar ini boleh dilihat apabila seseorang berterusan menggunakannya tanpa mengendahkan kesan buruk yang dialami oleh tubuh badan dan psikologi. Contohnya, penggunaan dalam situasi berbahaya seperti semasa memandu atau menyeberang jalan dan penggunaan telefon pintar yang mengurangkan interaksi sosial di sekolah, tempat kerja, mahupun di rumah.
Kajian yang dijalankan sebelum ini mengesahkan keta­gihan telefon pintar boleh membawa kepada sakit kepala, sakit belakang dan ketegangan mata. Di samping itu, terdapat hubungan antara kebimbangan dan kemurungan ekoran menyemak mesej-mesej, melayari rangkaian sosial, bermain permainan Internet, dan melihat klip video secara berlebihan. Semua aktiviti ini boleh diakses menerusi telefon pintar.
Terma-terma baharu seperti ringxiety (aduan mengenai masalah terhadap deringan telefon), Nomophobia atau no mobile phone phobia (Fobia tiada telefon bimbit), dan FoMo atau fear of missing out (Ketakutan merasa terputus daripada dunia) mula muncul dan sangat berkait rapat dengan penggunaan telefon pintar yang berlebihan.
Kajian melaporkan bahawa penggunaan Internet yang berlebihan boleh menjejaskan kualiti tidur kanak-kanak dan remaja. Perkara ini disebabkan berlaku pertukaran tempat antara waktu tidur yang telah ditetapkan dengan penggunaan berterusan telefon pintar mahupun teknologi-teknologi lain. Dalam kata lain, aktiviti tidur yang berjadual telah diganti dengan penggunaan telefon pintar yang berterusan. Kajian juga menunjukkan remaja yang mengalami tidur terganggu lebih berisiko untuk mengalami masalah kesihatan mental, berat badan berlebihan, dan penurunan prestasi akademik.

INFO
Dr. Michael Ungar, seorang Profesor Kerja Sosial dan penulis buku terkenal Nurturing Resilience menyarankan empat strategi utama dalam menangani masalah ketagihan telefon pintar.
1.       Kerjasama daripada syarikat pengeluar telefon pintar dalam membina sistem operasi yang lebih berkesan iaitu mengunci telefon pintar selepas ditetapkan had penggunaannya (beberapa jam bagi setiap hari) kecuali untuk teks masuk, keluar atau panggilan dengan penjaga.
2.       Kerajaan dan komuniti setempat berganding bahu dalam menyediakan ruang dan aktiviti untuk para remaja berinteraksi sesama mereka, mengambil bahagian dalam aktiviti kesenian dan sukan dan mempunyai ruang yang selamat selepas mereka habis waktu persekolahan.
3.       Sekatan terhadap penggunaan telefon pintar di sekolah sama ada untuk tujuan pembelajaran mahupun komunikasi di antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga mereka.
4.       Meletakkan telefon pintar di tempat yang jauh dari tempat kelu­arga berkumpul sejurus pulang ke rumah selepas kerja dan membataskan penggunaan telefon pintar ketika di rumah walaupun atas urusan membalas mesej.
http://www.utusan.com.my/mega/kesihatan/kesan-kecanduan-Internet-ketagihan-telefon-pintar-1.816508

Ketagihan telefon pintar merisaukan
Fadzil Zainol
07 November 2017

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Ketagihan melihat skrin telefon pintar dalam ka­langan generasi muda menjadi antara kebimbangan utama Kementerian Belia dan Sukan yang menganggap perkara itu berisiko melahirkan gene­rasi yang tidak sihat.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kajian di negara ini mendapati 72 peratus daripada pengguna Internet adalah mereka yang berumur antara 7 tahun hingga 35 tahun, sementara remaja berusia di bawah 18 tahun menghabiskan hampir enam jam sehari melayarinya.
Katanya, ketagihan itu boleh mendorong kepada beberapa lagi gejala tidak sihat seperti masalah disiplin dan jenayah, tidak aktif beriadah, masalah mental, kurang bersosial dan tidak prihatin terhadap nilai-nilai masyarakat.
“Ketagihan ini bukan hanya untuk anak muda tetapi merentasi semua lapisan umur. Tetapi generasi yang lebih tua pada hari ini tidak mengalami pendedahan kepada dunia Internet terlalu awal seperti golongan muda.
“Saya tidak menyatakan kita perlu mengharamkan Internet dan telefon pintar kepada golongan muda. Tetapi sebagai masyarakat, kita perlu sama-sama mencari penyelesaian untuk generasi muda yang ketagih dengan skrin,” katanya berucap merasmikan Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan 2017 (Yours’17) di sini hari ini.
Yang hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (Iyres), Datuk Adnan Abu Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Zainah Shariff.
Kata Khairy, pelajar sekolah sendiri pada masa ini sudah menganggap rakan-rakan di dalam laman-laman media sosial seperti Facebook dan Twitter sebagai satu kepentingan selain menggunakan teknologi itu untuk meluahkan perasaan tanpa berkongsi masalah de­ngan ibu bapa.
Beliau berkata, kebergantu­ngan kepada digital menyebabkan generasi hari ini tidak mempunyai gaya hidup yang aktif.
“Di Malaysia juga, seorang anak muda menghabiskan hampir lima jam di sekolah, lima jam untuk Internet dan telefon, tiga jam untuk menonton dan tujuh jam untuk tidur. Cabaran ini memberi pelbagai impak negatif lain menyentuh aspek kesihatan, interaksi sosial dan kemahiran intelek,” katanya.
Katanya, jika tiada kawalan, gejala-gejala yang disebut itu berisiko membuatkan generasi baharu lebih bersifat indivi­dualistik dan tidak mempunyai sikap belas-kasihan.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ketagihan-telefon-pintar-merisaukan-1.548121

Nomofobia jadikan pengguna hamba gajet



Masyarakat hari ini semakin kurang berinteraksi disebabkan taksub terhadap gajet terutama telefon pintar. – GAMBAR HIASAN

2
TELEFON pintar mahupun gajet lain seperti tablet kini sudah menjadi satu keperluan manusia di seluruh dunia. Tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit. Itulah perasaan setiap manusia sekiranya tertinggal alat itu di rumah atau kehilangannya. Perasaan resah dan gelisah melanda. Kini, ramai yang sudah tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit. Tidak hairan jika perasaan itu seolah-olah boleh disifatkan sebagai satu bentuk ketagihan baharu yang melanda, bukan sahaja masyarakat Malaysia tetapi juga secara global.
Nomofobia iaitu satu perasaan takut untuk hidup tanpa telefon atau gajet lain boleh bertukar menjadi masalah kesihatan yang serius jika tidak ditangani segera. Tidak keterlaluan jika dikatakan nomofobia ini telah menjadikan seseorang itu ‘hamba’ kepada isi kandungan yang boleh dinikmati dari kewujudan gajet-gajet ini.
Walaupun penggunaan pelbagai jenis gajet ini memudahkan kehidupan dalam era teknologi canggih hari ini, ia juga sebenarnya mampu menjadikan hidup manusia kucar-kacir.
Apabila kita menghabiskan sebahagian besar masa seharian dengan menghadap telefon sama ada melayan media sosial atau memeriksa mesej secara berulang kali tanpa henti, itu sebenarnya satu tanda kita perlu berwaspada.
Menurut Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Jamiah Manap, secara purata masyarakat Malaysia menghabiskan masa purata dua jam sehari melayan gajet. Antara kandungan yang menjadi pilihan termasuk Internet, media sosial dan jaringan sosial, permainan video dan paling buruk, melihat pornografi. Sifat gajet yang menarik, dinamik, mudah dicapai dan digunakan di mana-mana sahaja serta multifungsi menyebabkan seseorang itu tertarik dengan penggunaannya.
“Bagi kanak-kanak dan remaja, peranan ibu bapa dan persekitaran juga memainkan peranan penting. Ini kerana apabila orang sekeliling menggunakan gajet, secara automatik akan mencetuskan minat anak-anak kecil untuk turut menggunakan atau memiliki gajet,” katanya.
Sementara itu, menurut data yang dikeluarkan melalui Laporan Persona Pengguna Telefon Pintar oleh platform data pintar terkemuka bagi pemasaran dan perniagaan mudah alih, Vserv pada Januari lalu, mendapati secara purata rakyat Malaysia menghabiskan kira-kira tiga jam sehari untuk melayan telefon pintar masing-masing.
Kadar pengguna telefon pintar di negara ini pula semakin meningkat dan dijangka mencecah 11 juta pada penghujung tahun ini. Menurut laporan itu, peningkatan itu dicetuskan oleh pengguna daripada golongan umur 30-an yang mewakili 64 peratus, jumlah pengguna keseluruhan.
Walaupun perkembangan itu memberi impak positif kepada industri telekomunikasi dan lain-lain, namun masyarakat juga terkesan daripadanya terutama golongan remaja dan kanak-kanak.
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/nomofobia-jadikan-pengguna-hamba-gajet-1.372597

Ramai tidak sedar bahawa pendedahan cahaya daripada telefon pintar boleh mengurangkan waktu tidur sebanyak dua kali berbanding kesan minum kopi. Dengan kata lain, cahaya telefon pintar berkeupayaan mengurangkan hormon melatonin yang selama ini membantu kita untuk tidur dengan lebih nyenyak. Justeru, sebaiknya-baiknya telefon pintar tidak dibawa ke bilik tidur kerana kesan radiasi daripada cahaya yang keluar daripada skrin telefon pintar sangat membimbangkan terutama terhadap kesihatan mata. Letaklah telefon pintar di bilik lain agar tempoh tidur kita tidak terjejas.
Dalam pada itu, kesan psikologi kepada pengguna telefon pintar ialah mereka tidak dapat bersosial dan berinteraksi dengan baik dalam bermasyarakat. Apabila berlaku ketagihan melampau, pengguna telefon pintar akan tersisih daripada kegiatan bermasyarakat. Inilah implikasi yang akan berlaku sekiranya ketagihan menggunakan telefon pintar gagal dibendung.
PROF. MADYA DR. ISMAIL ABDULLAH, USIM

Jangan biarkan diri jadi hamba gajet


NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED
25 Ogos 2016 6:10 PM
4
KEMAJUAN pesat teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan pelbagai gajet seperti telefon pintar dan tablet dapat dicipta secara berterusan untuk kegunaan dan kemudahan manusia. Evolusi peralihan gajet dilihat cukup drastik dan nampaknya sudah mula mempengaruhi gaya hidup ­seharian kita sehingga wujud situasi di mana seolah-olah kita tidak boleh hidup tanpa gajet.
Memasuki era teknologi maklumat yang serba canggih ini amat sukar untuk kita elak, lari mahupun tidak mempedulikan kemajuan dunia teknologi moden. Ini kerana kita akan jauh ketinggalan andai memusuhi kemajuan teknologi. Ringkasnya, kita tiada pilihan ­kecuali prihatin segala perkembangan teknologi baru yang dicipta hampir setiap hari di seluruh pelosok dunia. Ironinya walaupun kebanyakan teknologi seperti gajet dan tablet ini dicipta untuk kemajuan umat manusia dari pelbagai aspek namun ja­ngan dilupakan betapa masih ramai yang turut mengambil kesempatan, menyalah guna dan memanipulasi kecanggihan gajet yang ada untuk tujuan yang salah dan dengan niat yang tidak betul.
Bagi Malaysia, kita adalah sebuah masyarakat Timur yang kaya dengan pelbagai nilai murni yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Antara nilai murni yang boleh kita banggakan adalah hormat pada orang yang lebih tua, meng­utamakan hubungan kekeluargaan dan ka­sih sayang, berbicara dengan penuh berhemah serta sopan dan santun, boleh bertolak ansur dan kaya dengan pelbagai budi bahasa lain. Nilai dan peradaban ini diajar, dididik dan diasuh sejak kecil lagi. Ia menjadi budaya dan satu amalan yang sangat signifikan apabila dikaitkan pula dengan tuntutan dan ajaran agama masing-masing.
Namun sedihnya pada hari ini kita dapat lihat dengan jelas betapa nilai-nilai murni dan peradaban sebagai masyarakat timur itu seolah-olah semakin terhakis dari masyarakat kita terutamanya golongan muda. Ringkasnya, kemajuan tekno­logi dilihat semakin mengha­kis nilai-nilai murni dalam ma­syarakat kita, malah lebih ­teruk lagi keadaan menjadi seolah-olah masyarakat kita terutamanya go­longan muda kelihatan semakin menjadi hamba kepada teknologi ciptaan Barat.
Kemudahan Internet terutamanya media sosial terus menjadi duri dalam daging dalam masyarakat kita. Walaupun media sosial banyak kebaikannya namun penyalahgunaan kemudahan ini terus men­datangkan pelbagai kemudaratan kepada masyarakat. Golongan muda yang dilihat begitu taksub dengan Internet dan media sosial dilihat mudah hanyut sehingga mengorbankan dan melacurkan jati diri masing-masing.
Pelbagai kenyataan, gambar, video mahupun komen-komen yang dimuat naik dalam media sosial pada hari ini dengan jelas menggambarkan betapa ­teruknya kesan negatif teknologi moden seperti ini. Persoalannya kenapa perkara sebegini mudah berlaku? Ini tidak lain kerana pada hari ini kita mampu mengakses dan melayari Internet pada bila-bila masa dengan menggunakan pelbagai gajet yang serba canggih.
Dengan kemudahan telefon pintar dan tablet misalnya, pelbagai komen negatif melalui aplikasi seperti Facebook ataupun Instagram dilontarkan dengan mudah sehingga memberi gambaran seolah-olah masyarakat kita terutamanya golongan belia semakin jauh dari nilai-nilai murni yang menjadi pegangan dan amalan kita selama ini.
Akibatnya pelbagai kontroversi tercipta di alam maya hingga mencetuskan pergaduhan mahupun fitnah di alam nyata yang akhirnya boleh mengancam keselamatan, perpaduan dan keamanan rakyat dan negara secara keseluruhannya.
Justeru, isu ketagihan kepada gajet umpama gian kepada dadah ini perlu ditangani dengan bijak dan segera sebelum menjadi semakin kritikal ataupun sukar untuk dikawal. Hal ini kerana kajian terbaharu pihak UUM dan Iyres ter­hadap pe­ngaruh televisyen dan media sosial terhadap golongan belia di negara ini menunjukkan lebih 60 peratus daripada golongan belia berusia 18 hingga 25 tahun didapati menghabiskan masa lebih lima jam sehari untuk melayari Internet terutamanya bahan berunsur hiburan. Ini menunjukkan betapa golongan belia kita ketagih dan terus menjadi hamba kepada teknologi dan gajet. Maka persoalannya, apakah data ini belum cukup untuk merisaukan kita semua?
Pada masa sama, dari satu sudut lain pula, dengan adanya pelbagai gajet baru ini hubu­ngan sesama manusia juga dilihat semakin renggang dan terjejas. Paling kritikal hubungan kekeluargaan juga didapati semakin merisaukan kerana aplikasi rangkaian sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Instagram dan YouTube dilihat sedang me­lahirkan golongan antisosial di mana mereka lebih suka menjadi hamba teknologi daripada berkomunikasi mahupun menjalinkan hubungan dengan rakan dan juga ahli keluarga.
Contoh yang paling kerap kita lihat sekarang adalah suasana di meja makan di mana-mana kedai makan malah termasuk di rumah juga. Kalau dulu kita boleh lihat betapa mesranya rakan mahupun ahli keluarga berborak mesra sehingga kadang-kadang kedengaran bunyi ketawa terbahak-bahak namun pada hari ini kita akan lihat suasana sunyi sepi kerana masing-masing menghadap telefon pintar dan tablet untuk melayari pelbagai aplikasi rangkaian sosial. Adakah fenomena ini sihat untuk membina keluarga yang bahagia?
Secara umumnya teknologi tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya. Sebaliknya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran wajar menilai mahupun menapis supaya sesuatu teknologi itu agar tidak memudaratkan kehidupan kita. Hal ini penting kerana keadaan menjadi hamba kepada gajet ini dikhuatiri juga boleh menyumbang kepada penjajahan moden iaitu penjajahan minda dan pemikiran melalui teknologi dunia tanpa sepadan.
Dalam konteks ini, apakah kita mahu membiarkan orang lain menguasai dan menjajah minda dan pemikiran kita? Hakikatnya kita cukup risau dengan situasi ini kerana golongan muda dilihat semakin hanyut dan sudah semestinya ini tidak sihat untuk pembangunan dan kemajuan ma­syarakat dan juga negara secara keseluruhannya.
Justeru sama-samalah kita am­­bil iktibar dan membetulkan situa­si ini. Ibu bapa terutamanya perlu memastikan anak-anak ti­dak hanyut dengan gajet dan pelbagai teknologi lain yang bo­leh ­merosakkan diri, minda dan kehidupan. Jangan sesekali membiarkan anak kita menjadi hamba kepada gajet sehingga menghakis segala nilai-nilai murni yang dibanggakan selama ini.
PENULIS ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia.
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/jangan-biarkan-diri-jadi-hamba-gajet-1.374468

Malaysia pemilik telefon pintar tertinggi ke-10 dunia
24 Februari 2018 5:00 PM

40
MALAYSIA merupakan antara negara mencatatkan jumlah penduduk memiliki telefon pintar tertinggi dengan menduduki tempat ke-10 di dunia. Berdasarkan kaji selidik firma Pew Research Center, Malaysia merupakan antara negara tertinggi pemilikan gajet dengan mencatatkan kadar penembusan mencapai 65 peratus.
Korea Selatan menduduki tangga pertama dengan kadar 88 peratus diikuti Australia (77 peratus), Israel (74 peratus), Amerika Syarikat (72 peratus), Sepanyol di kedudukan kelima dengan 71 peratus. Sementara itu, pada kedudukan ketujuh adalah Britain (68 peratus) diikuti Kanada (67 peratus), Chile (65 peratus) dan di tempat ke-10 adalah Malaysia.
Dalam pada itu, laporan Newzoo Global Mobile Market mendedahkan Malaysia menduduki tangga ke-29 bagi penggunaan Internet tertinggi di dunia. Hasil kaji selidik mendapati terdapat kira-kira 24,572,446 pengguna Internet di Malaysia. Berdasarkan jumlah itu, 78.7 peratus rakyat Malaysia merupakan pengguna Internet.
Di samping itu, kaji selidik sebuah firma penjenamaan dan pemasaran antarabangsa, GFluence, mendapati kegilaan media sosial dan hiburan digital merupakan faktor utama yang menyumbangkan kepada ketagihan rakyat Malaysia terhadap telefon pintar. Berpandukan statistik, rakyat Malaysia merupakan antara pengguna tertinggi telefon pintar di dunia merangkumi semua peringkat umur, daripada muda sehingga dewasa. Ketika penjualan telefon pintar melonjak tinggi di negara ini, konsep ketagihan di Malaysia ini akan turut membawa kepada sedikit kesan negatif,” kata dalam catatan di laman web rasminya.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-pemilik-telefon-pintar-tertinggi-ke-10-dunia-1.615122


Telefon pintar makanan utama rakyat Malaysia?
24 Februari 2018 5:00 PM
50
KETAKSUBAN rakyat Malaysia untuk memiliki telefon pintar dan tablet amat mengejutkan apabila rekod mencatatkan jumlah import gajet berkenaan mencecah kira-kira RM11 bilion pada tahun lalu.
Lebih memeranjatkan, angka tersebut melebihi nilai import pelbagai produk dan bahan makanan bagi memenuhi permintaan populasi rakyat negara ini yang sudah mencecah 32.2 juta orang.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, nilai import telefon pintar dan tablet itu meningkat secara mendadak sejak 2015. Telefon pintar dan tablet seperti iPad merupakan antara barangan import tertinggi di negara ini. Pada tahun 2015, nilai import telefon pintar mencecah RM8.33 bilion diikuti RM6.86 bilion (2016) sebelum ia melonjak kepada RM10.01 bilion bagi 2017.
“Itu tidak termasuk nilai import tablet/iPad iaitu RM1.55 bilion (2015), RM1.07 (2016) manakala RM1.05 bilion pada tahun lalu,” katanya kepada S2 di sini baru-baru ini.
Mengulas berhubung senario tersebut, Mohd. Uzir memaklumkan, bahan makanan yang sepatutnya menjadi keperluan penting kehidupan didapati mencatatkan nilai import yang jauh lebih rendah berbanding gajet tersebut.
“Sebagai contoh bagi tahun lalu, nilai import daging lembu sejuk beku dan segar hanya pada kadar RM2.24 bilion, daging-daging lain (RM1.79 bilion), susu dan produk tenusu ( RM2.93 bilion) dan beras (RM1.49 bilion).
“Pada tahun lalu juga, import buah-buahan dan kekacang juga hanya pada kadar RM3.06 bilion malah sayur-sayuran segar, beku serta diawet (RM3.85 bilion),” ujarnya.
Jelas beliau, faktor tersebut turut dipengaruhi oleh komposisi penduduk Malaysia yang berusia 15 hingga 40 tahun kini berjumlah 14.9 juta orang mewakili 45 peratus daripada populasi rakyat negara ini.
“Malah gajet tersebut bukan dilihat sebagai barangan mewah sebaliknya sebagai barangan keperluan khususnya bagi golongan yang mempunyai nilai kreativiti dan inovasi serta berfikiran usahawan dengan menjadikan ia sebagai medium untuk menjana pendapatan,” katanya.
Tambahnya, keadaan itu turut dipengaruhi oleh peningkatan penggunaan Internet seperti dilaporkan dalam Laporan Penyiasatan Penggunaan dan Capaian Teknologi Maklumat (ICT) oleh Individu dan Isi Rumah, 
iaitu 57 peratus pada 2013 meningkat kepada 71.1 peratus pada 2015.
“Maklumat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memaklumkan terdapat sejumlah 34.1 juta langganan jalur lebar mudah 
alih bagi suku ketiga 2017,” ujarnya.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/telefon-pintar-makanan-utama-rakyat-malaysia-1.615121


Elak ketagihan gajet
14 Disember 2016 6:02 PM
1
SATU kajian yang dijalankan oleh sebuah firma pemasaran digital mendapati di Britain purata penggunaan telefon pintar sehari adalah sebanyak 221 kali. Kebiasaannya mereka mula menggunakan telefon pintar kira-kira pukul 7.31 pagi dan terus menerus menggunakannya sehingga pukul 11.21 pagi.
Secara purata, mata kita terpaku ke telefon pintar selama tiga jam 15 minit sehari. Berhubung tentang isu ini cuba kita merenung ungkapan Baroness Susan Greenfield dalam buku beliau, ‘Mind Change’. Dalam buku tersebut beliau berkata: ”Nilai kemanusiaan kini makin berkurangan, kita jarang bersemuka.” Beliau mengungkap kata-kata ini bagi menjelaskan bagaimana era digital telah mengubah pemikiran kita.
Albert Einstein seorang tokoh bidang sains dikatakan telah meramalkan fenomena ini melalui kata-kata ini: “Saya takut teknologi akan mengatasi interaksi manusia. Dunia akan mempunyai generasi bodoh.” Soalnya sekarang, adakah ramalan Einstein betul?
Ramai ahli sejarah mempertikaikan kenyataan Einstein ini tetapi secara realitinya cuba lihat di sekeliling kita. Di mana-mana sahaja akan kelihatan manusia asyik menatap telefon pintar sama ada makan di luar bersama keluarga, di stesen pengangkutan awam mahupun di tempat kerja. Hampir semua mereka asyik dengan telefon pintar masing-masing.
Tidak kurang anak kecil yang diberikan gajet untuk membolehkan mereka tidak merengek. Tidak ketinggalan warga tua turut terjebak dengan aktiviti ini. Dengan kata mudah, sesiapa sahaja tidak terlepas menjadi mangsa telefon pintar.
Perubahan ini tidak boleh dinafikan dan itulah hakikat yang berlaku. Sebab itu saya sering terfikir tentang keperluan kita untuk menatap telefon pintar pada setiap saat? Seolah-olah dunia ini hanya kita dan gajet.
Cuba perhatikan di mana-mana, manusia seolah-olah tidak dapat memisahkan diri masing-masing dengan gajet elektronik ini. Disebabkan keasyikan itu, mereka gagal menikmati keadaan sekeliling dan paling malang interaksi secara bersemuka semakin berkurangan.
Tidak keterlaluan dikatakan era digital ini menyebabkan kita menjadi antisosial. Disebabkan terlalu obses dengan gajet ini juga, kita gagal menghayati kehidupan, seni dan alam semesta. Semuanya ini bukan lagi menjadi keutamaan.
Dari segi jantina, wanita dikatakan menggunakan telefon pintar lebih daripada lelaki iaitu secara puratanya 23 minit untuk tempoh sehari. Dari segi umur pula, pengguna yang berusia di antara 18 hingga 24 tahun akan menghabiskan masa secara purata empat jam 20 minit sehari menggunakan telefon pintar mereka.
Mereka yang berusia melebihi 55 tahun penggunaan secara purata ialah selama dua jam 15 minit sehari. Oleh itu tidak hairanlah di mana-mana sahaja kita berada sama ada bercuti di persekitaran yang paling mempesonakan atau sedang menikmati hidangan paling lazat bersama keluarga bunyi ‘ping’ untuk memaklumkan isyarat mesej baharu adalah lebih indah daripada segala-galanya.
Satu perkara lagi, tahukah anda apabila seseorang itu tidak boleh tidur, sebahagian besar daripada mereka akan mencapai telefon pintar. Alangkah baik jika di saat itu kita penuhi masa untuk membaca ayat suci al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah. Bayangkan jika sebahagian daripada jumlah keseluruhan masa kita menatap telefon pintar ini (dalam tempoh sehari) digunakan untuk membaca ayat-ayat al-Quran, hadis atau sekurang-kurangnya berzikir sudah tentu amalan-amalan ini memberi kesan kepada kita terutama dalam usaha menjadi seorang Muslim yang baik.
Sememangnya untuk melakukan perkara-perkara yang baik adalah sesuatu yang amat sukar berbanding jika kita melakukan perbuatan buruk serta sia-sia. Dalam perkembangan berkaitan kita tahu bahawa ketagihan itu adalah satu perkara yang dahsyat tetapi sebelum menjadi lebih teruk lagi, lebih baik kita kembali kepada fitrah kehidupan seorang manusia.
Berinteraksi dan berbuallah secara bersemuka kerana dengan cara ini sahaja ikatan silaturahim akan terjalin. Bukan maksud saya untuk melarang menggunakan telefon pintar tetapi biarlah secara sederhana dan berpada-pada.
AZIZI AHMAD
Segambut Luar, Kuala Lumpur
http://www.utusan.com.my/rencana/forum/elak-ketagihan-gajet-1.419678




Gajet ganti fungsi bibik

KETAGIHAN kanak-kanak terhadap gajet bermula dengan sikap ibu bapa yang malas melayan anak sendiri dan menggunakan teknologi sebagai jalan mudah mengekang kerenah dan ragam anak kecil. GAMBAR HIASAN/ REUTERS
24 Ogos 2017 12:00 PM
4

Saudara Pengarang,
BEBERAPA tahun lalu, kita semua mengalami era ‘bibik menggantikan ibu bapa’ dalam proses pembesaran anak-anak sehinggakan bahasa dan budaya bibik menjadi ikutan begitu ramai anak kecil.
Kini, fenomena tersebut agak berbeza sedikit dan bukan sahaja berlaku dalam masyarakat di Malaysia malah masyarakat di luar negara. Tempat ibu bapa sebagai contoh dan teladan anak kecil kini diambil alih gajet canggih.
Memang ramai ibu bapa yang mengakui tablet memudahkan mereka melakukan kerja rumah tanpa gangguan malah mudah mengawal tingkah laku anak jika berada di luar.
Namun, ramai yang tidak sedar kesan yang boleh memudaratkan anak-anak kecil ini khususnya rangsangan berlebihan akibat penggunaan gajet boleh mengecutkan otak kanak-kanak terutamanya yang berumur bawah tiga tahun.
Satu kajian di Malaysia yang dilaporkan baru-baru ini menyatakan bahawa 10 tahun dahulu, kadar masa fokus bagi murid di dalam kelas adalah 13 minit. Hari ini, kadar masa fokus telah jatuh kepada empat saat sahaja.
Ramai guru yang mengadu tentang permasalahan mengawal anak murid dalam kelas dan antara punca masalah ini adalah pendedahan berlebihan kepada pelbagai jenis gajet moden.
Kehidupan kita hari ini sarat dengan perkembangan teknologi dan agak janggal sekiranya seseorang itu menolak perkembangan terkini misalnya penggunaan telefon pintar, komputer atau tablet.
Kecanggihan teknologi tidak dapat dinafikan kerana mempunyai banyak kebaikan dan memudahkan urusan seharian terutama dalam urusan komunikasi, menyiapkan tugasan, alat pembelajaran atau penghantaran dokumen secara pantas.
Antara kebaikan penggunaan teknologi dalam kalangan kanak-kanak termasuklah kanak-kanak lebih mudah faham dan cepat belajar melalui interaksi imej yang bergerak dan bunyi di samping membantu perkembangan intelektual dan pemahaman mereka.
Gajet yang memerlukan kanak-kanak berinteraksi melalui sentuhan pada skrin menjadi antara kaedah terbaik menarik perhatian mereka untuk belajar dan faham dengan lebih pantas.
Selain itu, aplikasi yang digunakan sebagai alat pembelajaran memberi kelebihan kepada kanak-kanak kerana selalunya ia lebih menarik, tidak membosankan dan mudah bagi kanak-kanak untuk belajar secara sendiri.
Bagaimanapun, terdapat juga keburukan pendedahan gajet terlalu awal kepada kanak-kanak termasuklah menjejaskan pergaulan sosial dan interaksi dengan individu mahupun persekitaran mereka.
Kanak-kanak perlu bergaul dengan rakan sebaya serta keluarga untuk membantu perkembangan kemahiran sosial, berinteraksi dan berkomunikasi. Tidak ada peranti yang dapat menggantikan faedah komunikasi secara langsung dengan orang lain.
Penggunaan gajet terlalu awal dalam kehidupan mendedahkan kanak-kanak kepada rangsangan berlebihan seperti bunyi kuat, cahaya terang, warna yang menyala dan pelbagai gerakan sehingga menimbulkan gejala ‘ketagihan’.
Jika terlalu terdedah dengan begitu banyak rangsangan dalam jangka panjang mungkin menyebabkan anak kecil meragam sekiranya mereka tidak dapat menggunakan tablet.
Sebaliknya, hidup mereka perlu diselit dengan aktiviti fizikal seperti mengayuh basikal, bersukan, membaca buku cerita dan banyak lagi.
Terlalu bergantung kepada teknologi juga akan membuatkan kanak-kanak mudah bosan apabila berdepan dengan pengajaran tradisional yang diberikan guru menggunakan papan hitam.
Kanak-kanak yang bergantung kepada teknologi untuk mengisi masa lapang turut menjadi kurang aktif dari segi fizikal sedangkan pergerakan penting untuk membantu pertumbuhan badan, membina otot yang kuat dan mengenal pasti kebolehan fizikal masing-masing.
Kanak-kanak mungkin akan menjadi terlalu obses dan ketagih kepada teknologi sehinggakan tidak dapat hidup tanpa tablet, komputer mahupun televisyen.
Ini akan menyebabkan mereka menjadi resah, terganggu dan mungkin melepaskannya dalam cara menangis dan mengamuk.
Oleh itu, ibu bapa haruslah mengambil langkah membantu anak-anak menyesuaikan diri menggunakan teknologi terkini dengan berhemah khususnya untuk belajar dan bukan hanya untuk hiburan semata-mata.
Gunakan gajet sebagai ‘bibik moden’ untuk membantu anak belajar membaca, mengira, menulis serta membina kreativiti dan inovasi dari kecil. Jangan sampai gajet itu pula yang ‘mengawal’ hidup anak-anak kita.
FATIN AFIRA MD. GHANI
Universiti Sains Islam Malaysia
http://www.utusan.com.my/rencana/forum/gajet-ganti-fungsi-bibik-1.518383

Kesan buruk beri anak gajet
30 Mac 2017 6:06 PM
33
Saudara Pengarang, TERDAPAT segelintir ibu bapa memberikan gajet kepada anak-anak bagi mengelakkan mereka merengek ketika memerlukan perhatian. Malah, ibu bapa mengambil kesempatan ini untuk berehat setelah penat bekerja. Masalah lain pula timbul apabila budaya ini diamalkan.
Berdasarkan kajian Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada berkenaan penggunaan teknologi mengikut umur, kanak-kanak berusia dua tahun tidak sepatutnya didedahkan dengan gajet, manakala penggunaan selama sejam sehari sahaja bagi kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun dan dua jam sehari bagi berusia enam hingga 18 tahun.
Sementara itu, seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar larangan penggunaan gajet ke atas kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun. Pada usia itu, kanak-kanak akan sentiasa mencari cara mengembangkan kemampuan otak untuk mempelajari perkara baharu dan penggunaan gajet dalam tempoh lama akan memberi kesan buruk terhadap perkembangan otak.
Penggunaan gajet tanpa kawalan akan memberi kesan kepada urat saraf kanak-kanak kerana terdedah kepada cahaya berterusan. Saraf yang rosak akan mengakibatkan kesihatan mereka terganggu. Malah terdapat beberapa bukti pendedahan gajet terlalu awal menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti pembelajaran terjejas dan perubahan perlakuan.
Secara nisbahnya, seorang daripada tiga kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan dilihat mempunyai kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembab, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal diri serta cepat mengamuk.
Kanak-kanak ialah masa depan kita, justeru menjadi kewajipan ibu bapa untuk mendidik mereka dengan cara lebih kreatif biarpun tanpa menggunakan gajet dan teknologi.
IZZATULWAFA MOHD. KASIM
Bandar Baru Nilai
http://www.utusan.com.my/rencana/forum/kesan-buruk-beri-anak-gajet-1.463517





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2019/05/bacaan-luas-telefon-pintar-ii.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bacaan Luas Telefon Pintar I

Bacaan Luas Telefon Pintar I

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 431 hits
Aplikasi dan sistem yang digunakan dalam telefon pintar didominasi oleh empat syarikat teknologi maklumat utama dunia Sistem ini ialah Android iPhone Blackberry dan Windows Sejarah AndroidAndroid adalah sistem operasi dan fungsi penggunaann...
Huawei Nova 4e Telefon Pintar Mampu Milik Yang Dikuasakan Dengan Kecerdasan Buatan

Huawei Nova 4e Telefon Pintar Mampu Milik Yang Dikuasakan Dengan Kecerdasan Buatan

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 271 hits
Pada awal tahun ini Huawei telah melancarkan dua buah model telefon pintar di bawah siri Nova iaitu Huawei Nova 4 dan Huawei Nova 4e Untuk beberapa pasaran Huawei Nova 4e juga dikenali sebagai Huawei P30 lite yang mana telefon pintar ini me...
Rakam Gambar Dengan Telefon Pintar Huawei Dan Menangi Hadiah Bernilai Usd 20 000

Rakam Gambar Dengan Telefon Pintar Huawei Dan Menangi Hadiah Bernilai Usd 20 000

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 281 hits
Huawei adalah antara salah satu jenama pengeluar telefon pintar yang semakin dikenali oleh orang ramai kerana kualiti pengeluaran dan teknologi yang diperkenalkan oleh mereka Antara telefon pintar terkini yang diperkenalkan oleh mereka adal...
Htc Memperkenalkan Telefon Pintar Jenis Blockchain Exodus 1

Htc Memperkenalkan Telefon Pintar Jenis Blockchain Exodus 1

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 535 hits
HTC mengumumkan keluaran HTC Exodus 1 yang tidak lama lagi akan berada di pasaran Versi terkini telefon pintar yang menarik perhatian syarikat itu dijual sekitar A 699 HTC Exodus 1 meramalkan syarikatnya pengeluar pertama telefon pintar yan...
Intel Dilaporkan Ingin Menjual Perniagaan Modem Telefon Pintar Mereka

Intel Dilaporkan Ingin Menjual Perniagaan Modem Telefon Pintar Mereka

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 249 hits
Intel sebelum ini telah mengatakan mereka akan keluar daripada perniagaan modem peranti mudah alih 5G mereka Kini lanjutan daripadanya ia diperkatakan Intel sedang melihat untuk menjual perniagaan modem telefon pintar mereka Seperti ramai s...
Skrin Oneplus 7 Pro Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh Displaymate

Skrin Oneplus 7 Pro Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh Displaymate

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 299 hits
Siri OnePlus 7 bakal dilancarkan pada 14 Mei ini Apa yang menjadi tarikan adalah OnePlus 7 Pro kerana ia akan menggunakan teknologi skrin yang lebih pantas dan lancar Menurut ura ura OnePlus 7 Pro akan menggunakan skrin OLED QHD dan mempuny...
Idc Pengeluaran Telefon Pintar Huawei Meningkat 50 Manakala Apple Merosot 30 Pada Suku Pertama 2019

Idc Pengeluaran Telefon Pintar Huawei Meningkat 50 Manakala Apple Merosot 30 Pada Suku Pertama 2019

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 291 hits
Pihak IDC telah mengeluarkan angka anggaran pengeluaran telefon pintar pada suku pertama 2019 Huawei mengukuhkan sasaran mereka untuk menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia dengan menghasilkan 59 1 juta peranti Ini adalah pening...
Samsung Mengumumkan Sensor Kamera 64 Megapixel Untuk Telefon Pintar

Samsung Mengumumkan Sensor Kamera 64 Megapixel Untuk Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 277 hits
Samsung sedia menawarkan sejumlah komponen untuk telefon pintar dan salah satunya adalah sensor kamera Sebelum ini mereka telah hadir dengan penawaran sensor kamera 48 megapixel dan hari ini Samsung membawa ia setapak lagi kehadapan dengan ...
Mengenali Perbezaan Sistem Pengecasan Pantas Pada Telefon Pintar

Mengenali Perbezaan Sistem Pengecasan Pantas Pada Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 316 hits
Saban hari teknologi pengecasan pantas semakin lama semakin hebat Tahukah anda yang terdapat banyak jenis sistem pengecasan pantas namun masing masing masih bergantung dengan satu piawaian Piawaian tersebut adalah daripada pihak USB IF Mari...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias