Azira Shafinaz Tak Lupa Nyanyian






Tidak hanya berbakat dalam nyanyian, Azira Shafinaz turut mempamerkan kualiti lakonan yang memberangsangkan. Dia bersyukur kerana kehadirannya dalam industri seni tanah air diterima baik.

Anak seni yang juga anggota kumpulan De Fam itu tidak putus-putus menerima tawaran berlakon. Boleh dikatakan setiap tahun, Azira pasti tampil dengan drama dan telefilem baharu.

Meski sibuk dengan penggambaran, Azira bagaimanapun tidak pernah melupakan bidang nyanyian. Kata si cantik itu, mana mungkin dia meninggalkan dunia nyanyian kerana sangat mencintai cabang seni itu.

“Betul, jika dibandingkan dengan Sophia dan Cik Manggis, saya paling aktif berlakon. Namun, itu tidak bermakna saya akan tinggalkan bidang nyanyian dan fokus berlakon saja kerana dua cabang seni ini saya suka.

“Buat peminat yang menunggu buah tangan daripada De Fam, insya-Allah Ogos nanti kami lancarkan lagu baharu. Sebenarnya lagu sudah siap cuma lewat dilancarkan kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dulu.

“Buat masa ini, saya belum boleh kongsi tajuk lagu ini. Ia berbeza daripada karya dendangan kami sebelum ini. Apa yang boleh saya simpulkan ia menampakkan kematangan De Fam,” katanya.

Puteri bongsu berusia 28 tahun itu turut mendedahkan kisah cintanya dengan bekas kekasih yang juga ahli perniagaan, Yasser Khan kembali bertaut.

Sebelum ini berikutan masalah tertentu, mereka memutuskan untuk berpisah dan bawa haluan masing-masing selama enam bulan. Sepanjang tempoh itu Azira serta Yasser sama-sama muhasabah diri dan akhirnya mengambil keputusan untuk bersama semula.

Bagi Azira, perpisahan itu menjadikan mereka lebih matang dalam menangani setiap masalah yang melanda. Perpisahan juga mengajar mereka apa itu makna rindu.

“Dalam tempoh enam bulan, kami melihat kembali kelemahan diri dan cuba perbaiki. Proses ini mematangkan kami.

“Saya nampak kesungguhan dan keikhlasannya untuk berbaik semula. Dia berusaha memulihkan hubungan kami. Tindakannya itu membuatkan hati saya terbuka untuk menerimanya semula,” kata Azira yang sudah enam tahun mengenali jejaka itu.

Ditanya mengenai perancangan ke jenjang perkahwinan, Azira berkata mereka pernah berbincang mengenai perkara itu tetapi ia tidak akan berlangsung dalam masa terdekat.

Pernah menyasarkan untuk menamatkan zaman bujang pada usia 25 tahun, Azira bagaimanapun tidak terdesak untuk berumah tangga apatah lagi kerjayanya sedang mekar mewangi.

“Dulu, saya pernah berangan-angan untuk berkahwin pada usia 25 tahun tetapi lihat perkembangan karier, mungkin selepas 30 tahun barulah saya akan bergelar isteri.

“Saya bukan saja rancak membina karier nyanyian dan lakonan tetapi juga aktif mengacara. Kesibukan itu membuatkan saya terpaksa mengkaji semula rancangan yang diatur sebelum ini,” katanya.

Azira bagaimanapun yakin Yasser lelaki yang tepat buat dirinya. Ini kerana Yasser mampu membimbingnya menjadi individu lebih baik.

“Yasser tidak pernah menghakimi saya secara luaran. Malah, saya selalu cakap dengan orang tua saya tidak pernah jumpa mana-mana lelaki yang ikhlas menyayangi diri ini sepertinya,” kata Azira.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/06/azira-shafinaz-tak-lupa-nyanyian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azira Shafinaz Ingin Kahwin Usia 30 Tahun

Azira Shafinaz Ingin Kahwin Usia 30 Tahun

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 867 hits
Kembali menghiasi drama bersiri berjudul Pia terbitan JS Pictures si jelita yang dikenali sebagai Azira Shafinaz itu mampu menarik nafas lega atas penerimaan industri terhadap bakat lakonannya Semakin meriah dengan tawaran berlakon kepercay...
Tidak Peruntukkan Sejumlah Wang Azira Shafinaz Ikut Kemampuan Amp Rezeki

Tidak Peruntukkan Sejumlah Wang Azira Shafinaz Ikut Kemampuan Amp Rezeki

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 584 hits
Hiburan Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz tidak memperuntukkan sejumlah wang untuk diberikan kepada ahli keluarga serta tetamu yang datang semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri Menurut Azira jika pada tahun itu dimurahkan rezeki dia akan b...
Jangan Lupa Amalkan Ini Usai Shalat Jum At Ini Hikmahnya

Jangan Lupa Amalkan Ini Usai Shalat Jum At Ini Hikmahnya

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 313 hits
Jum at merupakan hari yang dimuliakan dalam Islam Di dalamnya terdapat hikmah dan banyak keutamaan Sebab itu Jum at hari yang terbaik untuk melakukan amal shaleh Ada banyak amalan sunnah yang bisa dikerjakan pada hari itu di antaranya adala...
Menari Dengan Peguam Itu Barulah Conflict Of Interest Jangan Buat Buat Lupa Diskriminasi Pula

Menari Dengan Peguam Itu Barulah Conflict Of Interest Jangan Buat Buat Lupa Diskriminasi Pula

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 381 hits
Inkues dalam kes Adib dan Untuk kemudahan rujukan boleh rujuk pada posting seorang peguam yang korang selalu samakan macam aku tu Minta simpang malaikat Sebelum aku ulas aku suka nyatakan pendirian aku sebagai peguam yang mana golongan pegu...
Ph Jangan Lupa Rule Of Law Yang Diperjuangkan

Ph Jangan Lupa Rule Of Law Yang Diperjuangkan

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 254 hits
Noraini Ahmad KUALA LUMPUR Inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bukan prosiding yang mahu mencari siapa kalah dan menang Justeru sepatutnya tidak ada pihak yang dipersalahkan kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO ...
Ph Jangan Mudah Lupa Sumbangan Peneroka Felda

Ph Jangan Mudah Lupa Sumbangan Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 368 hits
Apabila baru baru ini Azmin Ali mengumumkan tiada duit raya akan diberikan kepada peneroka Felda bagi tahun ini sebahagian kita mungkin memahami betapa kecewa dan remuknya hati mereka Ini kerana saban tahun sebelum ini duit raya tidak perna...
Nyanyian Lagu Bismillah Seperti Suara Penyanyi Perempuan

Nyanyian Lagu Bismillah Seperti Suara Penyanyi Perempuan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 458 hits
NYANYIAN LAGU BISMILLAH IKHWAN FATANNA SEPERTI SUARA PENYANYI PEREMPUAN Tahu tak ada lagu ni saya ingat penyanyi dia perempuan tapi rupa rupanya lelaki adoi tepuk dahi Al kisah petang semalam ketika memandu pulang dari pejabat lagu Bismilla...
Jangan Lupa Main Ke Destinasi Di Kudus Saat Mudik

Jangan Lupa Main Ke Destinasi Di Kudus Saat Mudik

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 261 hits
Kudus sangat identik dengan kota wisata religi dan kota kretek Kudus juga memiliki kekayaan keindahan alam yang tak kalah dengan daerah lain kata Menteri Pariwisata Arief Yahya Senin
Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 784 hits
Pastinya ramai yang dah pulang ke kampung halaman untuk beraya Bagi yang masih lagi dalam proses mengemaskan barang anak anak pastikan barangan penting anak tidak tertinggal Bukan saja baju dan kelengkapan raya tetapi paling penting adalah ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi