Azhar Minta Azalina Pengerusikan Dewan Rakyat Buat Sementara Waktu
MALAYSIA NOW
 Beliau mempengerusikan sidang hari ini mengikut Aturan Mesyuarat 7(3) yang di peruntukkan. 
Azalina Othman Said mempengerusikan Dewan Rakyat buat sementara hari ini. Gambar: Bernama     Speaker Dewan Rakyat Azhar  Azizan Harun hari ini meminta Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman  Said mempengerusikan siding Dewan Rakyat hari ini menggunakan Aturan  Mesyuarat 7(3).
Ketika mempengerusikan sidang, Azalina berkata dirinya hanya menggantikan Azhar buat sementara waktu.
“Ini sementara sahaja, muta’ah sekejap sahaja. Ini mengikut Aturan  Mesyuarat 7(3),” kata Azalina dengan nada bergurau merujuk istilah  perkahwinan kontrak dalam ajaran mazhab Syiah ketika ditanya oleh Ahli  Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu.
  Ketika  dihubungi, Azhar berkata tindakan memilih Azalina mempengerusikan  sidang itu adalah bagi membolehkan beliau menyelesaikan beberapa perkara  lain.
Ditanya mengapa timbalan beliau Mohd Rashid Hasnon tidak memangku  tugas tersebut, Azhar berkata ahli Parlimen Batu Pahat itu sudah  mempengerusikan sidang awal hari ini.
Beliau turut menambah akan kembali mempengerusikan sidang Dewan Rakyat selepas ini.
Kemunculan Azalina mempengerusikan sidang menarik beberapa ahli  Parlimen untuk mempertanyakan situasi yang jarang dilihat pada sidang  Dewan Rakyat.
Klausa Aturan Mesyuarat 7(3) yang dirujuk Azalina tersebut berbunyi:  “Seseorang ahli boleh diberikan kuasa oleh Yang di-Pertua sehingga Yang  di-Pertua kembali.”
Azalina meletakkan jawatan sebagai timbalan yang di-pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos lalu.
Azalina berkata tindakan tersebut diambil supaya dapat menjalankan  kewajipan dengan berkesan tanpa rasa takut atau memihak kepada mana-mana  pihak.
  Pemilihan calon menggantikan beliau sebelum ini dijangka akan dilakukan semalam, namun ia ditangguh ke Oktober depan.
Dua nama yang disebut-sebut menggantikan Azalina adalah Ahli Parlimen  Pontian Ahmad Maslan dari blok kerajaan dan Ahli Parlimen Teluk Intan  Nga Kor Ming, calon dari Pakatan Harapan.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/azhar-minta-azalina-pengerusikan-dewan.html