Baby Steps Bbs 3 Susu Tepung Kambing Untuk Anak Anda


Assalamualaikum. Hari ni Ayue nak share dengan anda apa yang bestnya tentang Baby Steps BBs-3, susu tepung yang dirumus untuk kanak-kanak sebagai makanan tambahan nutrisi yang diperbuat daripada susu kambing. Nutrisi sangat penting kepada kanak-kanak tau untuk mereka membesar dengan baik dan kuat supaya dapat menjalani hari-hari mereka dengan gembira.


Sejujurnya, ini adalah kali pertama Qaayed minum susu kambing. Tapi lepas Ayue tahu yang susu kambing ni mempunyai khasiat yang berganda dari susu lembu yang Qaayed minum sebelum ni, Ayue pun bagi lah Qaayed cuba and Ayue tak sangka yang Qaayed mudah saja terima susu baru. Mungkin sebab rasanya yang sedap dan perut dia pun rasa selesa bila dapat buang air besar hari-hari.


Berbeza dengan susu tepung lembu, Baby Steps BBs-3 ni teramat tinggi dengan Asid Lemak Omega-3 (Asid dokosaheksaenoik, atau DHA, yang di perbuat daripada minyak ikan) yang menyumbang kepada kesihatan otak dan perkembangan visual.
Ia juga diperkaya dengan Zink, Vitamin B6 dan Vitamin C yang menyumbang kepada fungsi sistem imun yang normal. Malah ia juga dirumus dengan 16 vitamin dan mineral utama untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak anda. Banyak betul khasiatnya kan. Patutlah ramai yang cakap susu kambing ni susu yang terbaik selepas susu ibu.

Jangan salah faham ya, Ayue support sepenuhnya penyusuan susu ibu. Tapi tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak sepenuhnya sehingga 2 tahun. Ayue salah seorang darinya. Jadi sebab itu lah Ayue sentiasa cuba beri yang terbaik untuk Qaayed.


Kenapa Ayue pilih Baby Steps BBs-3 ni sebagai makanan tambahan nutrisi Qaayed? 

Untuk anda yang tidak tahu, dah banyak kajian saintifik yang dijalankan untuk mengenalpasti yang susu kambing adalah susu yang mudah untuk dihadamkan, kurang alahan dan lebih berkhasiat daripada susu lembu. Ini adalah kelebihan Baby Steps BBs-3 yang membuatkan Ayue memilihnya. Jom Ayue terangkan satu per satu ok?


Kelebihan Baby Steps BBS-3

Tinggi Kandungan DHA
Susu kambing Baby Steps BBs-3 ni teramat tinggi kandungan DHA – 115mg setiap 100g! Untuk menyumbang kepada kesihatan and tumbesaran otak, serta perkembangan visual anak-anak.

Mudah dihadam
Saiz globula lemak susu kambing adalah 1/3 saiz susu lembu, sebab inilah ia mudah dihadam. Malah susu kambing membentuk gumpalan yang lebih lembut dan ringan berbanding dengan susu lembu apabila susu masuk ke perut.



Kurang alahan dan radang
Susu kambing tidak mengandungi protein A1 beta-kasein. Protein A1 yang terdapat dalam susu lembu boleh menyebabkan keradangan dalam sistem pencernaan. Susu kambing semulajadi mengandungi tahap tinggi A2 beta-kasein yang mengurangkan risiko alahan.



Lebih tinggi prebiotik
Susu kambing mempunyai 5 hingga 8 kali lebih tinggi prebiotik oligosakarida berbanding dengan susu biasa untuk membantu menyokong pertumbuhan bakteria yang sihat dalam usus dan meningkatkan imuniti.



Lebih berkhasiat
Susu kambing mempunyai tahap tinggi asid lemak rantai pendek dan sederhana yang merupakan sumber tenaga yang hebat. Ia juga mempunyai kandungan mineral penting dan vitamin yang tinggi berbanding dengan susu biasa.


Masa mula-mula Ayue bagi Qaayed minum Baby Steps BBs-3, Ayue risau juga sebab takut Qaayed sembelit. Yela selalunya bila proses tukar susu ni, Qaayed perut dia sensitif dan akan sembelit 2-3 hari. Tapi syukur, bila minum Baby Steps BBs-3 ni, dia takda sembelit pun. Mesti sebab saiz globula susu kambing kan lebih kecil, mudah lah nak dihadam kan. Takda isu sembelit yang timbul. I loike!


Dan yang paling penting, rasa susu dia sedap! Tak manis dan takda rasa atau bau hamis kambing pun. Susu kambing Baby Steps BBs-3 ni diperoleh terus dari ladang khusus yang terletak di Patumahoe dan Kingseat, selatan Auckland. Perjalanan dari ladang nak ke kilang pemprosessan tenusu pula hanya dalam 30 minit saja. Sebab tu lah kesegaran susu berada pada tahap maximum dan kualitinya dapat dipantau.




Baby Steps BBs-3 ni dirumus untuk kanak-kanak berusia dari 12 bulan hingga 36 bulan. Sukatannya adalah 4 scoop susu tepung kepada 200ml air minuman. Tengoklah Qaayed tu, bukan main lagi dia dapat minum susu kambing ni. Hehe.


Untuk anda yang ingin mendapatkan Baby Steps BBs-3, anda boleh dapatkannya di pasaraya seperti Ben’s Independent Grocer, City Grocer, de Market, Jaya Grocer, Sogo, Urban Fresh, Village Grocer dan Isetan.



xoxo,



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ayueidris.com/2019/08/baby-steps-bbs-3-susu-tepung-kambing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Ibu Pekat Tak Jamin Anak Kenyang Lama Kena Rajin Susukan Pam Kerap

Susu Ibu Pekat Tak Jamin Anak Kenyang Lama Kena Rajin Susukan Pam Kerap

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 315 hits
Ramai ibu yang obses mahu memekatkan susu ibu kerana percaya susu yang pekat berupaya menjadikan si menja kenyang lebih lama Tapi tahukah anda susu pekat atau cair bukan menjadi penentuan si kecil kekenyangan si manja Ikuti penerangan darip...
Minum Susu Ibu Tak Bermakna Anak Kebal Tetap Kena Bawa Cucuk Berjadual

Minum Susu Ibu Tak Bermakna Anak Kebal Tetap Kena Bawa Cucuk Berjadual

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 428 hits
Memang benar susu ibu mempunyai kepelbagaian nutrisi yang baik buat bayi anda Pun begitu tidak bermaksud anak itu tidak perlu divaksinkan Ikuti perkongsian Kaunselor Laktasi Pn NurDiana Mohd Rasid tentang isu ini Semoga ia dapat membantu an...
Gila Pengasuh Mengaku Letak Ubat Tidur Dalam Botol Susu Baby

Gila Pengasuh Mengaku Letak Ubat Tidur Dalam Botol Susu Baby

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 760 hits
Saya buang susu yang dibuat oleh pengasuh dan terhidu bau anggur merah Kemudian saya bandingan dengan susu yang dibuat oleh saya ternyata baunya berbeza katanya Majikan dah cukup baik tak lapor polis Kalau buat lagi tak tau la Saya bohong b...
Kesan Susu Tumpah Air Liur Dan Muntah Buat Baju Anak Bertahi Lalat Puas Sental Tak Hilang Hilang

Kesan Susu Tumpah Air Liur Dan Muntah Buat Baju Anak Bertahi Lalat Puas Sental Tak Hilang Hilang

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 226 hits
Sakitnya hati bila tengok kotoran dan tahi lalat pada pakaian bayi susah nak hilang walaupun sudah dicuci menggunakan sabun khas Mesti ramai ibu ibu yang mengalami perasaan ini Betul tak Sebelum mula basuh pakaian bayi anda perlu baca dahul...
Viral Asisten Rumah Tangga Campur Susu Dengan Obat Agar Anak Pulas Begini Ceritanya

Viral Asisten Rumah Tangga Campur Susu Dengan Obat Agar Anak Pulas Begini Ceritanya

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 208 hits
Warganet tengah ramai membicarakan kelakuan seorang asisten rumah tangga di Serpong Tangerang yang mencampur susu anak majikan dengan obat alergi Informasi yang diunggah akun Instagram febevierza912 tersebut kemudian viral Kepada Kompas com...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami