Baby Araa Has Been Warded Ohh
Start 15 Jun , Sabtu lepas, my angel Hawraa mengejut demam panas di tengah malam. I dah faham sangat, kalau demam malam-malam macam ni selalunya ada kaitan dengan virus. Suhu demam nya pula melambung tinggi, sekitar 38°C - 40°C
Naluri ibu dalam diri I berkata-kata yang "tak sedap" dah. Keresahan di hati tu makin bertambah bila mengenangkan diri I sendiri pun memang dah seminggu demam, batuk berserta dengan sakit-sakit sendi
Demam raya barangkali. Ahaks
Tapi sejenis tegar macam I ni, demam-demam pun tetap datang berkerja macam biasa. gigih. Satu lagi sebab, sayang cuti tahunan. Haha. Thats why di gigih kan juga badan dan kudrat melangkah pergi kerja
Tapi bila tiba part anak, ibu lemah ohh~
Melihat anak sakit dan tak bermaya membuatkan jiwa I condong ke rumah. So I whatsApp my boss, dan mohon cuti rehat 3 hari bermula Isnin 17 haribulan sampai hari ini, di saat entri ini ditulis
So, bawalah ibu akan anaknya ke hospital. Disebabkan Baby Araa nampak sangat keletihan (lethargy) dan tak minat langsung nak senyum or bermain, doktor decide nak monitor kesihatan Araa di dalam wad.
Dengan keputusan itu, baby Araa terus di set kan line branula, dan sampel darah untuk FBC turut diambil masa tu juga. So check in lah kita dua beranak di "rumah tinggi" ini ditemani nyamuk-nyamuk yang gila bapak besar oii~
Sepanjang malam ibu berjaga, duk kipaskan Araa, supaya taknkena ketit dek nyamuk.
Hari ni Rabu dah discharge, yay! Syukur alhamdulillah. Keputusan darah, ok. Tiada apa yang serius. Araa di discharge dengan bekalan antibiotik amoxicillin untuk 7 hari (untuk rawatan tonsilitis), berserta ubat demam dan batuk
Actually. Kepala ibu masih ting-tong tatkala menaip entri ini.
Sambung qada' tidur jap
Kbai, assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.annursyuhadah.com/2019/06/baby-araa-has-been-warded-ohh.html