Azmin Baik Letak Jawatan Lah Menyusahkan Pm Sahaja



Belum selesai dengan kes “video Haziq” yang masih dalam siasatan polis, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali kini berdepan satu lagi beban baru yang jelas menyusahkan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.Ini berikutan sebuah agensi pelancongan memfailkan saman terhadap beliau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menuntut RM328,901 untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel yang belum dibayarnya.Dalam kenyataan tuntutannya itu, YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd berkata Azmin berhutang bagi urusan perjalanan yang diuruskannya antara September 2018 dan Ogos 2019.Mengikut tuntutan tersebut, firma itu telah menempah tiket penerbangan dan penginapan hotel untuk Azmin, keluarganya, rakan-rakan dan kakitangan kementerian.Firma itu berkata, ia telah membayar kepada syarikat penerbangan terlebih dahulu untuk mendapatkan tiket dan sepatutnya akan dibayar kemudian oleh Azmin atau wakilnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.“Selanjutnya, defendan dan/atau wakilnya yang diberi kuasa juga akan membuat pembayaran sebelum umrah dan/atau haji atau sebelum tempoh hari raya terdekat.“Bagaimanapun, dalam hal ini, pembayaran telah tertunggak untuk jangka masa yang lebih lama daripada jangka masa yang disebutkan di atas,” kata firma tersebut dalam tuntutannya.Difahamkan juga, agensi pelancongan itu telah berulang kali menuntut bayaran daripada defendan dan/atau wakilnya, tetapi jumlah terkumpul itu tidak pernah dibayar walaupun jumlah yang dituntut itu tidak pernah dipertikaikan.Difahamkan, pengurusan kes bagi saman itu ditetapkan pada 3 Dis ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.Kenapa hutang sampai tidak dibayar untuk tempoh yang begitu lama sehingga walau sudah dituntut berkali-kali, tetapi tidak juga mahu dibayar?Apa masalah Azmin sebenarnya?Apakah beliau sengaja tidak mahu membayarnya?Sebagai seorang menteri kanan, tentulah tidak logik jika dikata beliau tiada wang untuk membayarnya.Habis, kenapa tidak mahu membayar?Dengan kedudukan sebagai seorang menteri yang sepatutnya memberi kesenangan kepada rakyat, sebaliknya bertindak menyusahkan mereka dengan tidak membayar hutang adalah perbuatan yang tidak patut sama sekali.Dalam hal ini, sedarkah Azmin bahawa tindakannya tidak membayar hutang, walau sudah dituntut berulangkali dan akhirnya menjadi kes mahkamah, beliau sebenarnya telah menyusahkan Tun Mahathir dan memalukan kerajaan serta kabinet?Tidak cukupkah dengan perlakuan beliau sebelum ini yang telah banyak mendatangkan kesusahan kepada Perdana Menteri?Azmin, kalau beginilah satu demi satu onar yang muncur, lebih baiklah undur diri dan letak jawatan sebagai menteri dengan segera.Kasihanlah kepada Tun!! (ShahbudinHusin 05/11/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/azmin-baik-letak-jawatan-lahmenyusahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blog Pkr Terus Desak Azmin Letak Jawatan

Blog Pkr Terus Desak Azmin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 399 hits
Semalam Panglima sudah siarkan blog pro Anwar terus menyerang Azmin Baca posting semalam yang turut menyenaraikan link blog dimaksudkan Hari ini perang terus hangat Dengan isu tunggakan bayaran perjalanan yang gagal diluaskan Azmin Ada kawa...
Memalukan Umno Zahid Perlu Letak Jawatan

Memalukan Umno Zahid Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 409 hits
Zahid tiada kredibiliti untuk dapatkan kerusi parlimen Tanjung Piai dari MCA sampai tahap saya dapat arahan Lebih baik jadi ketua pandu puteri
Tarikh Mahathir Letak Jawatan Pm Anwar Bohong Semasa Temuramah Bbc

Tarikh Mahathir Letak Jawatan Pm Anwar Bohong Semasa Temuramah Bbc

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 572 hits
Ini jawapan Anwar Ibrahim apabila ditekan berulang kali oleh Lyse Doucet wartawan BBC tentang tempoh peralihan kuasa PM Anwar setuju ada perjanjian yang ditandatangani oleh parti parti dalam PH Lihat video Beliau juga setuju perjanjian itu ...
Kejatuhan Umno Bermula Selepas Tun Mahathir Letak Jawatan Rahim

Kejatuhan Umno Bermula Selepas Tun Mahathir Letak Jawatan Rahim

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 520 hits
Astro Awani RAHIM Tanya diri anda sendiri siapa yang berani dan sanggup menebus serta membersihkan imej dan prestij UMNO yang telah punah ranah dan amat dibenci rakyat sekarang ini Astro AWANI Fail KUALA LUMPUR Era keruntuhan UMNO bermula d...
Lebih Sejuta Rakyat Chile Berhimpun Tuntut Presiden Letak Jawatan

Lebih Sejuta Rakyat Chile Berhimpun Tuntut Presiden Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 238 hits
Lebih sejuta rakyat Chile berhimpun tuntut presiden letak jawatan Dikemas kini 56 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Oct 201
Penerbit Komik Kontroversi Letak Jawatan Dalam Jbc

Penerbit Komik Kontroversi Letak Jawatan Dalam Jbc

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 313 hits
Bekas aktivis DAP Hew Kuan Yau meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan Bersama Malaysia China Jelasnya keputusan itu dibuat bagi memastikan operasi majlis itu berjalan dengan susulan bantahan berterusan dan krit...
Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Azmin Berhubung Jawatan Pm Soal Ronnie Liu

Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Azmin Berhubung Jawatan Pm Soal Ronnie Liu

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 392 hits
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Ronnie Liu bersedia untuk dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti itu susulan kenyataannya bersedia membentuk kerajaan Pakatan Harapan tanpa PPBM Beliau bagaimanapun mempersoalkan kenapa Timbalan Pre...
Terkini Pengarang Komik Propaganda Letak Jawatan Ceo

Terkini Pengarang Komik Propaganda Letak Jawatan Ceo

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 440 hits
Foto Superman HewBekas aktivis DAP yang juga pengarang Komik BRI atau Inisiatif Jalur dan Jalan Hew Kuan Yau yang dikritik susulan komik didakwa berunsur propaganda meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan Bersam...
Kecik Kecik Tapi Bau Power

Blok B2 Geng Hantu Multi Kaum

Barisan Nasional Yakin Dapat Rampas Kembali Sabah Berdasarkan 45 Kerusi Yang Ditandingi Dalam Pilihan Raya Negeri Ke 17

Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Evening Sky Residence Scott I Edwards Architecture United States

Intraocular Lens Iol Surgery Mata Kiri

Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut

Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik Dia Pun Datang Sekali


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bawang Goreng

How Licenselounge24 De Helps Small Businesses Choose The Right Windows Setup

Sampah Di Birmingham Krisis Pengurusan Dan Solusi Yang Diperlukan

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Colombia Bikin Geger Rampasan Kokain Besar Besaran Oleh Pihak Berkuasa

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik