Azzam Sham Cuma Mahu Semuanya Lancar







WALAUPUN pembabitannya dalam kerjaya seni sejak kanak-kanak, dari aspek dikenali peminat semestinya, penyanyi Azzam Sham agak ketinggalan.

Apatah lagi, sikapnya yang agak pendiam dan bersih daripada sebarang gosip serta cerita sensasi. Selain itu, Azzam juga fokus terhadap pelajaran.

Cuma, tahun lalu dia dilihat semakin aktif mengatur perjalanan kerjaya nyanyian selepas muncul dengan lagu Biar Saja yang menjadi lagu tema drama Setelah Ku Dimiliki.

Malah, Azzam juga menghasilkan lagu duet bersama teman wanitanya, Sheryl Shazwanie berjudul Jika Ini Takdirnya yang dilancarkan lima bulan lalu.

Kini, Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham berhadapan debaran untuk persaingan kemuncak Big Stage 2020, malam ini.

Ditambah lagi, Azzam dikatakan bersaing sengit dengan Usop, untuk takhta juara musim ini. Mengulasnya, Azzam berkata, dia cuma mahu memberi persembahan terbaik.

"Sejak awal lagi, memang kebanyakan peminat membuat ramalan saya akan bertarung sengit dengan Usop. Namun, saya berserah pada rezeki.

"Paling utama bagi saya biarlah persembahan dibuat itu mampu memberi kepuasan sebenar kepada diri berikutan pentas Big Stage 2020 ini sangat besar buat bakat kecil seperti saya," katanya.

Menurut Azzam, pada konsert akhir itu dia akan menyanyikan dua lagu iaitu Aku Bidadari Syurgaku nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Grenade (Bruno Mars).

Berbicara mengenai Usop, katanya di antara mereka bersaing sihat. Dia dan Usop saling berusaha mempersembahkan bakat masing-masing.

"Kami berusaha memberi persembahan terbaik setiap minggu untuk menghiburkan penonton dan Usop memang ada aura tersendiri.

"Kemantapan vokal dan persembahan konsisten setiap minggu Usop memang tak dinafikan kerana barisan juri profesional juga mengakui kemampuannya.

"Bagaimanapun, pada konteks sekarang menang atau kalah memang saya tak fikirkan. Harapan saya, cuma mahu persembahan berjalan lancar," katanya.

Azzam turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya termasuk ibu bapa, keluarga dan pasukan gerak kerjanya yang ada bersama setiap masa.

Konsert akhir Big Stage 2020 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), jam 9 malam yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Pemarkahan peserta pula akan dinilai barisan juri tetap iaitu komposer Ajai, penyanyi dan komposer, Faizal Tahir serta penyanyi popular, Dayang Nurfaizah.

Selain Azzam dan Usop, tiga lagi peserta yang berentap di kemuncak Big Stage 2020 ialah Qody Rany, Dinie Rashid dan Fadh Majid yang masing- masing ada kehebatan dan strategi tersendiri.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/10/azzam-sham-cuma-mahu-semuanya-lancar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azzam Sham Juara Big Stage 2020 Bawa Pulang Rm100 000

Azzam Sham Juara Big Stage 2020 Bawa Pulang Rm100 000

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 1050 hits
Menewaskan empat peserta lain penyanyi Azzam Sham dinobatkan sebagai juara Big Stage 2020 Azam membawakan dua lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu serta Granede sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100 000 Naib juara Usop memb...
Seolah Olah Gembira Atas Penyingkiran Saya Farisha Iris Tergores Hati Jawapan Azzam Sham

Seolah Olah Gembira Atas Penyingkiran Saya Farisha Iris Tergores Hati Jawapan Azzam Sham

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 899 hits
Saya tak sedih langsung kerana tersingkir Tiada terlintas di hati tetapi saat melihat video itu saya kecewa dan sedih atas kenyataan tersebut seolah olah gembira atas penyingkiran saya source
Biar Saja Azzam Sham

Biar Saja Azzam Sham

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 446 hits
Biar Saja Azzam ShamHancur terus hancurSegala impian telah kau musnahkanSegala harapankuAndai mampu ku putarkan waktuTakkan sekali ku percayakan bicaramuPergilah biar saja hatiku terlukaMencintai walau kau berdustaMencintaimu sepenuh jiwaku...
Azzam Sham Juara Big Stage Musim Ke Tiga

Azzam Sham Juara Big Stage Musim Ke Tiga

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 1037 hits
Bekas peserta Idola Kecil Azzam Sham telah dinobatkan sebagai juara Big Stage musim ketiga sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekat Qody Rany Dinnie Rashid dan Usop Azzam Sham tampil menyampaikan dua lagu tugasan dengan Tema Ultimatu...
Tepati Ramalan Azzam Sham Muncul Juara Big Stage 2020

Tepati Ramalan Azzam Sham Muncul Juara Big Stage 2020

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 615 hits
Seperti yang dijangka ramai peserta Azzam Sham 23 yang bermula di pentas Idola Kecil 2009 terbitan TV9 ketika kanak kanak itu muncul juara program realiti Big Stage 2020 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100 000 source
Jika Ini Takdirnya Azzam Sham Sheryl Shazwanie

Jika Ini Takdirnya Azzam Sham Sheryl Shazwanie

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 446 hits
Jika Ini Takdirnya Azzam Sham Sheryl ShazwanieBicara hatikuIni takkan mampuMelepaskanmu dari genggamankuMeracuniku kerna kau kan pergiHujan yang menyentuhHingga ku dengarkanHanya kamu yang aku cintaiDan membawaku berpaling darimuBiar hanya ...
Big Stage 2020 Juara Milik Azzam Sham

Big Stage 2020 Juara Milik Azzam Sham

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 883 hits
BIG STAGE 2020 JUARA MILIK AZZAM SHAMKeputusan Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Akhir Big Stage 20201 Azzam Sham 67 85 2 Usop 66 57 3 Qody Rany 61 85 4 Dinie Rashid 60 04 5 Fadh Majid 58 80 Keputusan Pemenang Konsert Akhir Big Sta...
Azzam Sham Juara Big Stage 2020 Usop Naib Juara

Azzam Sham Juara Big Stage 2020 Usop Naib Juara

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 1023 hits
Azzam Sham Juara Big Stage 2020 Usop Naib JuaraNampaknya tuah berpihak pada Azzam Sham untuk bergelar Juara Big Stage Musim ketiga Manakala pencabar terdekat Azzam iaitu Usop mendapat tempat kedua dan Qody Rany berada di tempat ketiga Tempa...
Salah Saya Beri Kenyataan Kurang Jelas Bukan Saya Keluarkan Azzam Sham Mohon Maaf

Salah Saya Beri Kenyataan Kurang Jelas Bukan Saya Keluarkan Azzam Sham Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 841 hits
Juara program realiti Big Stage 2020 Azzam Sham tampil memohon maaf susulan mengenai penyanyi Farisha Iris tergores hati dengan kenyataannya semasa temubual secara langsung dalam program MeleTOP pada Selasa lalu source
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Domain Portfolio Generating Income

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pendarahan Awal Kehamilan Tak Semestinya Gugur Tapi Jangan Abaikan

Skateboard Ajar Anak Jatuh Dan Bangkit Semula

Ptti Umum Insentif Rm500 Untuk Straight A Raikan 13 469 Pelajar Cemerlang Spm

13 With Tan Sri S Dato Seri S And Lge Cronies In Mbi Round Up

100 Pesanan Terakhir Rasulullah Redakan Kemarahanmu

Mereka Ini Kebal Undang Undang Betul Ke Atau Penguatkuasa Kurang Berfungsi