Aznil Ketengah Isu Buli Siber Menerusi Apo


BERDIAM diri tanpa melakukan apa-apa kerja bukanlah sifat personaliti tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi.
Sekalipun, beliau tidak lagi kerap muncul di kaca televisyen mengendalikan program atau bersiaran di radio sebagai penyampai, namun, percaya atau tidak, jadual hariannya sangat padat.
Kerja-kerja kemasyarakatan yang kebanyakannya dilakukan secara diam-diam antara yang menjadi tumpuan selebriti yang mesra disapa sebagai Pak Nil ini.
Yayasan Pesona yang diasaskannya sejak dua tahun lalu membuatkan otaknya sentiasa ligat mencari idea mendekati generasi muda bagi membangunkan sahsiah dan keyakinan diri mereka.
Berkat kerjasama dengan Kementerian Pendidikan misalnya, Pak Nil sudah mendekati ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah menerusi jelajah seluruh negara berkongsi ilmu dan pengalaman membentuk personaliti yang menawan.
Sekalipun, masih terikat dengan kerja-kerja kebajikan lain, anak seni kelahiran Kuala Lumpur itu masih memperuntukkan waktu untuk bersama-sama pihak berwajib mencari cara untuk membanteras isu buli siber.
Bukan dengan cara berkempen atau memberi ucapan, sebaliknya, berteraskan cinta dan minat pada bidang nyanyian, Pak Nil merakamkam sebuah lagu yag mesejnya mencegah jenayah itu.
Selepas lebih sedekad tidak merakamkan sebarang lagu, Pak Nil menjadikan tahun 2020 sebagai masa terbaik untuk menggunakan pengaruh dan kedudukannya menyampaikan mesej menerusi sebuah karya istimewa berjudul Apo.
Single Apo yang dilancarkan pada 10 Julai lalu berkisarkan buli siber ciptaan Archie Nasution dan Reza Ramsay. Liriknya pula merupakan buah fikiran daripada personaliti itu sendiri.
Aznil Nawawi bekerjasama dengan Archie Nasution dalam menghasilkan Apo.
Aznil Nawawi bekerjasama dengan Archie Nasution dalam menghasilkan Apo.
Apo adalah manifestasi beliau terhadap masalah sosial yang sepatutnya menjadi kebimbangan semua pihak.
“Saya bimbang melihat isu buli siber terus bermaharajela dunia media sosial tiada kawalan. “Warganet dan wira papan kekunci bebas melontarkan kata nista dan kecaman. Begitu juga seperti ejekan tubuh, rasis, mempersenda agama, politik dan macam hal lagi. Saya sangat-sangat bimbang,” katanya berkongsi rasa mengenai isu berkenaan.
Kerana itu, Apo yang inisiatif penerbitannya berteraskan tanggungjawab sosial dan diterbitkan oleh Yayasan Pesona bersama Scifi Record dan Sony Music itu diharapkan setidak-tidaknya menjentik kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Saya berharap lagu ini membuka mata agensi berkaitan atau kementerian untuk menjalinkan kerjasama dalam usaha mengangkat isu buli siber,” kata Pak Nil yang kini aktif mengadakan promosi single Apo.
Terharu dengan restu Raja Permaisuri Agong
Single Apo ini juga, disifatkan Pak Nil terlalu istimewa buatnya kerana dalam lirik lagu berkenaan turut dimuatkan petikan nama akaun Twitter, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di bawah nama Che Minah Sayang yang pernah digunakan baginda sebelum ini.
“Saya ada menghantar mesej kepada baginda dalam Instagram (IG) dan memaklumkan meletakkan nama akaun Twitter baginda dalam lirik lagu ini. Saya mahu minta perkenan baginda.
“Selepas mendapat balasan nombor untuk dihubungi, saya menelefon baginda. Saya turut melakukan dengan cara protokol dengan menulis surat dan memohon perkenan Istana Negara.
“Alhamdulillah, baginda secara peribadi mengizinkannya. Saya gementar sampai menggigil sebab nak bercakap dengan baginda dalam telefon. Bayangkan, boleh tersasul sekejap bahasakan diri sebagai patik, sekejap saya,” kata Pak Nil berkongsi pengalaman terindah dalam kerjaya seninya yang sudah mencecah usia lebih tiga dekad.
Apo secara peribadi, tegas Pak Nil, tidak bermaksud tanda kemunculan semulanya dalam bidang nyanyian.
Sebaliknya, penghasilan single ini lebih kepada rasa tanggungjawabnya sebagai anak Malaysia.
“Saya tak anggap single Apo sebagai ‘comeback’ dalam dunia nyanyian. Saya bukan penyanyi serius. Saya penyanyi yang ‘fun’ dan santai. Lagu ini lebih kepada tanggungjawab,” kata Pak Nil lagi.
Awani
The post Aznil ketengah isu buli siber menerusi Apo appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/12/aznil-ketengah-isu-buli-siber-menerusi-apo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Masih Jadi Isu Lee Hyori Yoona Mohon Maaf Dek Dikritik Pergi Karaoke Namun Netizen Back Up

Covid 19 Masih Jadi Isu Lee Hyori Yoona Mohon Maaf Dek Dikritik Pergi Karaoke Namun Netizen Back Up

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 274 hits
Dalam usaha Korea memerangi gelombang kedua COVID 19 semua rakyatnya diminta supaya memberi kerjasama dalam membantu misi tersebut Pun begitu baru baru ini Penyanyi Lee Hyo ri dan Yoon A telah menerima reaksi bercampur apabila mereka diliha...
Dikait Isu 039 Nepotism 039 Kakak Kongsi Foto Kenangan Sushant

Dikait Isu 039 Nepotism 039 Kakak Kongsi Foto Kenangan Sushant

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 258 hits
MESKIPUN kematian pelakon Sushant Singh Rajput 34 sudah dua minggu berlalu namun hingga kini masih hangat dibicarakan di arena industri hiburan Bollywood Apatah lagi kematian bintang berbakat itu dikaitkan dengan isu nepotism yang sememangn...
Bincang Lagi Ph Bincang Isu Calon Pm Minggu Depan

Bincang Lagi Ph Bincang Isu Calon Pm Minggu Depan

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 214 hits
Pakatan Harapan dijangka mengadakan mesyuarat bagi membincangkan serta memutuskan isu calon perdana menteri bagi mewakili gabungan berkenaan minggu depan Bagaimanapun menurut sumber itu partinya PKR tidak dapat menerima cadangan agar Ketua ...
Semua Pihak Perlu Berlapang Dada Isu Luqman

Semua Pihak Perlu Berlapang Dada Isu Luqman

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 197 hits
SEMUA pihak diharapkan dapat berlapang dada berhubung isu pemain muda Selangor Luqman Hakim Shamsudin yang dilaporkan telah menyatakan persetujuan menerima tawaran kontrak lima tahun untuk beraksi dengan kelab Liga Belgium KV Kortrijk Bekas...
Isu Konsert Di Zon Merah Covid 19 Rhoma Irama Jelaskan Perkara Sebenar Pada Awalnya Kami Setuju Persembahan Dibatalkan

Isu Konsert Di Zon Merah Covid 19 Rhoma Irama Jelaskan Perkara Sebenar Pada Awalnya Kami Setuju Persembahan Dibatalkan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 332 hits
Isu konsert di zon merah Covid 19 Rhoma Irama jelaskan perkara sebenar Pada awalnya kami setuju persembahan dibatalkan Penyanyi dangdut Indonesia Rhoma Irama menjelaskan dia membuat persembahan atas permintaan orang ramai PENYANYI dangdut I...
Pemuda Umno Pas Mic Dan Mca Lapor Polis Isu Kulit Buku Mirip Jata Negara

Pemuda Umno Pas Mic Dan Mca Lapor Polis Isu Kulit Buku Mirip Jata Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 390 hits
Pemuda Umno bersama sama Pemuda PAS Pemuda MCA dan Pemuda MIC hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi bagi membuat satu laporan polis berhubung kulit sebuah buku yang dikatakan menghina Jata Negara Laporan polis berhubung kulit buku Re...
Bukan Isu Kos Pru Tapi Kos Manifesto Bulan Bintang Pensyarah Upm

Bukan Isu Kos Pru Tapi Kos Manifesto Bulan Bintang Pensyarah Upm

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 266 hits
Desakan agar pilihan raya umum disegerakan bagi memecah ketidaktentuan majoriti di parlimen dilihat sesetengah pihak sebagai tidak kena pada masanya di kala negara masih di fasa awal pemulihan daripada kesan wabak Covid 19 Terutamanya kesan...
Isu Pemecatan Speaker Dewan Rakyat

Isu Pemecatan Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 400 hits
1 Saya nak tulis tentang hal ini dah lama Tak dapat masa yg sesuai dan puas saya cari bahan bacaannya tidak berjumpa Semasa belajar undang2 tahun 70 an dan 80 an dulu subject ini tidak pernah jadi kajian sebab tidak pernah berlaku 2 Subject...
Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Mystery Illness In Congo Was Malaria Plus Possibly Another Disease In Malaysia


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Kj Comments On Huge Hamidin Banner At Stadium

The Latest Ai News We Announced In December

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Sarapan Dengan Anak Bujangku