Baby Pantang Dengar Lagu Usia Kandungan Dah 7 Bulan Aida Jebat Nabil Tak Sabar Tunggu Baby Keluar
Siapa yang tidak berdebar dan teruja menantikan kelahiran anak sulung. Bagi pelakon dan penyanyi, Aida Jebat dan suaminya Nabil Mahir turut merasai keterujaan yang sama.
Selepas mengumumkan kehamilannya pada April lalu, Aida mendedahkan yang kini usia kandungannya sudah pun memasuki usia tujuh bulan.
Menerusi Instagramnya, Aida dan suami turut berkongsi sekeping gambar dengan keadaan dirinya yang semakin sarat.
“Last trimester, I’m coming!
“Alhamdulillah. Today officially 7 months pregnant! 2 months to go Insyaallah. Last trimester, I’m coming! ,” kata Aida berkongsi.
Bukan hanya Aida, bahkan Nabil menerusi Instagramnya juga meluahkan rasa tidak sabarnya menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Baby menendang bila dengar lagu
Kata Nabil, dia seakan tidak sabar menantikan ‘si dia’ yang masih belum dirahsiakan jantinanya itu.
“7 bulan dah alhamdulillah. Tak sabar nak jumpa si dia,” tulis Nabil di kapsyen.
Pun begitu apa yang menariknya kata Nabil, bayi di dalam kandungan itu begitu teruja setiap kali lagu dipasangkan.
“Kalau dia terdengar lagu je, uish dia punya lompat menari macam mak dia bila atas stage lah hahaha!
Boy or Girl ni?,” tanya Nabil di kapsyennya.
View this post on Instagram
A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Aida dan Nabil turut sama mendoakan agar kehamilan Aida dipermudahkan dan tak sabar menantikan cahaya mata mereka.
Ada yang mula meneka-neka bayi di dalam kandungan Aida adalah baby girl. Betul ke?
Semoga kehamilan Aida dipermudahkan hingga detik melahirkan. Aida dijangka melahirkan bayi sulungnya itu pada Oktober depan.
View this post on Instagram
A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)
Malah Aida dan Nabil juga sepakat merahsiakan jantina bayi mereka sehingga majlis pengumuman istimewa nanti. Terdahulu, Aida dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Menarik: Our Junior Is Coming, Ayda Jebat Sah Hamil, Mohon Doa Ramai Supaya Kandungan Selamat
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Baby Pantang Dengar Lagu” Usia Kandungan Dah 7 Bulan, Aida Jebat & Nabil Tak Sabar Tunggu Baby Keluar! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/baby-pantang-dengar-lagu-usia-kandungan-dah-7-bulan-aida-jebat-nabil-tak-sabar-tunggu-baby-keluar/