Anak Meragam Sebab Nak Tumbuh Gigi Cuba Cara Ini Untuk Legakannya


Gigi pertama bayi biasanya akan muncul semasa si manja berusia 6 bulan hingga setahun. Ketika proses itu terjadi, pastinya ibu bapa ingin mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi.
Ini kerana apabila si kecil mula tumbuh gigi, ia boleh menjadi fasa yang sangat mencabar untuk melayani rengekan dan ragam mereka disebabkan ketidakselesaan yang dirasai.

Tanda bayi tumbuh gigi
Sebelum mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi, berikut beberapa gejala yang boleh diperhatikan, terutamanya jika si manja berusia sekitar 6 bulan dan ke atas:
Gusi sakit atau lembut Air liur meleleh Mudah meragam Demam ringan sekitar 37°C Gemar mengunyah Cirit-birit Ruam air liur sekitar mulut Biasanya gigi pertama yang muncul adalah salah satu gigi kacip di bahagian bawah. Proses pertumbuhan gigi mungkin lebih perlahan bagi sesetengah bayi.
Cara menenangkan bayi tumbuh gigi
Terdapat beberapa kaedah yang boleh ibu bapa cuba untuk melegakan rasa tidak selesa pada gusi yang dialami si manja, seperti:
1. Urut gusi
Memberikan tekanan pada gusi boleh membantu mengurangkan kesakitan. Selepas mencuci tangan, baringkan bayi di atas katil dan urut gusi mereka perlahan-lahan dengan jari.
Ia boleh membantu bayi berehat dan tertidur. Ulangi urutan pada gusi sekali lagi jika bayi terjaga pada waktu tengah malam.
2. Kain lap sejuk, antara cara menenangkan bayi tumbuh gigi
Dapatkan kain lap bersih dan rendam ke dalam air, kemudian perahkan sehingga kain menjadi lembap. Letakkan kain tersebut di dalam peti sejuk – sama ada bahagian bawah atau sejuk beku.
Selepas ia agak sejuk, lipatkan kain lap dan berikan kepada si manja untuk dikunyah. Tetapi jangan biarkan bayi tanpa pengawasan ketika mereka sedang mengunyah sesuatu walaupun hanya kain lap – risiko untuk tercekik masih tinggi.
3. Sejukkan pacifier atau mainan tumbuh gigi
Jika si manja menggunakan puting kosong, ia juga boleh membantu melegakan gusi mereka dengan menyejukkannya. Kesejukan boleh membantu meredakan kebas dan kesakitan.
Langkah yang sama juga boleh dilakukan dengan mainan tumbuh gigi (teething toys). Tetapi elakkan mainan jenis cecair atau mengandungi gel kerana ia berkemungkinan tinggi untuk bocor.
Untuk kedua-dua alat di atas, pastikan anda membersihkannya terlebih dahulu sebelum meletakkan ia di dalam peti sejuk.
4. Hasilkan popsicles susu
Sesetengah bayi mungkin tidak makan atau menyusu kerana ketidakselesaan yang dialami semasa tumbuh gigi.
Untuk mengatasi keadaan ini, cari bekas popsicle bebas BPA dan isikan dengan susu ibu atau susu formula. Jangan lupa untuk memakaikan si manja bib jika anda tidak mahu keadaan menjadi terlalu berselerak.
5. Lapkan lelehan air liur
Anda juga disarankan untuk memakaikan bayi bib semasa mereka dalam fasa pertumbuhan gigi. Ini bagi mengelakkan pakaian mereka menjadi basah kerana lelehan air liur.
Pastikan juga anda mengelap lelehan air liur pada wajah si kecil bagi menghindari daripada berlakunya kerengsaan dan ruam.
6. Sejukkan buah
Jika bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pejal, apa kata anda cuba bekukan beberapa jenis makanan untuk melegakan gusi yang merengsa itu.
Pisang yang dilenyekkan antara idea yang boleh dicuba dan masukkannya ke dalam mesh feeder untuk dihisap si manja. Antara buah lain yang boleh dicuba adalah strawberi, epal dan pir.
Walaupun alat ini boleh mengelakkan daripada bayi tercekik, tetapi pastikan anda sentiasa memantau mereka, okay?
7. Ekstra pelukan, cara menenangkan bayi tumbuh gigi yang penting
Ada kalanya, cara terbaik untuk membantu meredakan ketidakselesaan ini dengan hanya memperbanyakkan pelukan buat si manja. Cuba dukung bayi atau menggunakan carrier dan bawa mereka berjalan sekitar rumah.
Jika anda menyusu badan, berikan si manja masa penyusuan tambahan untuk memberikan keselesaan.
Penting untuk memberikan bayi persekitaran yang tenang bagi membantu mereka berehat dan tidur.
8. Ubat sakit
Sekiranya kaedah di atas tidak berkesan, mungkin anda boleh mencuba langkah terakhir ini. Berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat bagi meredakan kesakitan dan membantu bayi tidur.
Namun elakkan gel atau tablet yang mengandung lidocaine atau benzocaine. Ia boleh memudaratkan dan menyebabkan mulut bayi kebas sehingga menimbulkan masalah sukar menelan.
Penjagaan gigi baru bayi
Selain daripada mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi, anda juga harus memulakan proses penjagaan gigi si kecil sebaik sahaja ia muncul.
Penting untuk mengelap gigi mereka sebelum tidur dengan menggunakan kain lap bersih yang lembap atau berus gigi bayi berbulu lembut.
Tidak perlu menggunakan sebarang ubat gigi berfluorida sehingga si manja berusia 3 tahun dan sudah pandai untuk berkumur.
Kredit: Hello Doktor

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Anak Meragam Sebab Nak Tumbuh Gigi? Cuba Cara Ini Untuk Legakannya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-meragam-sebab-nak-tumbuh-gigi-cuba-cara-ini-untuk-legakannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Kongsikan Ini Cara Nak Kenal Pasti Anak Kita Lambat Cakap Atau Tak

Pakar Kongsikan Ini Cara Nak Kenal Pasti Anak Kita Lambat Cakap Atau Tak

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 209 hits
Ramai yang tanya macam mana nak tahu anak speech delay ke tak Umur berapa baru boleh dikatakan anak lambat bercakap Menerusi perkongsian Patologis Pertuturan Bahasa Aishah Kassim ibu bapa mesti alert mengenai hal ini Ok jom saya bagi roughl...
Cuba Larikan Diri Sebab Nak Ikut Lelaki Pembantu Rumah Tinggalkan Dua Anak Ezzaty Abdullah

Cuba Larikan Diri Sebab Nak Ikut Lelaki Pembantu Rumah Tinggalkan Dua Anak Ezzaty Abdullah

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 219 hits
Pelakon Ezzaty Abdullah mended4hkan bahawa pembantu rumahnya warga Indonesia membuat cubaan untuk melarikan diri kerana did4kwa ingin mengikut lelaki warga tempatan Menurut pelakon berusia 32 tahun ini lebih teruk lagi apabila pembantu ruma...
Anak Batuk Tak Berhenti Cuba Cara Hilangkan Batuk Ini

Anak Batuk Tak Berhenti Cuba Cara Hilangkan Batuk Ini

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 155 hits
Mencari cara untuk merawat batuk yang dialami oleh kanak kanak ada kalanya boleh mendatangkan kebingungan Apatah lagi jika anak sukar makan ubat Jangan bimbang ada 12 cara hilangkan batuk budak yang boleh ibu cuba Pasti berkesan Merawat bat...
Surat Beranak Wajib Bawa Original Nak Mudah Buat Passport Anak Dr Say Kongsi Panduan

Surat Beranak Wajib Bawa Original Nak Mudah Buat Passport Anak Dr Say Kongsi Panduan

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 245 hits
Sejak kerajaan membenarkan perjalanan keluar negara ramai yang sudah mula merancang untuk membawa anak bercuti ke luar negara Pun begitu proses membuat passport yang sukar terutama terpaksa membuat temujanji dan sebagainya membuatkan kita b...
Tekak Bernanah Suhu 39 Nak Kerja Tak Fokus Sarah Terpaksa Hantar Anak Ke Wad

Tekak Bernanah Suhu 39 Nak Kerja Tak Fokus Sarah Terpaksa Hantar Anak Ke Wad

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 157 hits
Pelakon terkenal Puteri Sarah Liyana memohon doa ramai agar mendoakan kesihatan buat cahaya matanya Syaikul Islam dan Summayah Puteri Sarah atau mesra dipanggil Sarah berkongsi tentang perkembangan kesihatan anaknya itu Tadi Sarah pergi Pan...
Sebelum Anak Ke Tadika Perlu Tahu Ini Dulu Bukan Nak Pandai Baca Menulis Je

Sebelum Anak Ke Tadika Perlu Tahu Ini Dulu Bukan Nak Pandai Baca Menulis Je

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 153 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak antara usia 3 tahun ke atas sepatutnya perlu lihat kepada perkembangan asas dulu sebelum fokus pada akademik Anak anak usia 3 hingga 6 tahun ini perlu diberi pendedahan mengenai skil urus diri Jika bab ni anak m...
Teknik Sandwich Now Then Dan Sprinkles Antara Cara Berkesan Buat Anak Berkerjasama

Teknik Sandwich Now Then Dan Sprinkles Antara Cara Berkesan Buat Anak Berkerjasama

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 140 hits
Abang cepat mandi kalau lambat mama tinggal atau Kemas toys cepat kalau tak ayah buang situasi ini biasa terjadi pada ibu ayah ketika berurusan dengan anak anak Senang kata ugut je kalau nak anak lakukan apa apa perkara yang disuruh Tapi ma...
Anak Dah Masuk 4 Bulan Rugi Tak Cuba Aktiviti Tummy Time Rangsang Sensori Ini

Anak Dah Masuk 4 Bulan Rugi Tak Cuba Aktiviti Tummy Time Rangsang Sensori Ini

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 466 hits
Sensory play adalah sangat penting untuk membantu perkembangan anak anak Sensory play merupakan aktiviti yang boleh membantu merangsang perkembangan deria anak anak seperti contoh deria sentuh bau rasa lihat dan dengar Selain itu aktiviti s...
Kenapa Anak Selalu Meragam Dengan Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Je Ini Sebabnya

Kenapa Anak Selalu Meragam Dengan Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Je Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 234 hits
Tadi masa mama belum balik kerja elok je dia tak meragam Bila nampak mama macam macam perangai dia tunjuk ya komen papa pada si kecilnya yang mula merengek minta didukung bila nampak kelibat mama Situasi macam ini mesti biasa anda hadapi Ke...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids