Azizul Amy Penerima Anugerah Olimpian 2018


KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang dan gimnas, Amy Kwan masing-masing dinobatkan penerima Anugerah Olimpian Terbaik 2018 buat julung kalinya di sini malam ini.
Dalam Majlis Anugerah dan Makan Malam Tahunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke-25 itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail menyampaikan hadiah wang tunai RM10,000 dan juga pingat Olimpian.
Biarpun permulaan tahun ini menyaksikan Azizulhasni berdepan dengan jangkitan virus sehingga menyebabkan dia tidak dapat mempertahan jersi pelangi pada Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Mac lalu selain pulang dengan tangan kosong ketika Sukan Komanwel Gold Coast, dia bangkit di Sukan Asia Jakarta dengan membolot satu emas, satu perak dan satu gangsa, masing-masing dalam acara pecut individu, pecut berpasukan dan juga keirin.
“Anugerah ini akan saya jadikan sebagai sumber motivasi dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo. Terima kasih saya ucapkan kepada MOM, Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga Institut Sukan Negara (ISN) yang sentiasa menyokong karier saya sebagai atlet,” katanya yang tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di London bagi menyertai siri Piala Dunia.
“Selepas di London, saya akan terus ke Kejohanan Trek Asia di Jakarta dan kemudian sambung Piala Dunia di New Zealand. Jadual musim ini sehingga tahun hadapan agak padat namun ini semua sebagai persiapan untuk saya ke Olimpik Tokyo nanti,” kata The Pocket Rocketman itu yang menjadi pelumba basikal kedua menerima anugerah itu selepas Josiah Ng yang memenanginya pada 2004.
Sementara itu, Amy yang muncul atlet gimnastik berirama pertama mencipta sejarah merangkul anugerah berkenaan berkata, dia terkejut dan langsung tidak menyangka dinobatkan penerima anugerah Olimpian Terbaik untuk tahun ini.
Pencapaian dua emas dan dua perak di Sukan SEA Kuala Lumpur, selain turut cemerlang di temasya Komanwel apabila meraih emas acara riben, perak (berpasukan dan individu keseluruhan) serta gangsa (gelung) membolehkannya meraih anugerah berprestij itu.
“Saya langsung tidak sangka dinobatkan penerima anugerah ini. Ia pembakar semangat saya untuk kembali berlatih biarpun baru menjalani pembedahan buku lali kiri minggu lalu.
“Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada saya kerana setiap daripada mereka memainkan peranan penting dalam menyokong apa yang saya lakukan sehingga berjaya ke peringkat ini. Tanpa mereka saya tidak akan sampai ke tahap seperti sekarang,” kata Amy, 23.
Amy turut mengucapkan terima kasih kepada MOM, Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Naib Presiden MGF Petrina Low dan semua jurulatih dan pengadil selain Kementerian Belia dan Sukan, MSN, ISN dan Kementerian Pendidikan kerana sokongan yang diberikan.
MOM turut menyampaikan Anugerah Khas MOM kepada pemain badminton wanita, Goh Jin Wei dan juga pasukan hoki lima sebelah negara yang menjadi penyumbang pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Belia ketiga di Buenos Aires. Kejayaan mereka turut menyenaraikan nama mereka di Malaysia Book of Record sebagai atlet pertama Malaysia memenangi emas acara individu dan juga berpasukan di Sukan Olimpik Belia.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan wang tunai RM10,000, Trofi Khas dan juga sijil Malaysia Book of Record manakala pasukan hoki menerima RM18,000, Trofi Khas dan juga sijil Malaysia Book of Record.
The post Azizul, Amy Penerima Anugerah Olimpian 2018 appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/azizul-amy-penerima-anugerah-olimpian-2018/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azizulhasni Amy Kwan Dinobat Olimpian Majlis Olimpik Malaysia 2018

Azizulhasni Amy Kwan Dinobat Olimpian Majlis Olimpik Malaysia 2018

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 588 hits
Azizulhasni Awang jaguh berbasikal trek negara dan gimnas berirama negara Amy Kwan Dict Weng dinobatkan sebagai Olimpian Majlis Olimpik Malaysia 2018 pada Rabu lalu Kedua dua atlet itu berjaya dinobatkan sebagai Olimpian berdasarkan prestas...
Senarai Penerima Nona Superwoman Award 2018

Senarai Penerima Nona Superwoman Award 2018

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 772 hits
Penganjuran Nona Superwoman 2018 oleh majalah Nona seiring dengan kempen Nona Superwoman bagi meraikan golongan wanita yang telah banyak memberi inspirasi serta melakar kejayaan dalam bidang masing masing Bertemakan Inspirasi Wanita Bermula...
Anugerah Belai Diri 2018 Uroot Spa

Anugerah Belai Diri 2018 Uroot Spa

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 431 hits
Badan Lebih Ringan Terasa Segar Urut badan sering menjadi pilihan untuk mengatasi rasa penat letih serta melonggarkan sendi tubuh yang tegang setelah lama bekerja Urutan Tubuh Terbaik Manfaat utama urutan badan sudah tentu tubuh yang terasa...
Datin Nur Shahida Tercalon Dalam Penerima Anugerah Superwoman Nona

Datin Nur Shahida Tercalon Dalam Penerima Anugerah Superwoman Nona

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 620 hits
shahidadherbs Alhamdulillah rezeki tercalon dalam penerima Anugerah Superwoman Nona Tak sangka pula sebab saya ni rasa kerdil sangat dikalangan mereka yang lain apapun terima kasih kepada majalahnona kiffyrazak nona kerana memberi pengharga...
Anugerah Belai Diri Jelita 2018 The Nail Parlour

Anugerah Belai Diri Jelita 2018 The Nail Parlour

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 578 hits
Serlahkan Pesona Diri Dengan Jemari Nan Rapi Selain wajah kuku memainkan peranan penting dalam menentukan penampilan seseorang Jemari yang bersih mencerminkan keperibadian unggul anda Rawatan Tangan Dan Kaki Di Salon Terbaik Tidak manis pul...
Daftar Penerima Penghargaan Pupr Tahun 2018

Daftar Penerima Penghargaan Pupr Tahun 2018

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 442 hits
Daftar Penerima Penghargaan PUPR Tahun 2018 Kepada Pemerintah Daerah yang menjadi pemenang Penghargaan PUPR 2018 akan diberikan bantuan program senilai Rp 20 miliar
Anugerah Belai Diri 2018 Asterspring

Anugerah Belai Diri 2018 Asterspring

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 421 hits
Rawatan Oksigen Untuk Serlahkan Cahaya Wajah Tahukah anda yang kulit juga perlukan oksigen optimum untuk kesihatannya Justeru tingkatkan seri semula jadi dengan Terapi Oxygenating Vitalzyme daripada AsterSpring Perawatan Penghidratan Wajah ...
Siti Nurhaliza Terima Anugerah Tourism Icon Award 2018

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Tourism Icon Award 2018

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 1126 hits
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mendapat Anugerah Tourism Icon kategori Selebriti pada malam Anugerah Emas Malaysia Tourisan Council Majlis yang berlangsung di Palace Of The Golden Horses Seri Kembangan itu menya...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keterasingan Integriti Dan Kuasa Pembeza

Last Supper In 2025 Hello 2026

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut