Anugerah Belai Diri Jelita 2018 The Nail Parlour
Serlahkan Pesona Diri Dengan Jemari Nan Rapi
Selain wajah, kuku memainkan peranan penting dalam menentukan penampilan seseorang. Jemari yang bersih mencerminkan keperibadian unggul anda.
Rawatan Tangan Dan Kaki Di Salon Terbaik
Tidak manis pula rasanya, jika wajah dirias sempurna tetapi kuku terabai, lebih teruk jika dibiar kotor. Jika anda tidak mahir untuk merias kuku sendiri, apa kata luangkan masa untuk berkunjung ke The Nail Parlour.
The Nail Parlour ialah salon khusus untuk penjagaan tangan dan kaki dengan tawaran rawatan menggunakan bahan semula jadi dalam suasana salon yang mewah dan selesa. Siapa yang tidak mahu kukunya dibelai rapi pakar terlatih dan profesional, bukan? Hasilnya, jemari anda kelihatan kemas dan bersih.
Alami sendiri pengalaman menarik ini dengan mencuba rawatan:
Jessana Spa Manicure, RM85
Khas untuk merawat dan melindungi kuku anda. Rawatan intensif ini diperhebatkan dengan dua inovasi teknologi iaitu berfungsi sebagai rawatan anti penuaan pada kulit dan juga meningkatkan kesihatan dan kecantikan kuku anda.
Kuku anda akan dipotong dan dibersihkan dengan lapisan Whip Conditioning Cuticle Soufle. Kemudian, pergelangan tangan dengan lengan dilumurkan dengan skrub Jessana Exfoliator. Langkah ini adalah untuk membuang sel kulit mati yang terperangkap di dalam lapisan kulit. Selepas itu, kedua belah tangan anda disapukan pelembap daripada kolagen marin dan ekstrak alga yang bertindak untuk memberikan kelembapan pada kulit. Akhir sekali, tangan anda akan diurut dengan Jessa Silk Marine Collagen Gel yang membantu melembut dan menganjalkan kulit tangan anda.
Zenspa Heal Spa Pedicure, RM110
Rawatan kaki dengan lapan langkah mudah utuk merawat dan melindungi sepasang kaki anda, agar ia lebih lembut dan licin. Pakar terapi akan menyental bahagian tumit kaki bagi menyingkir sel kulit mati dengan menggunakan skrub daripada betik hijau sebagai ekstrak utama. Kulit kaki lebih bersih, sihat dan lembut.
Anda boleh berkunjung ke:
S113A, 2nd Floor, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya (03-7710 4908)
401B, 4th Floor, Suria KLCC, Kuala Lumpur (03-2163 4908)
Lot L6.48.00, Level 6, Pavilion Shopping Centre (03-2110 4908)
S-070, 2nd Floor, Mid Valley Megamall (03-2287 2908)
UG13A, Upper Ground Floor, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya (03-5638 2908)
70A, Level UG, Publika Shopping Gallery (03-6205 4908)
UG23, Level UG, Paradigm Mall (03-7887 3908)
LUXE by The Nail Parlour, Lot 401J, Level 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur (03-2166 4908)
Waxalon Luxe by The Nail Parlour, S-069, 2nd Floor, Mid Valley Megamall (03-2287 4908)
Waxalon by The Nail Parlour, L1-47, 1st Floor, IOI City Mall (03-8328 0632)
Atau layari www.nailparlour.com untuk senarai penuh lokasi cawangan.
The post Anugerah Belai Diri Jelita 2018: The Nail Parlour appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://herinspirasi.com/fesyen-kecantikan/anugerah-belai-diri-jelita-2018-the-nail-parlour/