Azmin Terancam Di Selangor Kalau Hamzah Arahkan Seorang Adun Bersatu Tarik Sokongan




 

HarapandailyNovember 5, 2025Kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor dilihat berada dalam keadaan goyang susulan perkembangan perebutan kuasa dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Aktivis politik, Wan Abdul Hadi Hakimi Wan Mohd Nawi berpendapat majoriti Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Bersatu kini telah beralih menyokong Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk mengambil alih jawatan Presiden parti.


Menurutnya, Hamzah yang juga Ketua Whip PN kini mendapat sokongan kuat daripada blok Ahli Parlimen Bersatu termasuk Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Wan Saiful Wan Jan, masing-masing wakil rakyat Machang dan Tasek Gelugor.




Hal ini, jelasnya, menjadikan jumlah seramai 19 orang yang didakwa cukup untuk menggulingkan Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin.
“Sebelum ini, 120 Ketua Bahagian Bersatu isytihar sokong Hamzah, tinggal 82 bahagian bersama Mahiaddin. Itu pun sudah ada yang mula beralih arah,” katanya.
Wan Hadi mendakwa, pertembungan terbesar antara kedua-dua kem dijangka bermula di Selangor, susulan kedudukan PN di negeri itu yang mempunyai 22 ADUN, iaitu 11 daripada Pas dan 11 daripada Bersatu.
Beliau berpendapat kedudukan Azmin yang juga ADUN Hulu Kelang bergantung sepenuhnya kepada sokongan kesemua ADUN Bersatu, sedangkan sokongan itu kini dikatakan retak.


“Kalau Hamzah arahkan seorang ADUN Bersatu tarik sokongan daripada Azmin, cukup untuk gulingkan Azmin sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor. Cukup seorang saja,” tegasnya.
 
Dalam masa sama, Wan Hadi berkata, hanya dua ADUN Bersatu — Dr Afif Bahardin (Taman Medan) dan Hilman Idham (Gombak Setia) — yang dilihat jelas kekal bersama Azmin, manakala baki lapan ADUN lain tidak menunjukkan pendirian yang jelas.




Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pasar Mas itu juga berkata, ADUN Selat Klang sejak tahun lepas sudah menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, sekaligus menambah tekanan kepada Azmin.


Barua PasMengulas percaturan kepimpinan Bersatu pula, Wan Hadi menggelar Hamzah sebagai ‘barua’ kepada Pas.
“Belakang Hamzah yang buat ‘kerja’ ini adalah Pas. Pas mahu orang yang jadi Presiden Bersatu adalah orang yang dia boleh ‘pegang’ dan ikut cakap dia.


“Selagi Mahiaddin kekal sebagai Presiden Bersatu, Pas tak boleh pegang Bersatu. Lantikan-lantikan penting dalam PN pun ramai yang pro Mahiaddin,” tegasnya.


Sehubungan itu, Wan Hadi berkata, Pas bila-bila masa boleh mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang Selangor sekiranya wujud “arahan”.


Beliau menyifatkan konflik dalaman Bersatu kini berada pada tahap paling serius sejak parti itu ditubuhkan.




“Bersatu hari demi hari sudah memang tidak boleh diselamatkan, huru-hara teruk sangat dah. Gaduh dalam Bersatu lain macam berbeza dengan parti-parti lain,” kata Wan Hadi lagi.


















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/azmin-terancam-di-selangor-kalau-hamzah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krisis Bersatu Hamzah Beri Muhyiddin Isyarat Halus Mengenai Perubahan Kepimpinan

Krisis Bersatu Hamzah Beri Muhyiddin Isyarat Halus Mengenai Perubahan Kepimpinan

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 121 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Dua penganalisis melihat kesediaan Hamzah Zainudin menggantikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai mesej berhemah namun tegas mengenai keperluan perubahan kepimpinan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia...
Ketahui Apa Itu Bingkas Inisiatif Sokongan Keluarga Di Selangor

Ketahui Apa Itu Bingkas Inisiatif Sokongan Keluarga Di Selangor

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 141 hits
Ketahui Apa Itu BINGKAS Inisiatif Sokongan Keluarga Di Selangor Kerajaan Selangor telah memperkenalkan Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor sejak tahun 2022 Program ini merupakan kesinambungan kepada Program Kasih Ibu Smart Selangor...
Bersatu Tetap Berpecah Walau Hamzah Jadi Ketua

Bersatu Tetap Berpecah Walau Hamzah Jadi Ketua

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 139 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Walaupun hubungan Bersatu dan PAS dijangka bertambah baik jika Hamzah Zainudin mengambil alih jawatan pengerusi Perikatan Nasional daripada Muhyiddin Yassin penganalisis meramalkan perpecahan dalaman Bersatu mung...
Wan Fayhsal Claims Hamzah Real Target Behind Bersatu S Disciplinary Actions

Wan Fayhsal Claims Hamzah Real Target Behind Bersatu S Disciplinary Actions

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 192 hits
Bersatu deputy president Hamzah Zainudin was the real target behind the party s recent purge of senior members and grassroots leaders claimed suspended member Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal Calling the entire exercise which so far includ...
Wan Saiful Accuses Azmin Of Desperate Move With New Bersatu Circular

Wan Saiful Accuses Azmin Of Desperate Move With New Bersatu Circular

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 197 hits
Sacked Bersatu member Wan Saiful Wan Jan has accused secretary general Azmin Ali of issuing a party circular without approval from the party s top leadership council calling it a desperate move to exert control amid waning influence In a st...
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Ribut Tropika Senyar Di Malaysia Fakta Terkini Impak Amaran Metmalaysia

Neoantigen Sebagai Sasaran Rawatan Terapi Kanser Kolorektal

Poco Launches Poco F8 Series

Cara Kurangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi

Penemuan Unik Bekas Gangsa Dengan 300 R Di Como Itali Utara

Berbaloi Tak Beli Motor Guna Spaylater Motorcycle


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dicalonkan Untuk Apc

Apa Yang Saya Belajar Minggu Ini

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

Potato Egg Melt Sihat Rendah Kalori Sarapan Sedap Yang Mudah Kenyang Lama Memikat

Uks Setelah Ku Ditinggalkan Chord