Bacaan Doa Rasulullah Saw Ketika Melawat Orang Sakit


"Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam kelunakan, berkasih-sayang dan berlemah-lembut sesama mereka seperti tubuh yang satu, jika satu anggota sakit, seluruh jasad akan turut terasa demam dengan berjaga malam." (HR al-Bukhari dan Muslim)


Saidatina Aisyah menceritakan bahawa sekiranya ada dikalangan kami yang sakit, Rasulullah akan menziarahi mereka.

Baginda lalu meletakkan tangan kanan Baginda kepada mereka (memegang/mengusap mereka) lalu berdoa:

أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

"Hilangkanlah penyakit ini wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah dan Engkau adalah Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit." (HR Muslim)

Bahkan, Baginda turut mengajarkan pada sahabat, doa-doa untuk dibacakan ke atas anggota yang tidak sihat.

Seorang sahabat Nabi bernama Uthman bin Abi al-As pernah mengadu kepada Rasulullah tentang kesakitan yang beliau alami.

Baginda lalu bersabda, "Letakkan tangan kananmu di tempat yang sakit lalu bacalah bismillah tiga kali dan ucapkanlah di bawah ini tujuh kali."

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

"Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya dari segala keburukan (penyakit) yang aku perolehi dan aku bimbangi."

Termasuk dari adab yang perlu diperhatikan ketika menziarahi pesakit ialah memilih waktu yang sesuai, kerana tujuan disyariatkan menziarahi pesakit ialah untuk mendatangkan kegembiraan dan menyenangkan hati pesakit, bukan untuk mendatangkan kesukaran dan kesempitan kepada mereka.

Demikian juga jangan memanjangkan masa bersama dengannya melainkan jika pesakit sendiri yang menghendakinya.

Bagi orang yang menziarahi pesakit dianjurkan dia berada berhampiran dengan kepala pesakit.

Di dalam al-Adab al-Mufrad, daripada Ibn Abbas RA yang berkata: "Dahulunya Rasulullah SAW apabila menziarahi orang sakit, baginda akan duduk berhampiran kepalanya, kemudian baginda mengucapkan sebanyak tujuh kali."

أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ، رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم أَنْ يَشْفِيَكَ

Mafhumnya, "Daku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan kepada Arasyh yang agung, untuk Dia menyembuhkanmu." (al-Adab al-Mufrad. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Adab al-Mufrad)

Di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim diriwayatkan ketika Nabi SAW menziarahi Saad bin Abi Waqqas RA, baginda meletakkan tangan baginda dahi Saad, kemudian baginda menyapu tangan baginda ke muka dan perut Saad sambil membaca:

اللّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا

Mafhumnya, "Ya Allah, sembuhkanlah Saad." (al-Bukhari dan Muslim)

Orang yang menziarahi pesakit juga dianjurkan berdoa dengan ikhlas kepada pesakit dan jangan memperkatakan sesuatu melainkan perkara-perkara yang baik sahaja.

Daripada Umm Salamah RA yang berkata, "Baginda Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu semua menziarahi orang sakit atau orang yang meninggal dunia, maka ucapkanlah perkara-perkara yang baik. Kerana sesungguhnya para Malaikat akan mengaminkan apa yang kamu semua katakan." (HR Muslim)

Kita dibenarkan untuk memilih sebarang bentuk doa dan yang terbaik ialah doa yang datang dari Nabi SAW.

Daripada Aisyah RA yang berkata: "Dahulunya Nabi SAW, jika ada seseorang ditimpa sakit atau terluka, baginda akan melakukan begini – lalu Sufian (periwayat hadis) meletakkan jari telunjuk beliau ke tanah, kemudian mengangkatnya – dan membaca:

بِسْمِ اللهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا، بِرِيْقَةِ بَعْضِنَا، يُشْفَى سَقِيْمُنَا، بِإِذْنِ رَبِّنَا

Mafhumnya: "Dengan nama Allah, ini sebahagian dari tanah bumi kami, dengan sedikit air liur kami, (semoga) diberi kesembuhan kepada orang yang sakit di kalangan kami dengan izin tuhan kami." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2025/02/bacaan-doa-rasulullah-ketika-melawat-orang-sakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 147 hits
Berikut kami kongsikan senarai doa untuk anak anda beserta bacaan rumi makna dan manfaatnya buat panduan bersama Sebagai seorang ibu atau bapa anak anak merupakan satu pemberian daripada Allah S W T yang sangat bernilai Oleh itu menjaga ana...
Psm Adakah Anwar Ph Minta Kebenaran Ketika Himpunan Reformasi

Psm Adakah Anwar Ph Minta Kebenaran Ketika Himpunan Reformasi

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 125 hits
BeritaPSM Adakah Anwar PH minta kebenaran ketika himpunan reformasi Diterbitkan Jan 21 2025 4 07 PM Dikemaskini 4 07 PMSusulan reaksi Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengenai arahan supaya penganjur mendapatkan kebenaran pemi...
Melawat Cik Embun Cucu Saudara Sa

Melawat Cik Embun Cucu Saudara Sa

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 131 hits
Assalamualaikum Kami sampai rumah Abg Ipar kat Kempas dalam pukul 4pm macam tu sampai je duduk dulu rehat di ruang tamu ada baby kecik x leh nak terjah terus kan biar sejuk skit badan baru Bondanya bawak keluar ke ruang tamu rupanya diorang...
13 Jenis Ikan Yang Tidak Boleh Dimakan Ketika Mengandung Hati Hati Mommy

13 Jenis Ikan Yang Tidak Boleh Dimakan Ketika Mengandung Hati Hati Mommy

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 102 hits
Makanan laut seperti ikan sotong udang dan kerang memang tinggi dengan sumber zat besi zink protein dan lain lan nutrisi yang perlu buat wanita hamil Tidak hanya itu makanan laut terutamanya ikan juga kaya dengan asid lemak omega 3 yang san...
Bodyguard Didakwa Tunjuk Pistol Ketika Rompak Kedai Emas

Bodyguard Didakwa Tunjuk Pistol Ketika Rompak Kedai Emas

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 95 hits
BernamaSaifulzaman Hamzah didakwa mendatangkan ketakutan mati atau cedera ke atas dua pekerja kedai emas di sebuah pusat beli belah di Cheras Pengawal peribadi Saifulzaman Hamzah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menunjuk...
Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 130 hits
Mangsa ditemui pasukan bomba ketika menjalankan operasi SAR di sungai Kampung Kamansi Bingkor Keningau Remaja Tingkatan 3 lemas ketika mandi sungai bersama rakan KENINGAU Seorang remaja lelaki ditemui lemas ketika mandi bersama rakan di sun...
Sakit Dari Punggung Ke Kaki

Sakit Dari Punggung Ke Kaki

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 94 hits
Sakit tulang punggung atau Piriformis Syndrome merupakan kesakitan yang berlaku pada punggung dan pinggul Kesakitan ini berlaku apabila saraf sciatic terganggu oleh otot piriformis Saraf sciatic adalah saraf yang besar terletak di bahagian ...
Saiful Apek Terkejut Terkedu Dapat Tahu Diri Anak Angkat Ketika Dihalang Cium Jenazah Ibu

Saiful Apek Terkejut Terkedu Dapat Tahu Diri Anak Angkat Ketika Dihalang Cium Jenazah Ibu

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 133 hits
Ahli kumpulan pelawak lagenda Saiful Apek terkejut apabila mengetahui dirinya merupakan anak angkat pada hari kematian ibunya Dalam perkongsian di Dol s Podcast Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff akui terkedu dengan kenyataan tersebut keti...
Sakit Tulang Punggung Punca Dan Rawatan

Sakit Tulang Punggung Punca Dan Rawatan

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 174 hits
Pernahkah anda merasakan sakit di bahagian punggung atau tulang punggung anda Kebanyakkan orang sering sakit punggung di bahagian kanan kiri atau di bawah pinggang berdekatan kawasan tersebut Kadangkala ada juga yang mengalami kesakitan yan...
Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Mami Yang Cantik Lyla Mulan Teh Atikah Suhaime

Tip Masak Cekodok Pisang Elok Bulat Cantik Bentuknya

Berbuka Di Rumah Mertua

Rahsia Simpan Emas 1 Gram Sebulan Tanpa Ganggu Kewangan

Tips Keluarga Bahagia Yang Mudah Diamalkan

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort Pilihan Dengan Harga Berbaloi