Kejatuhan Umno Bermula Selepas Tun Mahathir Letak Jawatan Rahim


Astro Awani RAHIM: Tanya diri anda sendiri siapa yang berani dan sanggup menebus serta membersihkan imej dan prestij UMNO yang telah punah ranah dan amat dibenci rakyat sekarang ini? - Astro AWANI/Fail  KUALA LUMPUR: Era keruntuhan UMNO bermula dari zaman selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden parti itu sehingga ke saat diadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, banyak tanda-tanda keruntuhan dan kerosakan mula terserlah secara perlahan, tersembunyi tetapi semakin membuak ke atas, pada era keruntuhan UMNO.
"Penyakit politik ini bermula dari kepimpinan yang lemah dan kurang kebijaksanaan dalam mentadbir, mengendali masalah-masalah dalaman dan di luar parti, dihempap dengan masalah integriti di mana keputusan-keputusan yang dibuat pemimpin lebih mempamerkan keperluan peribadi dari memanifestasikan kepentingan nasional seperti yang dimandatkan rakyat dalam PRU.

"Situasi semakin hambar dan mengecewakan bila persepsi kepimpinan berubah dari pembelaan untuk rakyat dan negara seperti yang termaktup dalam Perlembagaan UMNO menjadi usaha membeli sokongan dan ketaatan melalui habuan wang serta tawaran pelbagai jawatan secara politik.

"UMNO langsung tersungkur dari persada kuasa negara bila wang dinaikkan pangkat kepada jawatan 'raja segala raja'.

"Pada saat inilah pemimpin telah mencapai satu tahap yang tidak dapat membezakan antara hak rakyat dan negara dengan kepentingan peribadi dan keluarga," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebook miliknya pada Isnin.

Tegasnya, kebanyakan ahli UMNO gagal untuk membaca dan menghayati hakikat laluan sejarah parti itu di negara ini

"Kerana ini, perjuangan UMNO masa kini telah jauh tersasar dari perjuangan asal.

"Kerana ini juga, semangat dan rasa ketaatan dan kesetiaan kepada parti yang telah dipupuk serta diindoktrinasi sekian lama, berdekad atau berpuluh tahun secara tidak disedari telah menjadi semangat ketaksuban negatif, setia secara membuta tuli dan menghayati sindrom penafian di luar kewarasan akal.

"Secara pendekatan historikal, sejarah UMNO di negara ini terbahagi kepada era keruntuhan dan kegemilangan," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, di era kegemilangan UMNO, rakyat termasuk para sejarawan mengakui dan mengiktiraf peranan serta sumbangan parti dalam mentransformasi negara dari sebuah negara miskin, mundur dan tertinggal ke belakang kepada sebuah ekonomi yang maju, makmur dan dinamik.

Jelasnya, era kegemilangan UMNO bermula dari Datuk Onn Jaafar sehinggalah ke zaman Dr Mahathir menerajui parti.

"Rakyat dapat melihat dan merasai bahawa kemiskinan tegar dapat dibanteras, pendemokrasian pendidikan untuk rakyat dari Perlis hingga ke Sabah berjaya direalisasi, hasil pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati rakyat dari peluang-peluang pekerjaan yang tersedia secara meluas.

"Ia termasuk kemudahan infrastruktur yang semakin banyak di merata tempat serta reformasi struktur ekonomi dari hanya bergantung kepada sektor agro kepada sektor perkilangan, perkhidmatan dan komunikasi.

"Inilah era kegemilangan UMNO yang sebenarnya boleh dibanggakan oleh setiap warganegara yang patriotik," tegasnya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/kejatuhan-umno-bermula-selepas-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Mahathir Letak Jawatan Pm Anwar Bohong Semasa Temuramah Bbc

Tarikh Mahathir Letak Jawatan Pm Anwar Bohong Semasa Temuramah Bbc

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 457 hits
Ini jawapan Anwar Ibrahim apabila ditekan berulang kali oleh Lyse Doucet wartawan BBC tentang tempoh peralihan kuasa PM Anwar setuju ada perjanjian yang ditandatangani oleh parti parti dalam PH Lihat video Beliau juga setuju perjanjian itu ...
Memalukan Umno Zahid Perlu Letak Jawatan

Memalukan Umno Zahid Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 306 hits
Zahid tiada kredibiliti untuk dapatkan kerusi parlimen Tanjung Piai dari MCA sampai tahap saya dapat arahan Lebih baik jadi ketua pandu puteri
Dap Hantar Matchai Untuk Dedah Lantikan Politik Dalam Glc Oleh Ppbm Perang Dap Dengan Tun Mahathir Bermula

Dap Hantar Matchai Untuk Dedah Lantikan Politik Dalam Glc Oleh Ppbm Perang Dap Dengan Tun Mahathir Bermula

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 477 hits
DAP YANG RAKUS MELEBARKAN KUASA DAN PENSYARAH UM YANG RASISProf Dr Edmund Terence Gomez atau nama penuhnya Prof Dr Edmund Terence A L Eric Boniface Gomez pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM dilaporkan secara meluas menghentam ...
Tun Mahathir Kesal Kecewa Orang Melayu Dilabel Rasis

Tun Mahathir Kesal Kecewa Orang Melayu Dilabel Rasis

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 355 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tuduhan bahawa orang Melayu dan bumiputera di negara ini bersikap rasis apabila mengadakan perhimpunan bagi membincangkan nasib dan masa depan mereka ...
Some Voters Still Think I M Umno President Says Mahathir

Some Voters Still Think I M Umno President Says Mahathir

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 275 hits
PPBM and Pakatan Harapan chairman Dr Mahathir Mohamad says he will go to Tanjung Piai on Wednesday PUTRAJAYA Dr Mahathir Mohamad is going to Tanjung Piai to campaign for the Pakatan Harapan candidate in the by election there because some vo...
Tun Mahathir Setuju Peralihan Kuasa Dibincang Dalam Majlis Presiden

Tun Mahathir Setuju Peralihan Kuasa Dibincang Dalam Majlis Presiden

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 304 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Mahathir Mohamad bersetuju untuk membincangkan isu peralihan jawatan perdana menteri antara beliau dan Presiden PKR Anwar Ibrahim dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH Kalau nak bincang boleh bincang ...
Zahid Does Not Endorse Umno Mps Support For Dr Mahathir

Zahid Does Not Endorse Umno Mps Support For Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 314 hits
Calls for Tun Dr Mahathir Mohamad to serve his full term as premier isn t Umno s official stand says party president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi That is not Umno s official stand and I respect any personal opinion At present our stand ...
Mahathir Mesti Berterus Terang Nak Serah Jawatan Atau Nak Jadi Om Sampai Habis Penggal

Mahathir Mesti Berterus Terang Nak Serah Jawatan Atau Nak Jadi Om Sampai Habis Penggal

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 500 hits
Isu peralihan kuasa sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila hari ini enam Ahli Parlimen UMNO secara tiba tiba tampil menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad agar terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal Enam Ah...
Pihak Berkuasa Penerbangan Akui Kekurangan Umum Ceo Letak Jawatan

Pihak Berkuasa Penerbangan Akui Kekurangan Umum Ceo Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 271 hits
Pihak berkuasa penerbangan akui kekurangan umum CEO letak jawatan nbsp Dikemas kini 56 minit yang lalu Diterbitkan pada 12
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash