Azmin Ali Makin Cemas
Azmin Ali Makin Cemas? | Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali mengajak Umno kembali ke meja rundingan untuk membincangkan tentang kerusi tradisi parti itu yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14
Isu tersebut dikatakan merupakan salah satu faktor keretakan hubungan antara Umno dan Bersatu setelah 13 kerusi berkenaan yang dimenangi Umno pada PRU ke-14 kini dipegang Bersatu setelah wakil rakyatnya lompat parti.
BN sebelum ini memberi amaran bahawa ia akan mempertahankan semua kerusi tradisinya sama ada yang dimenangi pada PRU14 atau pilihan raya kecil
Namun, Azmin percaya bahawa tidak wajar mengorbankan kerjasama dalam kerajaan dan politik hanya kerana perselisihan kerusi.
Azmin Ali Makin Cemas?"Hanya 13 kerusi yang menjadi pertikaian. Yang dikatakan mereka menang atas tiket parti lain (Umno) dan kemudian mereka pindah ke parti lain (Bersatu).
“Tetapi pertanyaan saya ialah apakah dengan 13 kerusi ini kita mahu musnahkan 222 kerusi lagi?
“Apakah kerana 13 ini kita mahu runtuhkan sebuah kerajaan yang kita bina bersama? Maka saya ingin ambil pendekatan, jika itulah isunya, ayuh mari kita tumpu perbincangan terhadap 13 kerusi ini. Itu pendekatan yang patut diambil,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian baru-baru ini.
13 kerusi itu ialah Tasek Gelugor (dimenangi oleh Shabudin Yahaya), Bagan Serai (Dr Noor Azmi Ghazali), Larut (Hamzah Zainuddin), Bukit Gantang (Syed Abu Hussin Hafiz), Sabak Bernam (Mohd Fasiah Mohd Fakeh), Masjid Tanah (Mas Ermieyati Samsudin), Mersing (Abdul Latiff Ahmad), Jeli (Mustapa Mohamed), Tanah Merah (Ikmal Hisham Abdul Aziz), Hulu Terengganu (Rosol Wahid), Beaufort (Azizah Mohd Dun), Beluran (Ronald Kiandee), Kudat (Abd Rahim Bakri), Libaran (Zakaria Mohd Edris), dan Sipitang (Yamani Hafez Musa).
Azmin Ali Makin Cemas?“Saya tidak kata 13 kerusi ini tiada masalah. Kalau itulah yang menjadi tuntutan mereka, ayuh kita bincang. Jangan kerana 13 kerusi Parlimen ini seluruh kerajaan mahu diruntuhkan. Saya rasa itu tidak adil," tambah Azmin lagi.
Azmin, yang juga pengarah pilihan raya PN, mengatakan gabungan itu sudah mempunyai formula mengenai pembahagian kerusi untuk PRU15.
“Kita telah ada satu kerangka tentang bagaimana pengagihan kerusi ini patut dijalankan. Sebagai contoh, kerusi-kerusi penyandang harus dihormati dan dipertahankan. Contohnya, kerusi Parlimen Pagoh telah dimenangi oleh Bersatu maka kekal milik Bersatu.
“Kerusi Marang yang dimenangi PAS, maka kekal untuk PAS. Soal calon, itu hak parti masing-masing. Tetapi sekurang-kurangnya sudah ada satu formula pengagihan untuk dimulakan. Mungkin kerusi-kerusi yang belum dimenangi, kita bawalah ke meja rundingan. Kita lihat kekuatan parti masing-masing,” kata ahli parlimen Gombak itu.
Azmin Ali Makin Cemas?Umno sebelum ini mengumumkan menamatkan kerjasama dengan PN dan hanya menyokong kerajaan sehingga parlimen dibubarkan.
Bersatu, sebaliknya, mengatakan bahawa ia akan mengeratkan hubungan dengan sekutunya dalam gabungan PN. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.addindeen.com/2021/03/azmin-ali-makin-cemas.html