Azmin Semakin Gelabah Minta Ketepi Agenda Peribadi


 


March 10, 2021 Sekarang adalah waktu terbaik untuk memperkukuh kedudukan sesama parti dan mengetepikan kepentingan peribadi, kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali.
Menurut menteri kanan PN itu ia boleh dilakukan walau ketika semua orang boleh memberikan pandangan sendiri mengenai gabungan berkenaan.
“Semua orang boleh beri pandangan tetapi pada pandangan saya, inilah masa terbaik untuk memperkukuhkan perpaduan.
“Kita tidak mahu kekuatan yang kita bina ini diruntuhkan oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tertentu,” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan sempena ulang tahun pertama perkhidmatannya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, di Kuala Lumpur, hari ini.
Kenyataan itu dibuat selepas Azmin diminta mengulas amaran Umno agar PAS tidak membantu Bersatu jika calon mereka bertembung pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Amaran itu dibuat Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman semalam.
Untuk rekod hubungan Umno dan Bersatu terus tegang di sebalik penyertaan beberapa ahli parlimennya dalam kerajaan PN dipimpin Muhyiddin Yassin.
Dalam keadaan begitu, PAS pula kekal menjalin kerjasama rasmi dengan kedua-dua parti, masing-masing melalui PN dan Muafakat Nasional.
Tajuddin yang juga ahli parlimen Pasir Salak berkata meskipun Umno menghormati keputusan PAS untuk kekal bersama Bersatu, namun partinya juga berharap PAS akan juga kekal menyokong Umno.
Jari pun tak sama panjang
Pada masa sama hubungan Umno-PAS di negeri tertentu – misalnya Terengganu – juga tidak menunjukkan persefahaman yang jitu apabila pemimpin parti terbabit berikrar untuk meletakkan calon di semua kerusi yang ada di negeri itu.
Hal itu diumum Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said beberapa kali, termasuk terbaru pada 4 Jan lalu.
Hari ini Bersatu Terengganu pula mengumumkan mereka sedia meletakkan calon di semua kerusi yang akan ditandingi Umno di Terengganu hal itu akan dirundingkan dengan menteri besar negeri itu Ahmad Samsuri Mokhtar.
Azmin berkata semua pihak wajar duduk bersama dan berbincang bagi mencari penyelesaian isu berkenaan.
“Saya bertanggungjawab untuk menganjur perpaduan, saya tidak mahu jadi ejen perpecahan.
“Saya mahu semua pihak ketepikan kepentingan peribadi, duduk dan bincang,” katanya.
 
Mengulas lanjut, ahli parlimen Gombak yang meninggalkan PKR itu berkata rakyat hari ini juga sudah letih dengan permainan serta pergaduhan politik pemimpin negara.
“Rakyat sudah penat, dah letih dengan pergaduhan begini yang berterusan. Ia tidak membantu dan sudah tentu saya sebagai salah seorang pemimpin dalam kerajaan saya nak menganjurkan perpaduan.
“Memang ada pandangan berbeza, pendekatan yang berbeza, kita punya jari pun tak sama panjang, ada pendek, ada kecil dan ada besar.
“Tetapi kalau kita satukan dia menjadi satu kekuatan, kamu boleh genggam, kamu boleh makan tapi kalau satu jari macam mana kita nak makan? Itu maksud saya,” katanya berkias.
Tambah Azmin, perbezaan pandangan sudah tentu ada namun dia yakin ia dapat diselesaikan melalui perbincangan.
“Dan kalau kamu tanya rakyat di bawah pastinya mereka mahukan kerajaan yang kukuh.
“Mereka nak lihat semua pihak dalam kerajaan atau di luar kerajaan dapat bekerjasama sebab akhirnya nanti kita nak pastikan rakyat mendapat jaminan untuk melindungi kesihatan mereka.
“Itu jawapan terus daripada hati nurani saya,”tambahnya.
Sebelum ini, Umno mengesahkan menghantar surat kepada Muhyiddin bagi memaklumkan keputusan majlis tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan PN menjelang PRU15. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/azmin-semakin-gelabah-minta-ketepi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Beri Amaran Pada Pas Azmin Kata Ketepi Agenda Peribadi

Umno Beri Amaran Pada Pas Azmin Kata Ketepi Agenda Peribadi

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 312 hits
Shakira BuangSekarang adalah waktu terbaik untuk memperkukuh kedudukan sesama parti dan mengetepikan kepentingan peribadi kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional Mohamed Azmin Ali Menurut menteri kanan PN itu ia boleh dilakukan walau ketik...
Jangan Seret Kami Penyokong Dan 32 Juta Rakyat Malaysia Dgn Politik Benci Dendam Dan Agenda Peribadi Korang

Jangan Seret Kami Penyokong Dan 32 Juta Rakyat Malaysia Dgn Politik Benci Dendam Dan Agenda Peribadi Korang

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 242 hits
Masalah sungguh bila pemikiran tak boleh Reform ni SAKATua yg jauh lebih zalim pun DSAI maafkan dan terima dia ketuai PH sbelum PRU14 Inikan Ezam yang dikelilingi Reformis BUKAN PANkhianat DSAI dan DHM dok promote Politik Konsolidasi dgn PN...
Tak Sertai Pn Bukan Bermakna Umno Ketepi Agenda Melayu

Tak Sertai Pn Bukan Bermakna Umno Ketepi Agenda Melayu

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 215 hits
Pendirian tegas Umno untuk tidak menyertai Perikatan Nasional bukan bermakna parti itu mengetepikan agenda perpaduan Melayu kata Mohamed Khaled Nordin Naib presiden Umno itu bahkan menegaskan usaha penyatuan ummah di negara ini sebenarnya d...
Citra Kirana Dan Suami Semakin Terlihat Harmonis

Citra Kirana Dan Suami Semakin Terlihat Harmonis

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 463 hits
Artis cantik Citra Kirana dan sang suami Rezky Aditya menjadi salah satu pasangan artis yang terlihat selalu harmonis Mereka kini semakin terlihat harmonis dengan kehadiran sang buah hati Athar Putra pertama mereka yang memiliki nama lengka...
Wajah Pengkhianat Umno Semakin Jelas Di Mata Akar Umbi

Wajah Pengkhianat Umno Semakin Jelas Di Mata Akar Umbi

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 478 hits
Pasca Pilihanraya Umum ke 14 UMNO terus menjadi mangsa fitnah dan kecaman pelbagai pihak Serangan bertali arus yang datang dari luar UMNO atau dari musuh politik UMNO adalah sesuatu yang lumrah atau tidak menghairankan Tetapi apa yang mengh...
Wanita Ini Pernah Jadi Penagih Dadah Sejak Berusia 15 Tahun Kini Berubah Menjadi Semakin Cantik

Wanita Ini Pernah Jadi Penagih Dadah Sejak Berusia 15 Tahun Kini Berubah Menjadi Semakin Cantik

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 582 hits
Wanita ini pernah jadi penagih dadah sejak berusia 15 tahun kini berubah menjadi semakin cantikSeorang wanita berkongsi mengenai kisah hidupnya yang mula terjebak dengan aktiviti penyalahgunaan dadah jenis kokain dan heroin sejak usia 15 ta...
Muhyiddin Semakin Tidak Dikehendaki 46 Mahu Beliau Letak Jawatan

Muhyiddin Semakin Tidak Dikehendaki 46 Mahu Beliau Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 198 hits
Polemik politik sentiasa berlaku terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 1 Mac 2020 membentuk Kerajaan Perikatan Nasional Kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri menga...
Dilabel Mat Saleh Celup Kerana Semakin Seksi Raja Ilya Nafi Terikut Ikut Budaya Barat

Dilabel Mat Saleh Celup Kerana Semakin Seksi Raja Ilya Nafi Terikut Ikut Budaya Barat

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 342 hits
Pelakon wanita yang kini menetap di Australia sejak berkahwin Raja Ilya memang tidak lepas dari isu isu kontroversi Baru baru namanya disebut netizen apabila dia membuat perbandingan majlis perkahwinan di Malaysia dan luar negara ketika dun...
Urban Renewal Not A Dirty Term

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Nasi Impit Kuah Kacang Untuk Minum Petang

Acar Buah Tengku Ampuan Pahang Juara Pertandingan Masakan

May 18 2025

Rossa Aku Baik Saja Chord

Disleksia Punca Simptom Cara Merawat Tips Mengatasi