Azmin Tau Banyak Perkara Kenapa Dedah



Zukri Aksah
MENARIK UNTUK SAYA MEMBACA DAN MENELITI, kenyataan oleh Dr. Xavier Jayakumar semalam bahawa,
“Sepanjang saya jaga kementerian selama 22 bulan, saya tak pernah tulis kepada Kementerian Kewangan minta projek dibuat secara rundingan terus. Ada satu sahaja projek dibuat runding terus, itu pun projek itu diberikan kepada Khazanah Nasional sebab Khazanah nak buat kerjasama dengan Boeing, dan ia dibawa kepada mesyuarat dan Kabinet meluluskan.”
Kenapa menarik? Sebab kala itu hanya ada dua orang wakil kabinet dalam Lembaga Pengarah Khazanah, iaitu Dr. Mahathir bin Mohamad dan Azmin Ali. Jadi betullah kata Xavier bahawa parlimen sudah jadi sarkas. Sebahagian menteri dalam Kerajaan PN sekarang adalah juga menteri di masa PH, termasuk Azmin Ali, dia bukan sahaja tahu, bahkan terlibat sama dalam penganugerahan dan penerimaan projek runding terus. Mengapa diungkit sekarang?
Diungkit seolah-olah Kerajaan PH telah berbuat sesuatu yang salah, salah besar! Setakat hari ini, kaedah, tata cara dan tata kelola yang diguna pakai dalam pengurusan perolehan kerajaan masih membenarkan kaedah runding terus, fullstop!!! Maksudnya ia tidak salah pun… menjadi salah kalau berlaku salah guna kuasa, rasuah atau penyelewengan dalam perlaksanaannya. Yang beria-ria berkeras mahu menyalahkan PH ini peliknya datang dari bekas pemimpin dan ahli PH juga, khususnya pengkhianat Keadilan, pengikut Azmin Ali. Lalu dilagukanlah kononnya itu janji Lim Guan Eng, manifesto Pakatan Harapan. Saya cuma mahu beritahu, waktu Mahathir berkeras mahu memangku jawatan Menteri Pendidikan yang jelas melanggar manifesto, kamu semua juga yang galak mengikut dan mencium bontot orang tua itu. Bila orang tua itu sudah jatuh kamu tinggalkan dia, ini bukan sekadar hipokrit, bukan sekadar khianat, tetapi jahat dan tiada hati perut.
Jadi kenapa isu runding terus ini digegarkan di Parlimen? Pada waktu ini? Jujur dan telus mahu mengatakan PN lebih baik dari PH? Tak mungkin, sebab sebahagian menteri PN itu adalah juga menteri PH dahulunya, ibarat menepuk air di dulang, ibarat meludah ke langit! Saya lihat ia sekadar mencipta isu, supaya khalayak disibukkan dengannya, menjadi fokus perbincangan, lupa kepada yang lain. Kenapa cipta isu? Untuk menghalang kejatuhan Kerajaan PN, majoriti Kerajaan PN boleh hilang hanya dengan seorang manusia bernama Dr. Khairuddin at-Takiri, maka dia mesti dilindungi dan diselamatkan. Caranya? Buat isu baru yang boleh menenggelamkan kes jelas lagi nyata melanggar kuarantin wajib yang sepatutnya dibawa ke mahkamah dan didenda paling tidak pun di antara RM8,000 – RM12,000 (berdasarkan kes rujukan pencetus kluster Sivagangga dan Makcik Gelang Pink), yang secara automatik akan menghilangkan satu kerusi sokongan PN, menghapus majoriti Muhyiddin dalam parlimen.
Maka saya dengan ini mencabar Tengku Zafrul untuk mengulang kenyataan beliau di luar parlimen, kalau berani tuduhlah bahawa Kerajaan PH selama 22 bulan itu telah melakukan kesalahan dengan penganugerahan projek runding terus yang dinyatakan itu. Saya juga mendesak supaya Ust Dr. Khairuddin at-Takiri segera didakwa di mahkamah sebagaimana segeranya pencetus kluster Sivagangga dan Makcik Gelang Pink didakwa dan dihukum. Premisnya sama, tindakan yang mengkompromi keselamatan dan kesihatan awam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29438

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Perkara Di Luar Kawalan Kita

Banyak Perkara Di Luar Kawalan Kita

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 359 hits
Seronoknya jika apa yang dirancang menjadi tanpa perlu menghadap kesukaran kesilapan kekeliruan dan rancangan akan menjadi sangat lurus licin dan perancangan berjaya dilaksanakan dengan jayanya Tapi bukan semuda itu kehidupan Manusia hanya ...
Azmin Patut Dedah Lagi Penyelewengan Ph Jangan Hanya Berani Tokok Tambah

Azmin Patut Dedah Lagi Penyelewengan Ph Jangan Hanya Berani Tokok Tambah

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 298 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sepatutnya mendedahkan lagi penyelewengan dan pembohongan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Ini kerana beliau yang pernah menjadi Menteri Ekonomi dalam Kerajaan PH mesti banyak maklumat Ahli Majlis Te...
Tak Dedah Senarai Takut Azmin Sangkut

Tak Dedah Senarai Takut Azmin Sangkut

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 247 hits
Sang Kelembai Jangan rakyat dikelirukan RM 6 61 Billion adalah nilai tawaran Yang hendak diketahui berapa sudah dibayar Jika cadangan batalkan sahaja Jika berani sangat Keluarkan senarai nama projek Runding Terus ini Termasuk Projek mini Pu...
Pengajaran Gtp 2020 Beri Mereka Lebih Banyak Kejayaan

Pengajaran Gtp 2020 Beri Mereka Lebih Banyak Kejayaan

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 273 hits
Sentiasa jadikan ketidakpercayaan orang terhadap kita sebagai motivasi terbaik Itu lesson learnt ke 8 saya dapat dari pengalaman 5 tahun mencuba untuk Global Teacher Prize Jangan pernah putus semangat tapi terus lah tetap berusaha dengan be...
5 Perkara Menarik Tentang Pembelian Saham Trw Oleh Zamsaham

5 Perkara Menarik Tentang Pembelian Saham Trw Oleh Zamsaham

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 369 hits
Usahawan burger dan pakar pelaburan saham Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai ZamSaham telah sah menjadi pemilik pasukan Kelantan FC selepas membeli sepenuhnya saham Team Red Warriors Sdn Bhd anak syarikat Persatuan Bola Sepak Kelan...
Amien Rais Selain Membelah Bangsa Indonesia Rezim Jokowi Lahirkan Banyak Penjilat

Amien Rais Selain Membelah Bangsa Indonesia Rezim Jokowi Lahirkan Banyak Penjilat

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 546 hits
Mantan Ketua MPR Periode 1999 2004 Amien Rais mengatakan kalau rezim pemerintahan Jokowi melahirkan banyak penjilat Amien juga menyebut kalau rezim pemerintahan Jokowi juga pintar memecah belah bangsa Indonesia dan membeda bedakan perlakuan...
Banyak Istighfar Maka Rezeki Pun Akan Lancar

Banyak Istighfar Maka Rezeki Pun Akan Lancar

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 325 hits
Fitnah zaman ini banyak sekali bermunculan dan menyerang kaum mukmin Sosok muslimah tentu saja menjadi kaum yang paling rentan menghadapi fitnah akhir zaman ini Namun Allah Ta ala telah memerintahkan kita agar memperbanyak istighfar dan sed...
Apa Punya Bangkai Bendanyang Terbukti Sekeliling Banyak

Apa Punya Bangkai Bendanyang Terbukti Sekeliling Banyak

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 293 hits
Sharidah Sh AbdullahPengampunan yg diberi ke atas jenayah yang x de bukti nak cabar Tu yang bukti berlambak mencuri bebas x de lak sapa nk cabar Kisah seks shj ke yg penting dlm masyarakat Malaysia ni Bangsa tak malu Meluat sungguh Puluhan ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur