Azmin Dahului Rafizi Di Sabah




Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohd Azmin Ali mendahului pencabarnya, Rafizi Ramli, dalam saingan pemilihan parti itu di 12 cabang seluruh Sabah, hari ini.

Menurut sumber, keputusan pemilihan setakat jam 7 malam ini, Azmin mendahului dengan majoriti 342 undi selepas mendapat 5,113 undi berbanding 4,773 undi diterima Rafizi.

Azmin menang di enam cabang iaitu Libaran, Sandakan, Kalabakan, Sepanggar, Beaufort dan Tawau, manakala Rafizi di lima cabang iaitu Kota Kinabalu, Batu Sapi, Tuaran, Sipitang dan Kota Marudu.

Loading...
Setakat ini, hanya keputusan di cabang Keningau belum diketahui.

Sementara itu, bagi pemilihan Ketua Cabang, Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew berjaya mempertahankan jawatannya di cabang Kota Kinabalu.

Christina memperoleh 541 undi manakala pencabarnya, Julian Lai mendapat 106 undi.

Turut mempertahankan kedudukan ialah penyandang Ketua Cabang Sepanggar yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Dr Roland Chia Ming Shen.

Beliau memperoleh 751 undi manakala tiga lagi pencabarnya iaitu Ramlan Naim mendapat 347 undi; Datuk Nani Sakam (148) dan Ali Bidin (38), dalam pertandingan empat penjuru.

Sementara itu, di Batu Sapi, calon wanita, Baby Anne Alsali memenangi jawatan ketua cabang Batu Sapi menewaskan dua calon lain dengan memperoleh 281 undi.

Bekas pemangku ketua cabang bahagian itu menewaskan Abidin Sukor yang mendapat 199 undi dan seorang lagi calon, Umar Baki Aliudin yang memperoleh 185 undi.

Kira-kira 74,000 daripada 150,000 ahli PKR di Sabah layak mengundi pada pemilihan parti itu di 12 cabang seluruh Sabah hari ini manakala selebihnya akan mengundi di 13 lagi cabang esok.

Sementara itu, bagi calon Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar setakat ini dilaporkan mendapat undi tertinggi di cabang Batu Sapi, Tawau, Sepanggar dan Kota Kinabalu, manakala sekadar tempat kelima di Kalabakan.

Pemilihan calon Naib Presiden di Kalabakan menyaksikan Shamsul Iskandar Mohd Akin memperoleh undi tertinggi dengan 499 undi, manakala Nurul Izzah sekadar 244 undi. - BH Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/azmin-dahului-rafizi-di-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Undian Sabah Azmin Selesa Dahului Rafizi 3 295 Undi

Selepas Undian Sabah Azmin Selesa Dahului Rafizi 3 295 Undi

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 375 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pesaingnya Rafizi Ramli dengan majoriti 3 295 undi selepas proses pengundian di Sabah bagi jawatan timbalan presiden PKR Loading Keputusan tidak rasmi menunjukkan Azmin memperoleh 10 467 undi berbandi...
Rafizi Menang Besar Di Perak Dahului Azmin Secara Keseluruhan

Rafizi Menang Besar Di Perak Dahului Azmin Secara Keseluruhan

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 355 hits
Rafizi menang besar di Perak dahului Azmin secara keseluruhanPosted By on October 28 2018Penyandang Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang merebut jawatan timbalan presiden menang besar dalam pemilihan PKR di Perak yang berlangsung hari ini Ra...
Azmin Dahului Rafizi Yakin Baki Empat Negeri Berpihak Padanya

Azmin Dahului Rafizi Yakin Baki Empat Negeri Berpihak Padanya

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR Pemilihan di sembilan negeri dengan Selangor berbaki enam cabang penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti itu Wa...
Azmin Kalahkan Rafizi Pemilihan Pkr Kedah Fasa Dua

Azmin Kalahkan Rafizi Pemilihan Pkr Kedah Fasa Dua

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 370 hits
ZAID MOHD NOOR nbsp 27 Oktober 2018 8 40 PM ALOR SETAR nbsp Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali nbsp berjaya memperkukuhkan keduduk
Tidak Rasmi Rafizi Atasi Azmin 1 229 Undi

Tidak Rasmi Rafizi Atasi Azmin 1 229 Undi

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 363 hits
KEPUTUSAN tidak rasmi Pemilihan PKR setakat ini menyaksikan Rafizi bangkit dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden apabila meninggalkan pencabarnya Mohamed Azmin Foto EPALihat sambungan siri ini E Buku IH 121 Kemelut Dalam Senyum An...
Pemilihan Pkr Rafizi Dakwa Sudah Mendahului Azmin

Pemilihan Pkr Rafizi Dakwa Sudah Mendahului Azmin

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 399 hits
Rafizi Ramli mendakwa sudah berjaya mendahului lawannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam saingan merebut jawatan timbalan presiden PKR selepas menang di Perak Rafizi mendakwa dengan kemenangan di Perak dan perkembangan di Kedah beliau kin...
Azmin Atau Rafizi Jadi Pilihan Pkr Selangor

Azmin Atau Rafizi Jadi Pilihan Pkr Selangor

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 314 hits
MOHD YUNUS YAKKUB 28 Oktober 2018 8 57 AM SHAH ALAM Seramai 61 000 ahli Parti Keadilan Rakyat di enam cabang akan menjadi penentu siapa pilihan PKR Selangor
Pkr Polls Azmin Leads Rafizi By Nearly 4 000 Votes

Pkr Polls Azmin Leads Rafizi By Nearly 4 000 Votes

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 295 hits
Mohamed Azmin Ali has so far secured 60 075 votes PETALING JAYA Mohamed Azmin Ali has taken the lead in the race for the PKR deputy president s post against rival Rafizi Ramli after a round of voting in Sarawak today According to unofficial...
Azmin S Big Victory In Selangor Round 3 Neutralises Rafizi S Perak Win

Azmin S Big Victory In Selangor Round 3 Neutralises Rafizi S Perak Win

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 355 hits
PKR POLLS PKR deputy president incumbent Azmin Ali has retaken the lead after a landslide victory in the third and final round of voting in Selangor According to unofficial results Azmin garnered a total of 4 138 votes to rival Rafizi Ramli...
Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Raub Mp Arrested Over Obstruction Claims

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

3 Lagu Untuk Ana

Dapat Juga Derma Darah Kali Kedua

Resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging Pedas Padu Rahsia Sedap Rempah Buat Sendiri