Baby Shima Tetap Pendirian






Berkelana mengukir nama sebagai selebriti di negara orang bukanlah suatu perkara mudah, terutama jika adat dan budaya setempat tidak sama seperti di tanah tumpah darah sendiri.

Perkara tersebut dialami Baby Shima yang kini sedang mencipta nama di Indonesia selepas menyertai program realiti D’Academy Asia dua tahun lalu.

Adakala, dia perlu bertegas dalam beberapa perkara terutama dari segi imej pakaian kerana takrifan seksi orang Indonesia jauh berbeza berbanding di Malaysia.

“Mungkin kerana saya berstatus penyanyi dangdut, jadi penampilan saya perlu sentiasa kelihatan menarik perhatian dan menonjol sewaktu membuat persembahan.

“Banyak kali juga saya bertegas untuk tidak memakai sesetengah baju yang agak mencolok mata biarpun terpaksa bermasam muka dengan pereka fesyen di sana,” cerita wanita yang mesra disapa Shima itu sewaktu ditemui penulis pada majlis berbuka puasa anjuran Rusa Music di Tamu Hotel & Suites, di ibu negara baru-baru ini.

Jaga diri

Tambah pemilik nama Nor Ashima Ramly itu, dia bersyukur kerana syarikat pengurusan di sana tidak memaksa dan memahami pilihannya jika memilih untuk menolak sesuatu yang dianggap tidak bersesuaian dengan pendiriannya.

Bukan aspek pakaian sahaja yang memerlukan penapisan malah lagu-lagu yang ditawarkan kepadanya juga perlu didengar banyak kali untuk benar-benar memahami penulisan lirik.

“Dangdut Indonesia tidak sama seperti di Malaysia. Khalayak di sana tidak kisah meletakkan perkataan yang sedikit lucah atau mempunyai maksud tersirat. Jadi, saya perlu teliti dalam soal penerimaan lagu.

“Mujur syarikat pengurusan di sana faham dengan prinsip ini dan tidak pernah memaksa saya melakukan sebarang keputusan di luar keinginan,” jelasnya lagi.

Wanita berusia 27 tahun itu juga perlu memastikan berat badannya kekal sebanyak 45 kilogram (kg) agar wajahnya tidak kelihatan berisi setiap kali beraksi dalam program televisyen.

Tidak berasa tertekan dengan pengawalan berat yang agak ketat, Shima menyedari, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

“Saya pernah diberi amaran oleh pihak pengurusan supaya menurunkan berat badan kerana kelihatan gemuk dalam televisyen.

“Namun saya okey kerana apabila melihat kelibat sendiri dalam televisyen, memang agak berisi,” ujarnya sambil tertawa.

Rezeki

Menyedari penerimaan peminat yang lebih meluas di Indonesia berbanding Malaysia, bekas peserta program Big Stage itu bagaimanapun tidak pernah terfikir untuk menetap terus di negara republik tersebut. Dia masih mahu berkarya di negara sendiri.

Atas alasan sebegitu, dia sanggup berpenat lelah berulang alik dari Indonesia ke Malaysia memenuhi sebarang undangan. Shima menganggap, setiap peluang sebagai rezeki biarpun sedikit membebankan jadual hariannya.

“Memang penat kerana dalam sebulan hampir empat hingga lima kali saya akan terbang pulang ke Malaysia jika tugasan.

“Selagi mampu, saya akan cuba setakat yang boleh,” jelasnya.

Dek tenggelam timbul di tanah air sendiri, Shima cukup memahami hal tersebut membuatkan namanya tidak melekat dalam ingatan peminat tempatan. Bagaimanapun, Shima tetap menaruh harapan, suatu hari nanti populariti di Malaysia akan sehebat seperti di Indonesia.

“Peluang saya sekarang lebih banyak di Indonesia tetapi saya yakin, akan tiba masanya, perkara sama akan berlaku di Malaysia,” ulasnya tersenyum.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/baby-shima-tetap-pendirian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Recycle Je Balik Barang Baby Membazir Shima Anuar Tak Mahu Membazir Macam Dulu

Recycle Je Balik Barang Baby Membazir Shima Anuar Tak Mahu Membazir Macam Dulu

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 934 hits
Pelakon Shima Anuar memberitahu bahawa dia tidak mahu membazir dalam membeli pakaian bayi Ini kerana pengalaman anak pertamanya dia telah membeli barangan bayi terlalu banyak sehingga ada yang tidak sempat dipakai pun Baca Selanjutnya Keham...
Baby Bump Dah Ada Tapi Malu Netizen Puji Elfira Loy Baby Bump Tu Aurat

Baby Bump Dah Ada Tapi Malu Netizen Puji Elfira Loy Baby Bump Tu Aurat

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 1098 hits
Pelakon Elfira Loy menerusi instagramnya berkongsi sekeping gambar miliknya beserta kepsyen Baby bump dah ada tapi malu Dia malu untuk berkongsi baby bumpnya kepada peminat Baca Selanjutnya Elfira Loy mendirikan rumah tangga bersama Khairol...
Tembak Monyet Tak Sebut Baby Sayang Polis Buru Si Penembak

Tembak Monyet Tak Sebut Baby Sayang Polis Buru Si Penembak

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 740 hits
Video yang tular di laman sosial memaparkan seorang lelaki menembak seekor monyet gara gara tidak mahu menyebut baby sayang Rakaman tersebut memakan diri sendiri apabila polis mengarahkan penangkapan lelaki terbabit kerana didakwa melanggar...
Selepas Berbuka Baby Masih Tak Bergerak Doktor Sahkan Bayinya Meninggal Di Usia Kandungan 38 Minggu

Selepas Berbuka Baby Masih Tak Bergerak Doktor Sahkan Bayinya Meninggal Di Usia Kandungan 38 Minggu

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 396 hits
Baru baru ini selebriti Hanis Zalikha berkongsi mengenai pengalamannya berpuasa ketika hamil di mana bayi dalam kandungannya mengeras membuatkan pasangan itu bimbang dan suaminya Hairul Azreen terus menyuruh dia berbuka puasa nbsp Masuk tri...
Kita Cari Siapa Dia Siapa Keluarga Dia Sampai Jumpa Polis Buru Lelaki Tembak Monyet Gara Gara Tak Sebut Baby Sayang

Kita Cari Siapa Dia Siapa Keluarga Dia Sampai Jumpa Polis Buru Lelaki Tembak Monyet Gara Gara Tak Sebut Baby Sayang

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 626 hits
Kita Cari Siapa Dia Siapa Keluarga Dia Sampai Jumpa Polis Buru Lelaki Tembak Monyet Gara Gara Tak Sebut Baby Sayang Panggilan baby sayang mula menjadi trending selepas pelakon cantik Mira Filzah menggunakan perkataan tersebut ketika menjawa...
Tangkap Penembak Monyet Baby Sayang Ngo Individu Tawar Ganjaran Rm4 500

Tangkap Penembak Monyet Baby Sayang Ngo Individu Tawar Ganjaran Rm4 500

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 553 hits
Sebelum ini pihak polis ada mengeluarkan kenyataan akan mengesan lelaki yang didakwa menembak monyet yang disuruh menyebut baby sayang BACA Tembak Monyet Tak Sebut Baby Sayang Polis Buru Si PenembakMenerusi Facebook Persatuan Haiwan Malaysi...
Mira Filzah Kecam Lelaki Tembak Monyet Untuk Baby Sayang

Mira Filzah Kecam Lelaki Tembak Monyet Untuk Baby Sayang

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 706 hits
Sebuah klip video tular di media sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki menembak seekor monyet yang terkurung di dalam sangkar menggunakan sepucuk pistol sekiranya tidak menyebut baby sayang mendapat kecaman dari Mira Filzah sendiri Mir...
Suspek T3mbak Mony3t Tak Panggil Baby Sayang Ditangkap Rupnya Ini Motif Sebenar Pelaku

Suspek T3mbak Mony3t Tak Panggil Baby Sayang Ditangkap Rupnya Ini Motif Sebenar Pelaku

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 608 hits
HANYA suka suka Itu motif remaja yang diburu polis susulan rakaman video menunjukkan tindakan k3jamnya men3mbak mony3t yang tular sejak beberapa hari lalu Suspek t3mbak mony3t tak panggil baby sayang ditangkap Rupnya ini motif sebenar pelak...
Lelaki Tembak Monyet Kerana Tak Sebut Baby Sayang Akhirnya Ditahan Polis

Lelaki Tembak Monyet Kerana Tak Sebut Baby Sayang Akhirnya Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 649 hits
Susulan kes lelaki menembak mati seekor monyet kerana tidak menyebut Baby Sayang beberapa hari lalu yang viral di media sosial polis telah menahan dua beranak di kediaman mereka di Taman Kenangan Sitiawan Perak malam tadi Ketua Komunikasi K...
Buku Taubatku Untuk Siapa Renungan Mendalam Tentang Taubat Karya Ibnu Jauzi

Rumah Perdana Menteri Nepal Dibakar Penunjuk Perasaan

Leona Sakat Rees Tentang Ciri Ciri Kekasih Hati Ramai Wanita Tak Keruan Asslamualaikum Adik Ipar

Another Knock For Zii Jia In Opener Defeat To Jun Hao

Over 190 People Evacuated From Flooding In Beaufort

Dia Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian Ramai

Terengganu Pelajar Tingkatan Empat Pecut Kereta Rempuh Polis Tular Di Kuala Nerus

Iuc Buka Laluan Kerjaya Global Mahasiswa Di Jepun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenyataan Dr Zambry Berkait Isu Pelajar Cemerlang Stpm Tidak Dapat Tempat Ke Ipt Pilihan

Pelajar Hafizah Raih 10a Spm Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun

Malaysians Think They Can Outsmart Scammers But 73 Still Fall Victim

Honor Confirms The Mystery Smartphone Introducing Honor X9d 5g

Villa Bo By Alexis Dornier A Sculptural Tropical Villa In Tampah Hills Lombok

Zuraida Says She Told Off Anwar For Picking Farhash As Political Aide