Aziz Bari Terlibat Dalam Mesyuarat Lantik Syarikat Urus Sisa Pepejal Di Perak



MALAYSIAKINI
Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata Adun Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari terlibat dalam mesyuarat pada 2019 yang melantik syarikat yang akan menguruskan sisa pepejal di negeri Perak.

Hasnul yang kini merupakan Adun Bebas selepas meninggalkan Amanah Mac lalu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Adun DAP itu yang membangkitkan perkara itu hari ini.
"Abdul Aziz semasa memegang Portfolio Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau telah terlibat pada tahun 2019 di dalam mesyuarat yang meluluskan syarikat Mainiza Teknitek Recowaste Sdn Bhd (MTR) bagi melakukan ketekunan wajar bagi tujuan penswastaan sisa pepejal.
"Mesyuarat pada masa itu juga telah bersetuju secara dasar untuk syarikat MTR bersama-sama sebuah syarikat milik kerajaan negeri Perak untuk pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam," katanya.
Hasnul mengeluarkan kenyataan itu selepas Abdul Aziz menggesa kerajaan Perak menjelaskan alasan menganugerahkan kontrak pengurusan sisa pepejal tanpa melalui tender terbuka.
Kata Abdul Aziz tindakan "mengejut, tidak telus, dan merugikan rakyat" itu bersifat monopoli dan dibimbangi menyebabkan kenaikan harga atau caj perkhidmatan.
Untuk rekod, pada 15 Jun, Majuperak Holdings Berhad (MHB), yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa ia mengadakan usaha sama dengan syarikat swasta MTR.
Notis itu dikeluarkan setelah MTR memberitahu MHB bahawa kerajaan negeri telah bersetuju untuk melantik kedua-dua syarikat tersebut untuk menjalankan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Perak.
Sementara itu, Hasnul berkata MTR bukan syarikat PN17 (syarikat bermasalah).
"MHB tidak pernah mengalami sebarang situasi yang boleh mengheret syarikat tersebut untuk tersenarai di bawah kategori PN17.
"Ini bermakna MHB masih sebuah syarikat yang utuh tanpa sebarang masalah kewangan yang serius," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk rekod, Aziz Bari dalam kenyataannya sebelum ini tidak merujuk kepada MHB dan bukannya MTR sebagai syarikat PN17.

Hasnul turut menjelaskan bahawa MTR adalah sebuah syarikat usahasama antara Syarikat Mainiza Mantap Sdn Bhd dan Teknitek Services Sdn Bhd yang telah beroperasi selama 20 tahun dalam aktiviti kutipan sisa pepejal, pembersihan awam dan pengurusan sisa berjadual di beberapa negeri di Malaysia.
Katanya, syarikat itu mempunyai aset berupa 300 unit lori compactor dan 150 unit RoRo dengan menggunakan khidmat kontraktor E-Idaman, Alam Flora dan KDEB.
"Pelantikan MTR adalah berdasarkan pengalaman, kemampuan kewangan dan kapasiti aset," katanya.
Mengulas persoalan mengapa syarikat MTR dari Selangor berkhidmat di negeri Perak, Hasnul berkata ia adalah umpama mempersoalkan Abdul Aziz yang berasal dari Selangor tapi berkhidmat sebagai Adun di negeri Perak.
Katanya, konsesi itu diberikan kepada syarikat berkenaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan maklum balas dalam menangani aduan yang lebih efisien dengan mewujudkan “One Stop Center” tanpa kenaikan harga.
"Kerjasama konsesi ini dapat memastikan pengalaman MTR dapat diturunkan kepada kontraktor-kontraktor tempatan sedia ada dan baharu yang akan dilantik sebagai kontraktor di bawah konsesi Majuperak MTR.
"Model penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah berbeza daripada model konsesi yang sedia ada yang diperkenalkan pada tahun 2011.
"Model penswastaan ini akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan PBT," katanya.
Hasnul juga menegaskan bahawa melalui model itu, kerajaan negeri melalui syarikat milik kerajaan negeri Perak iaitu MHB mempunyai lebih autonomi untuk menentukan hala tuju penswastaan berkenaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/aziz-bari-terlibat-dalam-mesyuarat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarikat Dan Parti Politik Dibenar Adakan Mesyuarat Agung Mulai 1 Julai

Syarikat Dan Parti Politik Dibenar Adakan Mesyuarat Agung Mulai 1 Julai

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 245 hits
SYARIKAT dan persatuan termasuk parti politik boleh mengadakan mesyuarat agung dan seminar mereka mulai 1 Julai kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini Menurutnya keputusan itu dibuat selepas Pejabat Pendaftaran Pertubuhan mengemuka...
Kerajaan Tidak Terlibat Pelan Menyelamat Syarikat Penerbangan Seperti Yang Difitnahkan

Kerajaan Tidak Terlibat Pelan Menyelamat Syarikat Penerbangan Seperti Yang Difitnahkan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan tidak terlibat dalam pelan menyelamatkan syarikat penerbangan walaupun terjejas teruk oleh pandemik Covid 19 berikutan perniagaan mereka dijalankan secara komersial kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz Kement...
Syarikat Dari Malaysia Lemon Sky Studios Terlibat Dengan Pembangunan Tlou Part Ii

Syarikat Dari Malaysia Lemon Sky Studios Terlibat Dengan Pembangunan Tlou Part Ii

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 240 hits
Sekali lagi mereka mencipta sejarah dengan penglibatan mereka didalam pembangunan permainan video berskala AAA Studio yang bukan lagi calang calang dikalangan orang industri Lemon Sky Studio Studio yang terletak di Malaysia ini terlibat did...
Kerajaan Amerika Mula Membenarkan Syarikat Teknologi Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Pembangunan Teknologi 5g

Kerajaan Amerika Mula Membenarkan Syarikat Teknologi Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Pembangunan Teknologi 5g

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 262 hits
Hampir setahun yang lalu kerajaan Amerika Syarikat mengumumkan bahawa mereka tidak akan membenarkan Huawei untuk bekerjasama dengan syarikat syarikat teknologi mereka kerana risau mengenai aktiviti pengintipan untuk kerajaan China Reuters m...
Syarikat Ini Hentikan Sementara Alkohol Dalam Penerbangan

Syarikat Ini Hentikan Sementara Alkohol Dalam Penerbangan

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 301 hits
Ada banyak hikmah dan kebaikan bila seluruh dunia dilanda wabak pandemik Covid 19 Paling ketara dunia seakan reset kembali keindahan semulajadi dengan air yang kembali jernih dan udara yang kembali sihat Kini ada beberapa Syarikat Ini Henti...
Cradle Memperkenalkan Dua Geran Pelaburan Dalam Membantu Syarikat Pasarkan Inovasi Dengan Pantas

Cradle Memperkenalkan Dua Geran Pelaburan Dalam Membantu Syarikat Pasarkan Inovasi Dengan Pantas

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 198 hits
Cradle Fund salah satu badan pelabur yang sedia melabur pada sejumlah syarikat teknologi tempatan kini telah memperkenalkan dua lagi program pelaburan baru dalam bentuk geran iaitu CIP Ignite dan juga CIP Accelerate Kedua duanya ditawarkan ...
Kumpulan Teksi Dakwa Syarikat Enggan Beri Surat Kebenaran Perbaharui Kad Pemandu

Kumpulan Teksi Dakwa Syarikat Enggan Beri Surat Kebenaran Perbaharui Kad Pemandu

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 267 hits
Gabungan Teksi SeMalaysia mendakwa pihak berkuasa seolah olah menjaga kepentingan syarikat teksi berbanding pemandu teksi PETALING JAYA Sebuah kumpulan yang mewakili pemandu teksi mendakwa ada syarikat teksi yang enggan memberikan surat keb...
Badan Penyelia Bursa S Pura Siasat Syarikat Berkaitan Mirzan Mahathir

Badan Penyelia Bursa S Pura Siasat Syarikat Berkaitan Mirzan Mahathir

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 304 hits
SBI Offshore yang mana pengerusi eksekutifnya ialah Mirzan Mahathir iaitu anak kepada Dr Mahathir Mohamad kini disiasat badan penyelia Bursa Saham Singapura SGX RegCo atas dakwaan kemungkinan pelanggaran peraturan penyenaraian dan tugas fid...
Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

Japan Crowned Champions In Sultan Azlan Shah Cup For First Time

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Presiden Pbsnt Kongsi Perkembangan Terkini Akhyar Rashid

E Kyc Syarat Pengeluaran Kwsp Rm250 Ke Atas Bagi Akaun 3

Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

Dah Jumpa Sebab Kalah Pn Kata Sebab Pengundi Luar

Jaringan Tunggal Hidalgo Bantu Sri Pahang Fc Kutip Tiga Mata Tewaskan Kelantan Darul Naim Fc

Ziarah Kubur Arwah Mak Pah