Aznil Nawawi Menyanyi Bukan Mahu Bersaing






Selepas 12 tahun tidak memiliki single terbaharu, selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi bakal muncul dengan lagu Apo yang mengetengahkan isu buli siber.

Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil bersyukur, single Apo bakal dilancarkan pada 10 Julai ini. Single Apo berkisarkan buli siber ciptaan Archie Nasution dan Reza Ramsay, manakala liriknya pula cetusan idea Pak Nil sendiri.

Ia diterbitkan atas inisiatif menerusi paksi tanggungjawab sosial Yayasan Pesona bersama Scifi Record dan Sony Music.

Istimewanya, single Apo yang sepatutnya dilancarkan sebelum tempoh PKP turut memuatkan lirik nama akaun Twitter, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di bawah nama Che Minah Sayang yang pernah digunakan Baginda sebelum ini.

Selebriti yang pernah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi kategori Pengacara Paling Lama Berkhidmat itu sudah mendapat keizinan Raja Permaisuri Agong pada 4 Jun lalu.

"Saya ada menghantar mesej kepada Baginda dalam Instagram (IG) dan memaklumkan meletakkan nama akaun Twitter Baginda dalam lirik lagu ini. Saya mahu minta perkenan Baginda.

"Selepas mendapat balasan nombor untuk dihubungi, saya menelefon Baginda. Saya turut melakukan dengan cara protokol dengan menulis surat dan memohon perkenan Istana Negara.

"Alhamdulillah, Baginda secara peribadi mengizinkannya. Saya gementar sampai menggigil sebab nak bercakap dengan Baginda dalam telefon. Bayangkan, boleh tersasul sekejap bahasakan diri sebagai patik, sekejap saya," katanya kepada BH Online.

Tambah Pak Nil, dia berhasrat mahu mendapatkan rakaman suara Baginda di dalam lagu berkenaan.

"Kalau dapat perkenan guna rakaman suara Baginda untuk diselit dalam lagu ini, lagilah saya bertuah. Namun, saya tahu hal seperti ini bukan mudah kerana membabitkan banyak protokol.

"Andai dapat Baginda mencemar duli hadir melancarkan lagu Apo pada bulan depan lebih istimewa jadinya. Jika sebelum ini, dapat bercakap dengan Baginda menerusi telefon bimbit pun sudah rasa seperti kaki tak cecah tanah. Bayangkan, jika Baginda hadir pada hari pelancaran, rasa lutut pula lembik," katanya.

Pak Nil berkata, single Apo dihasilkan bukan untuk berentap dengan sesiapa, apatah lagi memasuki pertandingan.

"Saya tak anggap single Apo sebagai 'comeback' dalam dunia nyanyian. Saya bukan penyanyi serius. Saya penyanyi yang 'fun' dan santai. Lagu ini lahir lebih kepada tanggungjawab. Tambahan pula, isu buli siber terus bermaharajela dunia media sosial tiada kawalan.

"Warganet dan wira papan kekunci bebas melontarkan kata nista dan kecaman. Begitu juga seperti ejekan tubuh, rasis, mempersenda agama, politik dan macam hal lagi.

"Insya-Allah, saya juga berharap lagu ini membuka mata agensi berkaitan atau kementerian untuk menjalinkan kerjasama dalam usaha mengangkat isu buli siber," katanya yang mengambil masa lapan jam untuk menyiapkan lirik single Apo.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/07/aznil-nawawi-menyanyi-bukan-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Menyanyi Lagu Sedih Ini Pasti Sayu Bunyinya

Anwar Menyanyi Lagu Sedih Ini Pasti Sayu Bunyinya

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 547 hits
HALAMAN HIBURANBila Anwar menyanyi lagu Sangam Dost Dost Na Raha SEMASA Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan polis pada tahun 1998 ketika itu penulis masih belajar di Universiti Utara Malaysia Sintok Pada masa itu juga penulis adalah salah...
Hanya Menyanyi Nenek Buta Ini Bisa Boleh Melihat

Hanya Menyanyi Nenek Buta Ini Bisa Boleh Melihat

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 228 hits
Seorang nenek berasal dari eropah Moira Gleed mempunyai keadaan kesihatan yang cukup unik Kedua mata nenek 66 tahun ini selalu terpejam sehingga dia tak dapat melihat kecuali sedang menyanyi Gleed menderita keadaan yang disebut focal Dyston...
Hiburan Video Panas Mirip Dirinya Tersebar Fauzi Nawawi Bakal Buat Laporan Polis

Hiburan Video Panas Mirip Dirinya Tersebar Fauzi Nawawi Bakal Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 966 hits
Tidak mahu memanjangkan lagi isu mengenai video bogel seorang lelaki miripnya dengan aksi melakukan onani yang tular tempoh hari pelakon Fauzi Nawawi bakal mengambil tindakan dengan membuat laporan polis agar individu yang menyebarkan video...
Aznil Ketengah Isu Buli Siber Menerusi Apo

Aznil Ketengah Isu Buli Siber Menerusi Apo

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 331 hits
BERDIAM diri tanpa melakukan apa apa kerja bukanlah sifat personaliti tersohor negara Datuk Aznil Nawawi Sekalipun beliau tidak lagi kerap muncul di kaca televisyen mengendalikan program atau bersiaran di radio sebagai penyampai namun perca...
Data Analytics For Business Decisions

Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda

Ahli Parlimen Pas Tarik Balik Dakwaan Kait Rayer Dengan Rusuhan 13 Mei

Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu

The World Must Unite And Beat Trump At His Own Game