Baca Doa Kuat Kuat Depan Anak Guna Ayat Simple Tip Supaya Anak Faham Menjiwai Doa Kita
Anak kecil masih belum boleh memahami arahan yang panjang lebar. Kalau kita guna ayat yang panjang, mereka takkan dapat tangkap apa yang kita nak mereka lakukan.
Ibu ayah kenalah guna bahasa yang mudah difahami oleh anak. Kena straight to the point. Begitu juga kalau nak anak memahami apa yan kita doakan buat mereka. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian ini.
Saya dapat tip ni dari seorang kakak yang kebetulan sangat saya bertemu dengannya. Namanya pun saya lupa nak tanya. 😅 Tip yang dia share ni, Subhanallah memang sangat bagus dan saya kongsikan di sini sebab saya dah cuba buat dan nampak hasilnya.
Dia kata, biasakan solat jemaah dengan anak-anak. Time baca doa tu, baca kuat-kuat. Sebut kuat-kuat doa kita untuk setiap anak supaya anak-anak tahu apa doa dan harapan kita.
Okeh, ni memang saya tahu dan dah lama saya buat sebab mak memang pesan benda ni sejak mula saya mengandungkan anak pertama. Al-fatihah untuk mak, Saemah Binti Jamadi. Semoga ada pahala untuk mak setiap kali saya amalkan tip ni.
Kakak ni beritahu lagi, bila berdoa, kita jangan sebut ayat yang susah-susah untuk anak-anak faham dan jangan terlalu subjektif. Biar doa tu simple dan mudah difahami supaya anak-anak pun boleh menjiwa doa kita tu.
Contohnnya, “Ya Allah jadikan mereka ini anak yang soleh solehah.”
Anak-anak tak faham sangat ayat ni kecuali anak yang dah besar. So kita bagi ayat yang mudah lagi.
Contohnya macam ni: “Jadikan anak aku, Amir Rahman suka tolong orang, suka maafkan orang dan seterusnya…”
Nampak tak, anak-anak lagi mudah nak proses apa itu tolong, maafkan, suka kongsi barang, cakap elok-elok, dan sebagainya.
Paling penting, jangan lupa doa supaya anak-anak bersyukur dengan apa yang dia ada. Kita banyak sangat bersungut hari ni sebab kurangnya bersyukur. So, selalu doa bab syukur ni dengan anak-anak.
Contohnya, “Ya Allah kami bersyukur Kau beri kami mata untuk melihat, kami bersyukur Kau beri kami mulut boleh bercakap yang baik-baik, Kau beri kami kaki dan tangan untuk main untuk buat kerja, Kau beri kami rumah untuk berlindung dari hujan panas, Terima kasih banyak Ya Allah. Kami bersyukur sangat-sangat. “
1st time saya sebut doa ni dulu, memang anak-anak beri respon yang sangat bagus.
“Betulla umi. Baiknya Allah bagi macam-macam kat kita. Ada orang, rumah pun takde. Ada orang tak dapat main pun sebab sakit terbaring je.” Itu ayat yang Amir sebutkan sebab dia dah faham banyak benda.
Doa yang anak-anak faham, lebih cepat masuk dalam hati dan kepala dia. Jangan salah faham ye, doa tu memang Allah faham belaka. Cuma tip ni, adalah salah satu cara untuk didik akhlak dan didik syukur dalam diri anak-anak.
Oh ye, didik syukur dalam diri kita juga, Insya-Allah.
Kredit: Sri A’jilah Mohd Samsir, Penulis Keibubapaan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Baca Doa Kuat-Kuat Depan Anak & Guna Ayat Simple” Tip Supaya Anak Faham & Menjiwai Doa Kita appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/baca-doa-kuat-kuat-depan-anak-guna-ayat-simple-tip-supaya-anak-faham-menjiwai-doa-kita/