Azmin Ali Yang Bertindak Meninggalkan Kongres Nasional


AYER KEROH – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertindak meninggalkan Kongres Nasional bersama tiga Naib Presiden dan 22 MPP hari ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, beliau kecewa kerana kongres bertindak melanggar persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak pada perjumpaan dengan Anwar pada 4 Disember lalu.

“Harapan kami supaya ucapan dasar Presiden patut beri fokus kepada hala tuju yang lebih inklusif ternyata meleset sama sekali.

“Presiden sebut kisah Si Kitul jelas terus beri serangan peribadi kepada anggota PKR. Sesi penganugerahan di kongres juga provokatif,” katanya dalam siang media di sebuah hotel berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), hari ni.Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali bercakap pada sidang media mengenai Kongres Nasional Keadilan ke-14 di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 07 DISEMBER 2019

Hadir sama dua Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua, Ali Biju bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), R Sivarasa.

Kenyataan itu turut ditandatangani oleh 22 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bersama Ketua Wanita PKR, Haniza Talha, Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham.

Malah kata Azmin, ucapan Presiden hanya mengangkat satu impian sahaja dan melemparkan tohmahan kepada pemimpin.

Azmin berkata tindakan itu diambil setelah presiden gagal untuk memenuhi kerangka dan parameter yang telah dipersetujui dalam mesyuarat dengan Anwar.

“Kegagalan presiden penuhi janjinya untuk patuh kepada kerangka dan parameter perubahan yang dipersetujui bersama.

“Kami buat keputusan adalah tidak munasabah untuk kami terus berada dalam dewan perbahasan dengan kenyataan provokatif yang ditonjolkan dalam kongres ini,” katanya lagi.

Azmin mendakwa mesyuarat yang dihadiri beliau dengan Anwar telah menetapkan empat persetujuan antaranya, meneruskan tradisi Timbalan Presiden untuk merasmikan sayap Wanita dan AMK.

Kedua, perbahasan daripada perwakilan hanya akan menumpukan kepada isu dan dasar untuk mempersada serta mengukuhkan parti.

Ketiga, kedua-dua pemimpin bersetuju supaya komposisi pembahas yang akan dijadualkan akan adil dan menjunjung agenda parti.

Akhir sekali adalah tidak membenarkan mana-mana perwakilan bertindak menyinggung mana-mana pihak dalam sesi perbahasan, hari ini. 
-MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2019/12/azmin-ali-yang-bertindak-meninggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Tersingkir Akhirnya Anwar Ibrahim Terpaksa Tunduk Pada Azmin Ali

Takut Tersingkir Akhirnya Anwar Ibrahim Terpaksa Tunduk Pada Azmin Ali

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 535 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim secara tiba tiba bersetuju membenarkan timbalannya Azmin merasmikan Kongres Tahunan Pemuda PKR 2019 yang dijadualkan berlangsung di Melaka Kerelaan Anwar secara tiba tiba timbangkan semula pemecatan Zakaria dan me...
Sokongan Kepada Anwar Waktu Susah Dan Senang Jom Bertemu Di Kongres Nasional Keadilan Di Mitc Melaka Hujung Minggu Ini

Sokongan Kepada Anwar Waktu Susah Dan Senang Jom Bertemu Di Kongres Nasional Keadilan Di Mitc Melaka Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 387 hits
KEADILAN bukan parti Anwar dan Anwar bukan KEADILAN Namun siapa boleh nafikan KEADILAN itu wujud dek batang tubuh insan bernama Anwar Bahkan reformasi itu sendiri mula menjadi sebutan kerana peristiwa pemecatan ke atas Anwar Ibrahim dari Um...
Azmin Dan Sekutu Tak Hadir Hari Terakhir Kongres Pkr

Azmin Dan Sekutu Tak Hadir Hari Terakhir Kongres Pkr

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 423 hits
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali tidak kelihatan pada hari terakhir Kongres Nasional parti di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka hari ini Selain Azmin Naib Presiden Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita PKR Haniza Talha dan timbalannya Dr ...
Azmin Rasmikan Kongres Amk Kalau Tak Kerana Azmin Pru 14 Tak Menang

Azmin Rasmikan Kongres Amk Kalau Tak Kerana Azmin Pru 14 Tak Menang

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 364 hits
Tian chua tidak lagi menguasai Akhbar Suara Keadilan Kehulu kehilir ikut Anwar akhirnya kecewa dan kerana Anwar tidak kenang jasa Habs yang dibawah ni tak banyak pun tuntut walau tak masuk penjara Azmin rasmikan kongres AMK Ada video memapa...
Di Tuduh Sebagai Pengkhianat Kamu Belum Kenal Azmin Ali

Di Tuduh Sebagai Pengkhianat Kamu Belum Kenal Azmin Ali

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat mengkritik pedas perjalanan Kongres Nasional PKR yang berlangsung di Melaka baru baru ini Dalam ucapannya di majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Ber...
Provokasi Penampilan Azmin Sendiri Lebih Jadi Punca Perwakilan Kongres Meluat Dengannya

Provokasi Penampilan Azmin Sendiri Lebih Jadi Punca Perwakilan Kongres Meluat Dengannya

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 261 hits
Dalam sidang medianya selepas keluar dewan kongres semalam dan kemudian diikuti ratusan penyokongnya yang turut berbuat demikian Azmin Ali menuduh Anwar Ibrahim mungkir janji berhubung ucapan ucapan perwakilan Beliau mengungkit mengenai beb...
Kekecohan Semasa Kongres Nasional Amk Biadab Kata Anwar

Kekecohan Semasa Kongres Nasional Amk Biadab Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 699 hits
By 6 December 2019Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre Ayer Keroh Melaka foto IQBAL BASRI 06 DISEMBER 2019...
Azmin Jumpa Anwar Janji Hadir Kongres

Azmin Jumpa Anwar Janji Hadir Kongres

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 371 hits
Diterbitkan Hari ini 6 47 petangBERITAKetika spekulasi berhubung pergeseran dalam PKR timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya dari kalangan pimpinan pusat yang dipilih akan bermesyuarat dengan presiden mereka Anwar Ibrahim d...
Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Aisha Retno Tak Adil Chord

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Kuih Kegemaran Etuza

Lirik Lagu Rahsia Hati Ibu Fateh Family

Perhimpunan Di Kl Anggota Polis Cedera Dalam Pergelutan Selepas Peserta Bakar Suar

Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat Netizen Terhibur Video

Coolblog Love At First Bite

Sakit Ini Biar Jadi Rahsia