Azmin Hamzah Punca Pakatan Berpecah Dakwa Sumber Parti



MOHAMED Azmin Ali yang dipecat dari PKR dan bekas ahli Parlimen Umno, Hamzah Zainuddin mengambil kesempatan atas kebimbangan Bersatu sehingga mengheret parti itu keluar dari Pakatan Harapan (PH), kata sumber parti.

Hamzah menyertai Bersatu pada awal tahun lalu, hampir tiga bulan selepas keluar Umno.

“Mereka mengambil kesempatan atas kebimbangan sesetengah pemimpin majlis pimpinan tertinggi Bersatu dan menjanjikan mereka jawatan kerajaan sekiranya bersama membentuk kerajaan dengan Umno dan PAS,” kata seorang sumber Bersatu.

“Kata mereka, kerajaan Bersatu-Umno-PAS akan mengembalikan ketuanan Melayu, dan ini satu cara untuk menyingkirkan DAP daripada kerajaan.

“Selain itu, mereka kata ini caranya untuk menyekat Presiden PKR Anwar Ibrahim daripada jadi perdana menteri.”

Sumber parti memberitahun , ada pihak dalam Bersatu yang tidak suka dengan DAP kerana parti itu “keterlaluan”. Sikap mereka yang tidak cenderung dengan Anwar sudah lama sejak ketika dalam Umno lagi, katanya.

“Sebenarnya tidak masuk akal untuk bencikan DAP kerana parti itu walaupun boleh jadi menjengkelkan, parti itu juga ada menteri yang buat kerja lebih baik dalam Kabinet.

“Namun janji jawatan dengan DAP tersingkir memberikan mereka cukup sebab untuk menyokong idea gabungan Bersatu, Umno dan PAS,” kata sumber.

Seorang lagi sumber berkata, Azmin bergelut kuasa dengan Anwar selepas pemilihan parti pada 2018 dan langkah itu adalah jalan untuk memastikan survival politiknya.

Bagi mencapai matlamat itu, beliau menjanjikan “bulan dan bintang” kepada Bersatu untuk keluar PH supaya kerajaan tumbang dan gabungan baharu itu muncul, tambahnya.

“Beliau malah mencadangkan agar Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin boleh jadi perdana menteri, dan bukannya Anwar.”

Namun pelan mereka tersangkut pada Ahad apabila Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad enggan hadir majlis makan malam di Hotel Sheraton di Petaling Jaya, kata sumber.

Lebih memburukkan keadaan, keesokan harinya Dr Mahathir letak jawatan perdana menteri, dan kemudian melepaskan pula jawatan pengerusi Bersatu.

“Mereka ke rumahnya untuk meyakinkan beliau tetapi Dr Mahathir kata beliau tidak mahu bekerjasama dengan sesetengah pemimpin Umno yang sedang dibicarakan di mahkamah kerana rasuah,” katanya.

Sumber juga berkata, pelan mereka itu juga bermasalah.

Sumber menjelaskan Bersatu yang mempunyai 26 kerusi di Dewan Rakyat bersama Barisan Nasional (42) dan PAS (18) hanya ada 86 ahli Parlimen.

Dengan sokongan yang ada pada Azmin, mereka masih tidak cukup kerusi dan memerlukan Gabungan Parti Sarawak (18) dan Parti Warisan Sabah (9), katanya.

“Tetapi GPS tidak mahu bekerjasama dengan DAP atau PAS, sementara Warisan tidak mahu bersama PAS. Jadi macam mana mereka hendak bentuk kerajaan baharu?”

Hamzah memainkan peranan dalam Bersatu bermula dengan Kongres Maruah Melayu pada Oktober 2019.

Selepas menyertai Bersatu pada Februari 2019, Hamzah mengusulkan platform Bersatu, Umno, dan PAS untuk menyatukan Melayu.

Atas nama penyatuan Melayu, ahli Parlimen Larut itu menghimpunkan pemimpin dari tiga parti besar orang Melayu untuk sepentas buat kali pertama sejak pilihan raya umum yang lalu.

Namun susulan kongres itu, sokongan terhadap Dr Mahathir merosot 20 mata dalam kalangan pengundi bukan Melayu, yang kemuncaknya ternampak apabila PH kalah besar dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Selepas runtuhnya kerajaan PH apabila Dr Mahathir letak jawatan kelmarin, Azmin dan pengikutnya dituduh sebagai pengkhianat kepada parti dan rakyat Malaysia.

Mereka bagaimanapun menjelaskan hanya mahu menyelamatkan negara dan akan terus menyokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Seramai 11 ahli Parlimen PKR yang diketuai Azmin berkata langkah mereka pada hujung minggu lalu untuk mendapatkan sokongan Dr Mahathir bertujuan memastikan kestabilan negara.

Mereka tidak mahu Dr Mahathir dipaksa menetapkan tarikh peletakan jawatannya, kerana menukar perdana menteri pada separuh penggal akan memberi isyarat yang salah kepada rakyat dan pelabur.

“Kami yakin percubaan memaksa perdana menteri menentukan tarikh  peralihan kuasa sebagai usaha jahat untuk menjadikan beliau sebagai perdana menteri tanpa kuasa,” kata mereka dalam satu kenyataan kelmarin

Chan Kok Leong



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/azmin-hamzah-punca-pakatan-berpecah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergolakan Politik Semasa Azmin Sangkal Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Dan Pakatan Sebagai Pengkhianat

Pergolakan Politik Semasa Azmin Sangkal Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Dan Pakatan Sebagai Pengkhianat

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 1772 hits
Sumber gambar dari Sinar HarianPanas beberapa hari ini mengenai isu politik dan pentadbiran kerajaan semasa yang sedang bergolak Tidak tahu apa yang berlaku sekarang sehinggakan begitu banyak mesyuarat tergempar diadakan oleh parti parti po...
Soal Perlantikan Muhyiddin Telah Dipersetujui Mahathir Sumber Dakwa Muhyiddin Yassin Pm Ke 8

Soal Perlantikan Muhyiddin Telah Dipersetujui Mahathir Sumber Dakwa Muhyiddin Yassin Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 273 hits
Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamed meletak jawatan sebagai perdana menteri ke 7 menggemparkan banyak pihak Bukan itu sahaja malah beliau turut meletak jawatan sebagai Pengerusi BERSATU nbsp Persoalannya kini ialah siapakah yang bakal menjaw...
Azmin Loyalists Meet At Petaling Jaya Hotel Bersatu S Hamzah Zainuddin Spotted

Azmin Loyalists Meet At Petaling Jaya Hotel Bersatu S Hamzah Zainuddin Spotted

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 257 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 8211 Bernama file photo KUCHING Several top Parti Keadilan Rakyat officials believed to be loyal to the party s deputy president Datuk Seri Mohamed Azmin Ali are meeting at a hotel in Petaling Jaya today leading...
Presiden Gerakan Enggan Ulas Pakatan Baharu Dengan Azmin

Presiden Gerakan Enggan Ulas Pakatan Baharu Dengan Azmin

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 226 hits
By 18 February 2020Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Presiden Gerakan Dominic Lau pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Parlimen Ampang di SJKC Kampung Baru Ampang Ampang Kuala Lumpur foto AFIQ RAZALI 1...
Pakatan Harapan Semakin Caca Merba Azmin Tuduh Amanah Tidak Amanah

Pakatan Harapan Semakin Caca Merba Azmin Tuduh Amanah Tidak Amanah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 141 hits
Dalam keadaan tarikh Pilihan Raya Umum 14 masih menjadi teka teki Pakatan Harapan pula semakin hari semakin berantakan walaupun baru sahaja selesai berkonvensyen di Shah Alam pada awal Januari tahun ini Rupanya disebalik kerusi Parlimen yan...
Azmin Dan 10 Ahli Pkr Keluar Parti Bentuk Blok Bebas Di Parlimen

Azmin Dan 10 Ahli Pkr Keluar Parti Bentuk Blok Bebas Di Parlimen

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 492 hits
Sebelas Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta Gambar failKUALA LUMPUR Sebelas Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti dan meninggalkan Pakatan Harapan bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen Mer...
Senarai Nama Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Bersama Azmin Ali

Senarai Nama Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Bersama Azmin Ali

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 829 hits
KENYATAAN MEDIA24 FEBRUARI 2020Kami Ahli Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN dan muafakat Pakatan Harapan bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen 1 YB Dato Seri Mohamed Azmin AliAhli Parlimen Go...
Azmin Dan Sembilan Mp Lain Sertai Bersatu Sumber

Azmin Dan Sembilan Mp Lain Sertai Bersatu Sumber

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 235 hits
HASPAIZI ZAIN Sumber yang dekat dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa Mohamed Azmin Ali dan sembilan anggota parlimen lain telah menyertai parti itu Ini selepas Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya dalam satu kenyata...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan