Azmin Semakin Tak Beradab Farhash


Kumara Sabapatty  



KUALA LUMPUR – Tidak ada keperluan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tunduk kepada desakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk meminta maaf atas pemecatan bekas Ketua Cabang PKR Bera, Zakaria Abdul Hamid.

Setiausaha Politik kepada Presiden PKR itu, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, pemimpin tertinggi parti tidak perlu minta maaf kerana keputusan memecat Zakaria yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu adalah tindakan lembaga disiplin parti.

Katanya, keputusan memecat Zakaria dan seorang ahli biasa PKR itu telah dibuat pada 24 November lalu oleh Lembaga Disiplin PKR berdasarkan sokongan lebih dua pertiga ahli MPP.

“Semenjak kebelakangan ini Timbalan Presiden PKR kelihatan sudah hilang adab dan cuba mengeruhkan keadaan kerana terdesak.

“Kalau sebelum ini merajuk tak dapat merasmikan Kongres AMK, kali ini hendak mendesak presiden untuk meminta maaf hanya kerana tidak bersetuju dengan keputusan parti.

“Jika Azmin sering beri alasan tidak hadir mesyuarat kerana tugas menteri, apa pula alasan lagi 19 orang ahli MPP bersamanya? Tapi bila nak berjumpa pihak pembangkang senang sahaja dipelawa ke kediaman rasmi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Farhash menasihati Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu supaya membuat keputusan yang betul tanpa mengheret ahli parti ke arah keadaan sesat.

“Nasihat saya kalau dah hilang arah sila buat keputusan yang betul tapi jangan terus menyesatkan ahli parti dengan bersikap munafik.

“Saya juga minta Azmin untuk insaf sebelum kongres nasional dan lebih berhemah sebagai penjawat awam,” tegasnya.

Pagi hari ini, seramai 19 daripada 64 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR termasuk timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali menolak pemecatan Zakaria.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan, mereka berpendirian bahawa pemecatan itu “tidak sah” kerana tidak melalui proses sewajarnya.

Mereka juga mendakwa pemecatan yang tidak disertakan dengan sebab pemecatan adalah tidak relevan.

Kenyataan bersama itu selain Azmin, turut diwakili dua Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Chua Tian Chang@Tian Chua, Ketua Wanita PKR Nasional, Haniza Mohamed Talha dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nasional, Hilman Idham.-MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/azmin-semakin-tak-beradab-farhash.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasai Apa Anwar Tak Mau Pecat Azmin

Pasai Apa Anwar Tak Mau Pecat Azmin

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 732 hits
Masih ramai lagi yang tanya soalan ini padahal saya dah jawap bulan 7 lepas Membaca politik ini adalah seperti menganalisa permainan catur grandmaster vs master Kadang kadang kita tengok sepatutnya dia dah boleh checkmate lawan tapi kenapa ...
Perjumpaan Azmin Pkr Saya Tak Dijemput Kata Anwar

Perjumpaan Azmin Pkr Saya Tak Dijemput Kata Anwar

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 378 hits
Diterbitkan Hari ini 4 22 petangBERITATidak banyak yang dinyatakan Anwar Ibrahim ketika sebahagian ahli parlimen dan pemimpin PKR disebut sebut mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali petang ini Presiden PKR itu yang...
Azmin It Was A Normal Meeting Can T Remember Who Asked For It

Azmin It Was A Normal Meeting Can T Remember Who Asked For It

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 265 hits
Economic Affairs Minister Azmin Ali downplayed his meeting with more than 20 Umno lawmakers at his residence in Putrajaya last night The PKR deputy president said there was nothing extraordinary about the meeting Azmin also could not recall...
Kisah 17 Pemimpin Umno Di Rumah Azmin

Kisah 17 Pemimpin Umno Di Rumah Azmin

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 349 hits
oleh Hasnal Rezua Merican Kisah 17 Ahli Parlimen UMNO makan malam di rumah YB Azmin tidaklah terlalu menggusarkan Jika mereka bijak menggunakan kuasa tawar menawar serta menguasai rundingan banyak manfaat yang boleh diraih Cuma aspek negati...
Pkr Mps Met Azmin In Parliament To Discuss Economic Policies

Pkr Mps Met Azmin In Parliament To Discuss Economic Policies

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 304 hits
The meeting between Economic Affairs Minister Azmin Ali and several PKR lawmakers today was to discuss the country s economic policies says PKR s Petaling Jaya MP Maria Chin Abdullah who was present at the meeting We were just having our us...
Perjumpaan Azmin Ali Malam Tadi Bersama 30 Ahli Parlimen Adalah Untuk Membuat Headcount

Perjumpaan Azmin Ali Malam Tadi Bersama 30 Ahli Parlimen Adalah Untuk Membuat Headcount

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 432 hits
Malam tadi Azmin Ali berjumpa dengan 30 ahli parlimen Umno dan PKR untuk buat headcount Sekiranya Anwar Ibrahim bertindak untuk menggulingkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad cukupkah ahli parlimen yang menyokong Mahathir
Azmin Ali There Is No Agreement For Anwar Ibrahim To Take Over As Prime Minister

Azmin Ali There Is No Agreement For Anwar Ibrahim To Take Over As Prime Minister

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 382 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad should be allowed to complete his full term as Prime Minister to respect the people s wishes said PKR deputy president Datuk Seri Azmin Ali I challenge anyone to publicly declare that there is an agreement of a set d...
Bersatu Strategist Public Must Know What Transpired At Azmin Umno Mps Meet

Bersatu Strategist Public Must Know What Transpired At Azmin Umno Mps Meet

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 405 hits
As Pakatan Harapan was still reeling from its in the Tanjung Piai by election news surfaced of between PKR deputy president Azmin Ali and Umno lawmakers which fueled the political rumour mills Commenting on this Bersatu strategist Rais Husi...
Azmin To Check Schedule If Free To Attend Politburo Meet Tomorrow

Azmin To Check Schedule If Free To Attend Politburo Meet Tomorrow

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 200 hits
Economic Affairs Minister Azmin Ali will have to check his schedule to determine if he is free to attend PKR s political bureau meeting tomorrow This is after PKR communications chief Fahmi Fadzil all leaders to attend to get the full detai...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam