Azmin Kesetiaan Saya Ada Batasnya


Shakira BuangDiterbitkan Hari ini 12:17 pagi


Tanpa menyebut sebarang nama, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata kesetiannya ada batasan dan sedia untuk berdepan dengan pihak "yang pernah dikenalinya".

Ucapan itu disampaikan ketika Majlis Doa Kesyukuran untuk Mohamed Azmin Ali, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam, malam ini.

"Saya berjanji apa pun serangan yang dilemparkan saya tetap akan bangkit melawan. Biarkan saya sebatang kara.

"Biarkan saya berlawan dengan manusia yang pernah saya kenali sebelum ini. Kesetiaan kita ada batasnya," katanya kepada lebih seribu hadirin yang menyertai program itu.

Antara pemimpin PKR yang hadir ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari; Adun Gombak Setia Hilman Idham; Exco Pulau Pinang, Afif Bahardin; Naib Presiden PKR Tian Chua, Exco Selangor Elizabeth Wong, Menteri Luar Saifuddin Abdullah, Timbalan Speaker Rashid Hasnon dan Khalid Jaafar.

Selain itu Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya dan Khairuddin Abu Hassan, yang dilihat sebagai penyokong setia Mahathir, turut hadir.
Menteri hal ehwal ekonomi itu berkata beliau sedia menerima ujian yang menurutnya bukan baru buat dirinya - sejak 1998 - walaupun berharap perkara sama tidak lagi berulang.

"(Tetapi) kerana nafsu serakah dan kerakusan manusia sanggup membunuh karier politik seseorang.

"Saya tak akan berganjak, walapun saya dihina dan diaibkan seberapa lama, dengan doa dan sokongan rakyat Malaysia saya akan berdiri tegak," katanya.

"Dosa saya hanya satu, saya ini bukanlah boleh dicucuk hidung, bukan boleh diheret begitu saja," katanya lagi.

Pada masa sama beliau menyuarakan rasa syukurnya apabila Ketua Polis Negara Abdul hamid Bador mengesahkan pelaku dalam video seks itu bukanlah dirinya.

“Malahan ketua polis negara sendiri sahkan ada tangan ghaib yang nilainya ratusan ribu untuk menjatuhkan saya," katanya sambil berkata beliau tahu dalang di sebalik perkara itu.
“Saya tak terkejut sebab saya tahu siapa dalang dibelakang semua ini, nak tahu tak? Saya tak boleh dedahkan...biarlah siasatan (polis) lengkap dulu.

"Tetapi sejak hari pertama (video tersebar) saya sudah menjangkakan bahawa ada unsur-unsur dalaman (parti),”katanya lagi.

Bagaimanapun ketika ditemui pemberita kemudian, Azmin bernada lebih diplomatik apabila berkata kepada media agar tidak melaga-lagakan (provoke) antaranya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di pemukiman PKR di Port Dickson hari ini bahawa mereka berdua dalam "satu pasukan".

Bulan lalu, beberapa klip video seks diedarkan kepada ahli politik dan wartawan.

Tidak lama kemudian, bekas ketua pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dirinya dalam video itu dan mendakwa seorang lagi individu itu ialah Azmin.

Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Setakat ini polis telah menahan beberapa individu, termasuk Haziq dan setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, untuk membantu siasatan kes itu.

Anwar sebelum ini berkata siasatan patut juga bertumpu kepada ketulenan video itu selain penyebarannya.

Abdul Hamid berkata analisis oleh Cybersecurity Malaysia mendapati video itu sebagai tulen tetapi proses pengecaman wajah adalah "negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan".

Anwar semalam berkata mengalu-alukan keputusan analisis itu dan Azmin kemudian menerusi Twitter berkata beliau mengambil maklum kenyataan itu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/azmin-kesetiaan-saya-ada-batasnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 590 hits
MALAM Ahad lalu bertempat di kediaman rasminya di Seksyen 7 Shah Alam pada malam Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempamerkan pengaruh politiknya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menuturkan Saya tidak kisah saya tiada...
Rentasan Berita 532 Gempar Isu Video Sandakan Azmin Mula Serang Anwar

Rentasan Berita 532 Gempar Isu Video Sandakan Azmin Mula Serang Anwar

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 345 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 532 1 ANWAR PM8 JOM KITA FIKIR TENTANG EKONOMI 2 MENGAPA AZMIN SENTAP 3 PAKATAN HARAPAN TIADA DEDAK PAS TIADA SELERA 4 HUTANG NEGARA RM1 09 TRILION TAHUN 2018 ADALAH BENAR Layari Facebook kami untuk mendapat berita da...
Xavier Calls For Truce In Anwar Azmin Tiff

Xavier Calls For Truce In Anwar Azmin Tiff

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR PKR vice president Dr Xavier Jayakumar has called for calm after party president Datuk Seri Anwar Ibrahim and deputy president Datuk Seri Mohamed Azmin Ali traded barbs in public over the sex video scandal issue I m urging all ...
Pergeseran Anwar Azmin Bolah Musnahkan Ph Ku Li

Pergeseran Anwar Azmin Bolah Musnahkan Ph Ku Li

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 304 hits
Kow Gah Chie Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata pergeseran antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali boleh menyebabkan Pakatan Harapan berpecah Ia mungkin Tetapi bergantung sama ada Anwar atau Az...
Anwar Wajar Minta Azmin Ali Bercuti Atau Letak Jawatan

Anwar Wajar Minta Azmin Ali Bercuti Atau Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 420 hits
Tiba2 Azmin Ali melenting Tiba tiba Azmin suruh Anwar melihat dirinya dalam cermin Azmin Ali beranggapan Anwar sedang menyerang dia Isunya adalah Anwar Ibrahim menjawab soalan wartawan apakah nasib Azmin Ali sekiranya benar Azmin adalah Azm...
Lapan Perkara Mudah Yang Boleh Dilakukan Oleh Pihak Polis Untuk Mengesahkan Identiti Pelaku Video Berkaitan Azmin

Lapan Perkara Mudah Yang Boleh Dilakukan Oleh Pihak Polis Untuk Mengesahkan Identiti Pelaku Video Berkaitan Azmin

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 244 hits
Semalam Ketua Polis Negara mengatakan bahawa video seks luar tabii mengaitkan Azmin itu adalah tulen Namun Ketua Polis Negara juga berkata mereka tidak dapat pastikan 100 bahawa pelaku dalam video tersebut adalah Azmin oleh itu identiti pel...
Azmin Berbalas Pantun Dengan Cermin

Azmin Berbalas Pantun Dengan Cermin

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 912 hits
Sambil mencermin diri Azmin terlihat wajah Anwar lalu terasa rindu Sambil hentak hentak kaki meluahkan hati yang merajuk Azmin menjual pantun pada cermin Masa mandi tengok cermin Sambil tengok gigit kuku Wahai Anwar tengoklah cermin Masihka...
Azmin Patut Lancar Perang Dengan Haziq Bukan Dengan Anwar

Azmin Patut Lancar Perang Dengan Haziq Bukan Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 361 hits
Kes Azmin bukan konspirasi politik kerana tidak ada fitnah tidak ada penderaan oleh polis macam dialami Anwar Dr Munawar dan Sukma Dalam kes Azmin Haziq membuat pengakuan tanpa paksaan Haziq juga cabar Azmin dakwanya jika video itu palsu Ta...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Kumpul Lebih 1 000 Koleksi Nusantara Dan Melayu

Mulut Kering Ketika Bangun Tidur

Sijil Pemilikan Kenderaan Reka Bentuk Baru 2024

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord