Psm Adakah Anwar Ph Minta Kebenaran Ketika Himpunan Reformasi




Berita
PSM: Adakah Anwar, PH minta kebenaran ketika himpunan reformasi?

Diterbitkan: Jan 21, 2025 4:07 PM

Dikemaskini: 4:07 PM

Susulan reaksi Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengenai arahan supaya penganjur mendapatkan kebenaran pemilik premis lokasi perhimpunan aman - PSM tampil membangkitkan penganjuran himpunan melibatkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan PH sebelum ini.

Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan turut menyifatkan syarat keperluan undang-undang meminta kebenaran daripada pemilik premis seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak masuk akal dan perlu dipinda atas sebab-sebab yang nyata.
S Arutchelvan

"Sebagai contoh anda ingin mengadakan perhimpunan awam di luar (premis) KWSP, jadi anda perlu meminta kebenaran KWSP dan mereka sudah pastinya akan menafikannya. Maka selepas ini bagaimana?

"Justeru penganjur sudah pun dapat menduga sama ada sesuatu kebenaran itu akan diberi atau tidak. Keadaan ini tidak berbeza sangat dengan akta polis sebelum ini yang memerlukan pemganjur minta kebenaran polis.

"Begitu juga undang-undang menghendaki polis bertanya kepada pemilik sekitar dan hampir majoriti akan mengatakan mereka tidak menyokong perhimpunan itu kerana ia mengganggu perniagaan mereka.

"Pada pandangan saya syarat meminta kebenaran ini bertentangan dengan hak perlembagaan di bawah artikel 10 iaitu hak untuk berhimpun secara aman," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Saifuddin Nasution Ismail

Hari ini, Saifuddin menolak kebimbangan yang diluahkan oleh penganjur perhimpunan antirasuah yang akan datang mengenai syarat-syarat keperluan yang dikenakan oleh polis.

Polis sebelum ini mengarahkan penganjur supaya mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis tempat mereka akan berkumpul.

Bercakap kepada media, Saifuddin mempersoalkan sama ada terdapat mana-mana tempat awam yang boleh dianggap sebagai tiada pemilik.

“Adakah Dataran Merdeka mempunyai pemilik? Ya, memang ada. Jadi, minta kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dahulu.

“Jika di luar Sogo, dapatkan kelulusan daripada pemilik Sogo. Itu yang disyaratkan oleh undang-undang. Jadi polis kena guna kuasa budi bicara sendiri dan bukan kepada syarat tuan punya premis," katanya.

Semalam, penganjur perhimpunan antirasuah 25 Jan ini melahirkan rasa terkejut dengan arahan polis meminta mereka mendapatkan persetujuan daripada pemilik premis.

Perhimpunan itu akan dimulakan di luar pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka.

Saifuddin menjelaskan bahawa penganjur perhimpunan perlu memahami sepenuhnya keperluan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila merancang mengadakan demonstrasi.

Sehubungan itu, Arutchelvan mempersoalkan jika Anwar dan PH ada meminta kebenaran daripada polis atau DBKL di bawah akta polis ketika perhimpunan besar-besaran reformasi sebelum ini.

“Sudah tentu tidak, kerana memperjuangkan hak dan kebebasan berhimpun adalah hak asasi manusia," tegasnya.

Soalnya lagi, jika pihaknya ingin mengadakan perhimpunan di luar kedutaan Amerika Syarikat (AS), adakah seseorang pelu meminta kebenaran daripada Kedutaan Amerika?

"Memandangkan kita sudah pun memaklumkan kepada pihak polis, jadi pihak polis perlu membuat persiapan yang diperlukan untuk memudahkan perhimpunan itu dan bukan untuk menghalangnya.

"Itulah semangat undang-undang perhimpunan aman yang diperkenalkan oleh Najib Razak (bekas perdana menteri) pada 2012 selepas penentangan besar-besaran terhadap tindakan polis sebelum itu.

"Nasihat saya kepada penganjur perhimpunan awam adalah untuk memaklumkan kepada polis tetapi ingat hak untuk berhimpun anda dilindungi oleh perlembagaan," kata Arutchelvan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/psm-adakah-anwar-ph-minta-kebenaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Berhak Kecewa Jika K Jaan Anwar Gagal Tunai Janji Reformasi Bersih

Rakyat Berhak Kecewa Jika K Jaan Anwar Gagal Tunai Janji Reformasi Bersih

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 102 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 28 2025 8 30 AMBersih mengingatkan bahawa rakyat berhak untuk kecewa sekiranya kerajaan gagal menunaikan janji reformasinya Pengerusi badan pemantau pilihan raya itu Muhammad Faisal Abdul Aziz memberitahu Mal...
Himpunan Antirasuah Saya Tiada Masalah Kata Anwar

Himpunan Antirasuah Saya Tiada Masalah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 114 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 24 2025 3 19 PMDi sebalik pelbagai kritikan dan cemuhan bahawa pihak berkuasa cuba menyekat perhimpunan antirasuah di Kuala Lumpur esok Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan sebaliknya Bernama melaporkan p...
Prabowo Sahabat Setia Sentiasa Ada Ketika Senang Dan Susah Pm Anwar

Prabowo Sahabat Setia Sentiasa Ada Ketika Senang Dan Susah Pm Anwar

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 123 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Prabowo Subianto untuk acara minum petang sempena lawatan negara Presiden Indonesia itu ke Malaysia di Menara Berkembar PETRONAS Kuala Lumpur pada Isnin Foto BernamaKUALA ...
Anwar Minta Himpunan Pesawah Tak Ganggu Lawatan Prabowo

Anwar Minta Himpunan Pesawah Tak Ganggu Lawatan Prabowo

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 167 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan pesawah dari seluruh negara yang dilaporkan akan berlangsung di Putrajaya esok supaya tidak mengganggu perjalanan lawatan negara Presiden Indonesia Prabowo Subianto k...
Ucapan Anwar Ibrahim Ketika Melancarkan Produk Ytl Group Uk

Ucapan Anwar Ibrahim Ketika Melancarkan Produk Ytl Group Uk

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 204 hits
Sewaktu berucap pada pelancaran produk oleh YTL Group UK saya maklumkan hadirin bahawa Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik akan menjadi saluran kritikal untuk memudahkan pelaburan serta perdagangan antara Ma...
Laungan Reformasi Sambut Pm Anwar Bersolat Jumaat Di Masjid India

Laungan Reformasi Sambut Pm Anwar Bersolat Jumaat Di Masjid India

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 194 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau kawasan sekitar Masjid India selepas menunaikan solat Jumaat hari ini Foto Iskandar IshakKUALA LUMPUR 10 Jan Laungan keramat Reformasi menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibr...
Did Street Protest Veteran Anwar Seek Permission Psm Asks Home Minister

Did Street Protest Veteran Anwar Seek Permission Psm Asks Home Minister

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 89 hits
PSM has revisited the past when Prime Minister Anwar Ibrahim and Pakatan Harapan championed street protests PSM deputy president S Arutchelvan recalled when Anwar organised street rallies alongside then opposition figures including current ...
Make Public Pardons Board S Minutes On Najib Says Anwar S Aide

Make Public Pardons Board S Minutes On Najib Says Anwar S Aide

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 252 hits
Prime minister s aide Shamsul Iskandar Akin wants the Cabinet to consider releasing the minutes of the Federal Territories Pardons Board meeting on Jan 29 last year to end speculation over the pardon granted to Najib Razak PETALING JAYA An ...
Anwar Is Enough For Tourism No Need For A Corrupt Tour

Anwar Is Enough For Tourism No Need For A Corrupt Tour

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 271 hits
Twelve years ago the New York Times published an article on an enterprising businessperson who started the world s first ever Corrupt Tour in Prague which gave visitors the darker side of the city the culture of lawlessness and corruption D...
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala