Azmin Rancang Ambil Alih Kuasa Sejak 2019 Kata Dap




Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebenarnya sudah merancang untuk merampas kuasa dan memecah belahkan Pakatan Harapan, seawal Oktober 2019 sebelum langkah Sheraton berlaku.

Senator dari DAP, Liew Chin Tong  mendakwa, Menteri Kanan Perikatan Nasional (PN) itu berbuat demikian kerana mahu menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


Katanya, rancangan Azmin itu dibantu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam usaha membentuk kerajaan baru.
“Rancangan mereka pada Oktober 2019 adalah untuk menggerakkan kerajaan perpaduan Melayu dengan sokongan kumpulan Hishammuddin (17), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (18) dan Pas (18) untuk menjadikan jumlah mereka sebanyak 53.
“Jumlah berkenaan diperlukan untuk menggantikan AMANAH (11) dan DAP (42).
“Objektif utama adalah menggunakan 53 Ahli Parlimen dari kumpulan Hishammuddin, GPS dan Pas untuk menggantikan DAP dan AMANAH yang hanya mempunyai 53 Ahli Parlimen, dan menutup peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri,” kata Pengarah Strategi DAP itu dalam catatan blognya hari ini
Liew berkata, serangan berterusan terhadap DAP juga digerakkan bertujuan menjadikan Pakatan Harapan tidak dapat bertahan bersama yang bermula dengan Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019.

Menurutnya, Azmin percaya bahawa ketika DAP dan AMANAH keluar dari perkiraan, dia akan dapat mengawal sebahagian besar Ahli Parlimen PKR sehingga tidak ada lagi yang akan menyokong Anwar sebagai PM.

Pada 14 Oktober 2019, akhbar New Straits Times menerbitkan idea Hishammuddin Hussein untuk menubuhkan “Bangsa Malaysia” tanpa DAP dan AMANAH.
Tetapi pada masa itu, Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir tidak berminat dengan langkah tersebut.
Kata Senator itu lagi, sebilangan besar daripada Ahli Parlimen PH sudah menyedari plot Azmin-Hamzah-Hishammudin ketika itu dan rampasan kuasa gagal selepas Majlis Setiausaha PH mendedahkan rancangan mereka tepat pada waktunya.
Bagaimanapun katanya, PH gagal menghalang rampasan kuasa pada 23 Februari 2020 ketika Muhyiddin mengesahkan rancangan itu dan Zahid membawa seluruh blok Umno ke meja rundingan dan menegaskan bahawa dia adalah satu-satunya wakil yang bercakap untuk Umno.
“Mereka menganggap Shafie Apdal dan Mahathir akan menyokong, dan kerajaan langkah Sheraton yang baru akan memerintah dengan sekurang-kurangnya 125 kerusi, jika bukan 130 kerusi. Tetapi mereka terkejut ketika Mahathir dan Shafie enggan dikaitkan dengan rancangan berkenaan.

“Sejak itu, kerajaan langkah Sheraton hanya dapat memerintah dengan majoriti kurang dari lima kerusi.
“Ketika negara terus terpengaruh oleh langkah Sheraton, lebih banyak cerita akan muncul untuk membersihkan konspirasi. Inilah masanya untuk kita mengenali dan mendokumentasikan apa yang sebenarnya telah berlaku,” katanya lagi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/azmin-rancang-ambil-alih-kuasa-sejak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Rancang Rampasan Kuasa Terhadap Ph Sejak Oktober 2019 Dakwa Chin Tong

Azmin Rancang Rampasan Kuasa Terhadap Ph Sejak Oktober 2019 Dakwa Chin Tong

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 325 hits
Ahli DAP itu mendakwa tindakan Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali untuk memecah belahkan Pakatan Harapan
Azmin S Coup Planned As Early As October 2019 Before Sheraton

Azmin S Coup Planned As Early As October 2019 Before Sheraton

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 269 hits
Recently Azmin Ali has been trying to rewrite history to whitewash his reputation Don t be fooled Azmin was the main architect of the failed coup in October 2019 which was the precursor to the Sheraton coup Here are the facts for the record...
Tak Sokong Undi Belah Bahagi Keputusan Kepimpinan Kata Dap

Tak Sokong Undi Belah Bahagi Keputusan Kepimpinan Kata Dap

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 320 hits
Beberapa ahli DAP menuntut penjelasan daripada wakil rakyat parti itu selepas mereka didapati tidak bangun untuk menyokong cadangan agar Belanjawan 2021 diundi secara en bloc hari ini Undian en bloc atau belah bahagi memerlukan semua anggot...
Sejak Pn Rampas Kuasa Ratusan Bilion Telah Dibelanja Hasilnya Apa

Sejak Pn Rampas Kuasa Ratusan Bilion Telah Dibelanja Hasilnya Apa

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 234 hits
Via WhatsApp Sejak kerajaan PN haram rampas kuasa mereka telah membelanjakan RM295b utk pakej ransangan ekonomi RM 10 billion PENJANA RM 35b tambahan yang dipinjam dari sumber tempatan seperti KWSP dalam bentuk bon jaminan Keseluruhan RM 39...
Tiada Pemotongan Elaun Latihan Dan Gaji Atlet Jurulatih Sejak Pkp Kata Timbalan Menteri

Tiada Pemotongan Elaun Latihan Dan Gaji Atlet Jurulatih Sejak Pkp Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 233 hits
Tiada pemotongan elaun latihan dan gaji atlet jurulatih sejak PKP kata timbalan menteri Dikemas kini 37 minit yang lalu Dit
Walau Pun Azmin Pengkhianat Kata Katanya Hampir 100 Boleh Dipercayai

Walau Pun Azmin Pengkhianat Kata Katanya Hampir 100 Boleh Dipercayai

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 311 hits
Semua kita mengakui Azmin Ali adalah pengkhianat sebenar yang bukan saja berperanan menjatuhkan kerajaan PH malah paling ke depan menghalang Tun Mahathir Mohamad menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim Lantaran itu hakikat bah...
Kerajaan Johor Lebih Stabil Jika Umno Ph Bergabung Kata Adun Dap

Kerajaan Johor Lebih Stabil Jika Umno Ph Bergabung Kata Adun Dap

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 353 hits
Adun DAP Sheikh Omar Ali berkata bahawa Kerajaan Negeri Johor akan lebih stabil sekiranya negeri itu mengikut formula Perak Sheikh Omar merujuk penggulingan Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu sebagai menteri besar Perak yang dikaitkan dengan p...
Itu Bukan Dalam Rancangannya Azmin Ali Dedah Tun M Sebenarnya Mahu Tubuhkan Pn Rancang Pru Bulan Oktober

Itu Bukan Dalam Rancangannya Azmin Ali Dedah Tun M Sebenarnya Mahu Tubuhkan Pn Rancang Pru Bulan Oktober

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 368 hits
loading Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali mendakwa idea penubuhan Perikatan Nasional datang dari bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad
Dap Pula Di Persalahkan Kah Bila Hilang Kuasa Padan Muka

Dap Pula Di Persalahkan Kah Bila Hilang Kuasa Padan Muka

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 160 hits
HAMDAN TAHAPeja tak dapat undi yang cukup dari ahli dewan di Perak tapi Pas dan Bersatu salahkan Dap berat berat dah jatuh kerana sikap masa jadi MB tak dapat menarik sokongan DAP pula salah Ketentuan Allah swt belaka tu saya ingat lagi kat...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut