Azizulhasni Persis Chong Wei



‘Azizulhasni persis Chong Wei’ . KARAKTER dimiliki jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang diyakini mampu memacu kontinjen 30 (K30) atlet negara dalam saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk memadamkan episod duka semasa edisi Rio pada 2016 lalu.
Malah menurut legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek, jaguh berbasikal berusia 33 tahun bergelar The Pocket Rocketman dilihat sebagai karakter utama yang merealisasikan hasrat kilauan emas pertama negara pada ketika ini.
“Andai kita tengok karakter Azizulhasni, saya yakin dia mampu mencipta impak lebih positif pada temasya kali ini kerana dia memiliki karakter a fighter sama seperti Datuk Lee Chong Wei seperti dibuktikan pada edisi Rio 2016 sebelum ini.
“Sejujurnya menerusi pengamatan saya sebagai bekas atlet, Azizulhasni memiliki karakter yang tidak mudah mengaku kalah jadi inilah elemen paling penting apabila bertarung dalam temasya besar seperti ini.
“Saya percaya karakter dimiliki Azizulhasni mampu menjentik semangat juang atlet K30 lain dalam memberikan aksi terbaik dalam setiap pertandingan disertai masing-masing,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.
Edisi Tokyo 2020 yang bakal menyingkap tirai 23 Julai ini disifatkan sebagai edisi Sukan Olimpik norma baharu yang penuh cabaran dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam usaha kerajaan Jepun memutuskan rantaian pandemik Covid-19.
K30 negara bakal diketuai dua pembawa Jalur Gemilang, iaitu jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan pemain beregu campuran, Goh Liu Ying.
Mengulas lanjut Jalani berkata, dua lagi sukan yang menjadi sandaran pingat negara di Tokyo 2020 juga perlu lebih berwaspada dengan ancaman pencabar utama China yang kekal berahsia sepanjang melakukan persiapan ke Jepun.
“Untuk badminton sudah tentu saya dan komuniti badminton mengharapkan pemain-pemain negara akan mempamerkan aksi lebih baik lagi dari edisi Rio 2016 sebelum ini, dengan Zii Jia menjadi sandaran meneruskan aura positif seperti ketika di Kejuaraan Seluruh England lalu.
“Untuk Chan Peng Soon-Liu Ying, pengalaman di Rio 2016 lalu akan menjadi taruhan berguna, namun dengan situasi norma baharu di Tokyo 2020 mereka perlu bekerja lebih keras lagi di sebalik peluang untuk kem badminton membawa pulang pingat tetap cerah.
‘Surat Azmin’ digunakan untuk balik kampung – TPM

“Bagi terjun, kematangan Pandelela Rinong yang pernah menyertai pertandingan berintensiti tinggi dan menghasilkan keputusan positif buat negara,” katanya.
Ditanya sama ada sukan lain mampu menghadirkan keputusan positif, Jalani percaya setiap atlet K30 negara mampu mencipta kejutan masing-masing dalam edisi Tokyo 2020 norma baharu pada kali ini dengan syarat mempunyai mentaliti menang dalam diri masing-masing.
“Tokyo 2020 kali ini tidak seperti edisi Rio 2016, London 2012 dan lain-lain kerana persiapan setiap negara penuh misteri tambahan pula semua pihak sedang dalam tempoh masa memerangi pandemik Covid-19.
“Namun, saya percaya ke semua atlet negara yang layak secara merit atau wild card, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri untuk membuktikan sesuatu demi nusa dan bangsa pada temasya lima tahun sekali ini.
“Tokyo 2020 norma baharu ini sebenarnya menyediakan peluang yang seimbang sama rata untuk semua atlet melakar kejayaan berikutan pelbagai kekangan sebelum ini, namun apa yang penting adalah setiap atlet perlu melakukan homework mengenai lawan masing-masing sebelum pertandingan, selain memastikan kesihatan dan prestasi sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya.
Pada masa sama Jalani menasihati atlet negara untuk lebih bijak mengawal emosi masing-masing dalam mengharungi temasya sukan terbesar dunia yang luar biasa pada kali ini.
“Saya percaya atlet negara akan diuji dengan pelbagai cabaran pematuhan SOP yang ketat dan penuh disiplin oleh penganjur Tokyo 2020, selain cabaran berdepan atlet negara lain semasa hari pertandingan masing-masing.
“Namun dalam hal ini, mentaliti setiap atlet negara kena kuat dan perlu hadam situasi begini, atlet negara lain pun berdepan situasi sama. Jangan jadi alasan kekangan SOP ini menyebabkan kita tidak boleh perfom di Tokyo,” katanya.
‘Azizulhasni persis Chong Wei’ Baca Artikel Menarik :
Ciapan Takiyuddin mendapat reaksi Puad dan Shabery Sesak di tol Gombak, rentas untuk sambut Aidiladha? Najib bela Ebit Liew Ameera Khan Dikecam Lagi, Bertudung Tapi Baju Ketat Penduduk resah kemunculan keranda terbang, hantu ketuk pintu Resepi Biskut Arab 3 Warna Layari Laman Facebook MYKMU
 
Polis sahkan ‘Surat Azmin’ kini tidak laku untuk rentas negeri

The post ‘Azizulhasni persis Chong Wei’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/18/azizulhasni-persis-chong-wei/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Olimpik Tokyo 2020 Chong Wei Sah Tidak Ke Jepun

Olimpik Tokyo 2020 Chong Wei Sah Tidak Ke Jepun

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 289 hits
Ketua Kontinjen Malaysia ke sukan Olimpik Tokyo Datuk Lee Chong Wei tidak akan ke Jepun atas faktor kesihatan dan nasihat doktor yang tidak membenarkannya ke luar negara Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang m...
Panas Wei Shahidan Kassim Kena M Kl Dia 0d0 Macam Lemb

Panas Wei Shahidan Kassim Kena M Kl Dia 0d0 Macam Lemb

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 166 hits
YB Arau Dato Sri Dr Shahidan Kassim telah dibidas oleh bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO YBhg Dato Lokman Noor Adam kerana memberi intepretasi yang salah bahawa Perhimpunan Agung UMNO telah mewajibkan UMNO untuk menyokong Kerajaan Peri...
Persatuan Anak Raub Tolak Pelantikan Chong Sin Woon Untuk Selesai Isu Kebun Haram

Persatuan Anak Raub Tolak Pelantikan Chong Sin Woon Untuk Selesai Isu Kebun Haram

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Anak Raub menolak sekeras kerasnya pelantikan Chong Sin Woon yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas MCA mengenai isu tanah haram musang king Hal ini jelas kerana tindakan tindakan yang dibuat oleh Sin Woon ...
Isu Kebun Musang King Persatuan Anak Raub Tolak Tindakan Mca Lantik Chong

Isu Kebun Musang King Persatuan Anak Raub Tolak Tindakan Mca Lantik Chong

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 297 hits
Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon PETALING JAYA Persatuan Anak Raub menolak sekeras kerasnya tindakan MCA melantik Chong Sin Woon sebagai pengerusi jawatankuasa khas MCA mengenai isu tanah haram musang king di Raub Dalam satu kenyataan Se...
Dah Datang Feeling Dia Tu Bukan Main Aafiyah Berjoget Menyanyi Pun Gaya Persis Datuk Siti

Dah Datang Feeling Dia Tu Bukan Main Aafiyah Berjoget Menyanyi Pun Gaya Persis Datuk Siti

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 170 hits
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Darah seni yang mengalir dalam tubuh si comel Aafiyah sudah pastinya datangnya dari aura kehebatan luar biasa penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tidak hairanlah si comel Aafiyah kini ...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party