Baby Sudah Ada Banyak Gigi Susu Buat Cara Ini Elak Gigi Cepat Reput


Sebagai ibu bapa, kita pasti rasa gembira apabila anak tumbuh gigi. Terserlah kecomelan mereka apabila senyuman dibarisi gigi-gigi kecil itu. Walau bagaimanapun, ibu bapa kini telah mempunyai 1 lagi tanggungjawab tambahan. Inilah masanya untuk anda mula fikirkan mengenai kesihatan gigi anak. Ibu juga perlu tahu mengenai bilangan gigi susu anak.
Tetapi, mengapakah penjagaan gigi perlu dimulakan secepat mungkin? Percaya atau tidak, gigi boleh reput sejurus ia tumbuh. Sebab itulah, kita perlu menjaga gigi anak dan melengkapkan mereka dengan ilmu penjagaan gigi yang betul.

Sebagai ibu bapa, sudah pastilah kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Malah, kita juga ingin pastikan gigi anak sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang cela.
Jika anda ingin tahu mengenai pertumbuhan gigi anak serta jumlah gigi susu yang bakal tumbuh, mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.
Fakta ringkas mengenai gigi dan bilangan gigi susu bayi
Bayi sebenarnya bukanlah lahir tanpa gigi! Sebenarnya, anak kita mempunyai 20 batang gigi. Cuma, ia belum tumbuh lagi!
Anak akan mula tumbuh gigi pada sekitar usia 6 bulan sehingga 3 tahun. Gigi pertama yang akan tumbuh ialah gigi depan mereka, atau turut dikenali sebagai gigi kacip.
Lapisan enamel yang melindungi gigi lebih nipis dalam kalangan bayi. Oleh sebab itu, mereka lebih berisiko mengalami kaviti.
Gigi anak jarang-jarang? Jangan risau, ini merupakan sesuatu yang normal. Apabila gigi kekal mereka tumbuh, ia tidak akan lagi menyebabkan gigi tumbuh jarang-jarang.
Apabila anak menginjak usia 6 hingga 12 tahun, mereka mempunyai kombinasi gigi susu dan juga gigi kekal. Lama-kelamaan, kesemua gigi ini akan digantikan dengan 32 batang gigi kekal.
Sewaktu anak tumbuh gigi, bilangan gigi susu yang bakal menghiasi senyuman anak adalah sebanyak 20 batang.

Bayi juga akan mempunyai:
4 batang molar kedua. 4 batang molar pertama. 4 batang gigi taring. 4 batang gigi insisor lateral. 4 batang gigi insisor tengah. Gigi yang terletak di tengah rahang akan tumbuh terlebih dahulu dalam masa 4 hingga 10 bulan pertama. Walau bagaimanapun, jangan terlalu taksub mengira bilangan gigi anak. Setiap bayi tumbuh gigi dalam masa yang berbeza-beza. Namun, jika anda risau mengenai bilangan gigi anak, bercakaplah dengan doktor secepat mungkin.
Gigi anak dan rahang akan mula tumbuh. Lama-kelamaan, gigi kekal akan mula menggantikan gigi susu anak satu demi satu, bermula ketika anak berusia 6 tahun.
Bila anak akan mula mengalami pertumbuhan gigi?
Selalunya, bayi akan mula tumbuh gigi ketika mereka berusia 4-7 bulan.
Gigi kacip tengah akan tumbuh terlebih dahulu. Lama-kelamaan, bilangan gigi akan bertambah dengan tumbuhnya 4 batang lagi gigi kacip. Dalam masa sebulan selepas itu, gigi taring anak pula akan mulai tumbuh dan diikuti pula dengan gigi geraham.
Apabila anak berusia 3 tahun, bilangan gigi susu yang tumbuh adalah sebanyak 20 batang.
Dalam sesetengah kes, bayi boleh tumbuh 1 atau 2 gigi dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas lahir. Jika anak masih lagi tidak tumbuh gigi dengan sempurna, bawa anak berjumpa doktor gigi dengan segera.
Bagi ibu yang mengalami masalah ini, jangan risau ya! Jika gigi tersebut tidak menyebabkan sebarang masalah, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.
Jaga gigi bayi sebaiknya, jangan kisah mengenai bilangan gigi susu anak
Gigi bayi boleh mereput sejurus ia tumbuh. Malah, proses pereputan akan menjadi semakin cepat jika anak dibiarkan mengambil terlalu banyak minuman manis.
Selepas makan, pastikan anda lap gusi anak dengan kain bersih. Ketika anak mula tumbuh gigi, anda sudah boleh mula memberusnya dengan ubat gigi. Pada waktu ini, ajar anak untuk tidak menelan ubat gigi dan berkumur.
Untuk mengurangkan risiko gigi reput:
Jangan sesekali biarkan anak tidur dengan botol dalam mulut. Jangan bagi anak minum terlalu banyak minuman atau makanan yang manis. Jumpa doktor gigi secepat mungkin, jika boleh dalam tahun pertama bayi. Tidak dinafikan, anak tumbuh gigi merupakan satu perkembangan yang sangat mengujakan untuk ibu bapa. Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa perkembangan bayi berbeza-beza. Jadi, jangan risau jika bilangan gigi susu anak tidak seperti bayi lain.
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Baby Sudah Ada Banyak Gigi Susu? Buat Cara Ini Elak Gigi Cepat Reput appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/baby-sudah-ada-banyak-gigi-susu-buat-cara-ini-elak-gigi-cepat-reput/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Virus Influenza Cepat Merebak Buat Masa Ini Elak Pergi Tempat Awam Yang Sesak

Virus Influenza Cepat Merebak Buat Masa Ini Elak Pergi Tempat Awam Yang Sesak

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 169 hits
Jika ada simptom demam dengan suhu tinggi selesema dan batuk yang berpanjangan ibu bapa diminta berwaspada dan terus membawa anak anak ke klinik atau hospital sebagai langkah segera Ini berikutan jangkitan virus influenza kembali menyerang ...
Jangan Pandai Pandai Gantikan Susu Dengan Cara Ni Pada Bayi Umur Bawah 6 Bulan Bahaya

Jangan Pandai Pandai Gantikan Susu Dengan Cara Ni Pada Bayi Umur Bawah 6 Bulan Bahaya

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 165 hits
Walau macam mana susah sekali pun elakkan memberikan anak makan makanan yang tidak sepatutnya Dikhuatiri anak terkesan dengan pemakanan yang salah Perkongsian seorang pengguna Tik Tok yang menggantikan pemberian susu dengar air beras ini di...
Cara Mudah Cepat Masak Pulut Guna Acuan Lompang

Cara Mudah Cepat Masak Pulut Guna Acuan Lompang

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 327 hits
Pulut mudah masak jika kena dengan caranya Ia enak dimakan dengan pelbagai cara seperti dimakan bersama serawa bubur dibuat Pulut Inti Pulut Sambal dan sebagainya Namun ramai yang kurang gemar membuatnya dek kerana perlu memasak dalam jumla...
Anak Meragam Sebab Nak Tumbuh Gigi Cuba Cara Ini Untuk Legakannya

Anak Meragam Sebab Nak Tumbuh Gigi Cuba Cara Ini Untuk Legakannya

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 186 hits
Gigi pertama bayi biasanya akan muncul semasa si manja berusia 6 bulan hingga setahun Ketika proses itu terjadi pastinya ibu bapa ingin mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi Ini kerana apabila si kecil mula tumbuh gigi ia boleh menja...
Anzalna Ingin Bantu Abang Rider Gendong Anak Banyak Barang2 Baby Nak Bagi Dia

Anzalna Ingin Bantu Abang Rider Gendong Anak Banyak Barang2 Baby Nak Bagi Dia

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 197 hits
Sikap prihatin ditunjukkan pelakon Anzalna Nasir sekali lagi mencuri tumpuan apabila berhasrat ingin membantu seorang penghantar makanan yang mencari rezeki sambil menggendong anaknya Menerusi satu perkongsian InstaStory Anzalna atau nama p...
Virus Influenza Cepat Merebak Macam Covid Dr Say Nasihatkan Amalkan Cara Ini

Virus Influenza Cepat Merebak Macam Covid Dr Say Nasihatkan Amalkan Cara Ini

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 222 hits
Musim sekarang bila anak demam dan tak sihat ibu ayah perlu risau Ini kerana jangkitan virus Influenza kini kembali menyerang kanak kanak dan orang dewasa Orang ramai perlu ambil tahu simptom simptomnya agar keadaan lebih terkawal Menerusi ...
Wapres Ma Ruf Banyak Yang Dukung Pemekaran Papua Karena Ingin Cepat Terlayani

Wapres Ma Ruf Banyak Yang Dukung Pemekaran Papua Karena Ingin Cepat Terlayani

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 151 hits
Artinya kalau dibagi wilayahnya jadi pelayanannya koordinasi lebih dekat dengan masyarakat Ini tujuannya untuk lebih mudah melayani masyarakat dalam rangka menyejahterakan kata Ma ruf
Selalu Bayar Guna E Wallet Guna Cara Ini Untuk Jimat Lagi Banyak

Selalu Bayar Guna E Wallet Guna Cara Ini Untuk Jimat Lagi Banyak

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 200 hits
Anda pernah guna tak ShopeePay Kalau belum dah sampai seru sebab memang rugi berbelanja ratusan ribuan di Shopee tapi tak bayar guna ShopeePay Senang cerita ShopeePay ialah e dompet yang anda boleh simpan wang bayar serta transfe
Anak Batuk Tak Berhenti Cuba Cara Hilangkan Batuk Ini

Anak Batuk Tak Berhenti Cuba Cara Hilangkan Batuk Ini

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 159 hits
Mencari cara untuk merawat batuk yang dialami oleh kanak kanak ada kalanya boleh mendatangkan kebingungan Apatah lagi jika anak sukar makan ubat Jangan bimbang ada 12 cara hilangkan batuk budak yang boleh ibu cuba Pasti berkesan Merawat bat...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction