Azeem Mampu Pasang Impian Besar


 

Sukan Asia ke-19 Hangzhou yang melabuhkan tirainya malam kelmarin harus menjadi titik mula buat atlet pecut negara Muhammad Azeem Fahmi untuk mengejar impian lebih besar di lapangan olahraga pada ketika harapan negara tergalas di bahunya.
Belum pernah sejak kejayaan Mani Jegathesan dan Ishtiaq Mubarak mara ke separuh akhir acara olahraga Sukan Olimpik, seorang atlet Malaysia mampu ke peringkat itu lagi tetapi Azeem tentunya memiliki prospek untuk mengulanginya.
Jegathesan adalah atlet pertama negara layak ke separuh akhir acara 200m Sukan Olimpik Tokyo pada 17 Okt 1964 dan mengulanginya dalam Sukan Olimpik Mexico pada 16 Okt 1968. Ini dituruti Ishtiaq Mubarak bagi acara 110m lompat pagar dalam Sukan Olimpik Montreal 1976.
47 tahun sudah berlalu sejak catatan bersejarah berkenaan – atau ia akan genap 60 tahun apabila Sukan Olimpik Paris berlangsung tahun depan (26 Julai-11 Ogos 2024) jika dikira dari tarikh kejayaan sulung Jegathesan itu.
Azeem, dengan bersandarkan kejayaan sulungnya menyumbang pingat buat negara apabila meraih gangsa di Hangzhou dengan catatan 10.11s, 30 Sept lalu — menamatkan penantian 41 tahun kem olahraga negara bagi sebutir pingat acara 100m sejak Rabuan Pit memenangi emas dalam Sukan Asia New Delhi 1982 – bagaimanapun tidak harus terlalu terburu-buru.
Atau dia dipaksa menyegerakannya, sebaliknya biarlah dia menuruti perancangan jurulatihnya untuk dia memuncak tepat pada masa dan pertandingan yang disasarkan bagi mengelakkan risiko kecederaan yang hanya akan merugikan dalam jangka panjang.
“Saya berasa sangat menakjubkan sebab saya akhirnya dapat buktikan sesuatu kepada semua orang yang saya punya prestasi bukan sekadar atas kertas, saya akhirnya dapat hadiahkan medal untuk negara,” katanya dalam temu bual Nadi Weekend pada 1 Okt – sehari selepas kejayaan gangsanya.
Keutamaan kini ialah untuk atlet berusia 19 tahun itu layak secara merit ke temasya Paris 2024 lebih dahulu dengan mengatasi masa kelayakan 10.00 saat dan peluang masih terluang buatnya menerusi siri kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) Amerika Syarikat untuknya melakukan itu.
Pemegang rekod kebangsaan 10.09s dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia tahun lalu itu sebelum ini menyasarkan masa 10s dalam Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok dari 12-16 Julai lalu. Dia bagaimanapun berkesudahan di tangga kelima dengan masa agak perlahan 10.25s dalam perlumbaan yang dimenangi atlet Jepun Hiroki Yanagita dengan catatan 10.02s.
Barangkali ketika itu dia didorong kepantasan 10.04s dalam satu kejohanan di Amerika Syarikat sebelum itu. Ia bagaimanapun tidak diiktiraf kerana bantuan angin. Tapi Azeem juga sudah menunjukkan banyak kemajuan sejak melanjutkan pengajian di Universiti Auburn. Alabama, AS sejak 4 Jan lalu.
April lalu, umpamanya, Azeem melakar 10.14s dalam East Coast Relays di Jacksonville, Florida dalam hanya perlumbaan keduanya di AS. Meskipun hanya di tempat keenam, apa yang membanggakan dia mampu mengatasi juara remaja dunia 2015, Abdul Hakim Sani Brown dari Jepun.
Perlumbaan itu dimenangi pelari Puma, Cejhae Greene (10.01s), diikuti pelari Tumbleweed Track Club, Xie Zhenye (10.06s) yang menang pingat emas di Sukan Asia Hangzhou dan peserta Campbell University, Dominique Alexander (10.11s).
Jika bukan pun kerana yang lain, ia mendedahkan Azeem kepada tahap saingan lebih tinggi di AS yang sarat dengan pelari pecut muda dari pelbagai negara, sesuatu yang diperlukannya secara konsisten untuk meningkatkan lagi tahap kepantasannya.
Berselang sebulan pada Mei, Azeem mencantas masanya lagi kepada 10.11s ketika di tempat kedua di belakang rakan sepasukan Favour Ashe (10.06s) untuk penyudahan satu-dua buat Universiti Auburn dalam saringan Kejohanan Trek dan Padang SEC. Final acara itu dimenangi pelari LSU, Godson Oghenebrume (10.04s), diikuti Ashe (10.08s) manakala Azeem (10.25s) di tempat ketujuh.
Pilihannya untuk ke Universiti Auburn terbukti adalah keputusan terbaik. Mendapat bimbingan ketua jurulatih trek dan balapan universiti itu, Leroy Burell – bekas pemegang rekod 100m dunia dua kali 9.90s (1991) dan 9.85s (1994) dan penolong jurulatih Ken Harnden, pemenang gangsa 400m
berhalangan Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, tidak mungkin dia boleh harapkan lebih baik, tambahan dengan Ashe sebagai rakan berlatih.
Mungkin apa yang diperlukan Azeem ialah membina otot-ototnya agar lebih sasa untuk mengerah lebih kekuatan dan kepantasan daripadanya serta perincian teknik kerana daripada segi ketinggian, dia tiada kekurangan pada ukuran 1.84m – tinggi sedikit daripada Ashe dan Burrell (1.83m), malah
bekas juara Olimpik dan dunia Maurice Greene (1.76m), pemenang empat pingat Olimpik Ato Boldon dari Trinidad & Tobago (1.76m) dan pemenang enam pingat Olimpik dari Kanada Andre De Grasse (1.76m).
Harus tidak silap untuk katakan Azeem direncanakan untuk mencapai sesuatu yang lebih besar. Dengan bimbingan kejurulatihan yang sedang dinikmatinya di AS, amalan sains sukan dalam melakar kemajuannya serta pendedahan berterusan di tahap saingan tertinggi, dia mampu untuk memasang impian besar.
Dengan kepantasan, seiring dengan kepintarannya dengan skor 6A dalam SPM 2021, Azeem turut kini bertutur dengan nada lebih berkeyakinan: “Beri saya beberapa tahun lagi dan saya akan buktikan saya mampu berdiri di pentas dunia.
“Tahun ini perjalanan yang sangat mencabar dengan kecederaan, berkelana di tempat orang, berjauhan dengan keluarga dan kurang motivasi. (Tapi) untuk tahun ini, saya dah lari 10.2s lebih daripada tujuh kali, yang pada saya adalah konsisten. Tapi saya tahu ramai di luar sana yang mahu saya lari bawah 10 saat dalam masa terdekat ini,” katanya.
Kepada satu soalan sama ada dia berasa takut dengan harapan tinggi rakyat Malaysia ke atasnya, Azeem berkata ia tidak lagi membuatnya gentar selepas berjaya menyumbang pingat di Hangzhou di sebalik dia belum lagi jadi pelari pecut terpantas Asia mahupun Asia Tenggara (dia tewas kepada pelari Thailand, Puripol Boonson).
“Saya dah tak takut dengan benda tu. Saya lagi takut sebelum ni yang mana saya tak pernah deliver apa-apa untuk Malaysia. Waktu tu orang masih lagi mengharapkan saya dapat lakukan sesuatu untuk negara.
“Tapi sekarang saya dah dapat menempatkan diri saya dalam tiga terbaik Asia. Alhamdulillah selepas ini saya pun akan boleh kata dipandang oleh negara-negara lain, yang mana saya boleh perform di major championship.”
Mungkin sesetengah orang melihat perbezaan 0.20 saat itu sudah terlalu dekat tapi mana-mana pelari pecut pun akan memberitahu yang jurang sekecil itu masih terlalu sukar sebenarnya. Tapi catatan 10.11s yang dilakukannya di Hangzhou membayangkan dia sudah semakin hampir.
Terbaru, Azeem sudah memecah masuk ke kelompok 10 teratas dalam ranking 100m Asia dengan melonjak dari tangga ke-14 bulan lalu ke tangga kelapan kini – kedudukan tertingginya di Asia.
Barangkali temasya Paris 2024 semakin suntuk tapi Sukan Olimpik Los Angeles 2028 harus menggamit kehadirannya.
Jangkaan saya ialah Azeem akan mengatasi halangan 10.00s lebih awal dari itu lagi. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/10/azeem-mampu-pasang-impian-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlu Dana Lebih Besar Untuk Pacu Industri Sukan Kata Ketua Kontinjen

Perlu Dana Lebih Besar Untuk Pacu Industri Sukan Kata Ketua Kontinjen

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 240 hits
Malaysia berpotensi menuai lebih banyak pingat dan menambah kutipan emas di Sukan Asia Hangzhou kata ketua kontinjen negara Chong Kim Fatt HANGZHOU Pencapaian kontinjen negara di Sukan Asia Hangzhou 2022 memberi gambaran bahawa peruntukan d...
6 Jurusan Yang Sedikit Peminat Tapi Peluang Kerja Besar

6 Jurusan Yang Sedikit Peminat Tapi Peluang Kerja Besar

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 162 hits
Yang masih bingung suatu hari nanti mau kuliah jurusan apa bisa mempertimbangkan ini ya
Siapa Kata Ringgit Jatuh Membimbangkan Yang Pandai Buat Duit Tenang Sahaja Tetap Untung Besar

Siapa Kata Ringgit Jatuh Membimbangkan Yang Pandai Buat Duit Tenang Sahaja Tetap Untung Besar

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 129 hits
Ibrahim Mat IsaEmas Tak selamanya seluang melaut kata bidalan menjunam pasti menjongket Dah sampai ke dasar nak pergi mana lagi Kannn Chart harian sudah mendasar tapi bulanan USD masih gagah Kerajaan US pun dah selamat dari bangkrup Hati ke...
Makluman Ambilan Besar Besaran Pekerja Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Spp Bagi 2 Jawatan

Makluman Ambilan Besar Besaran Pekerja Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Spp Bagi 2 Jawatan

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 132 hits
Makluman Ambilan Besar besaran Pekerja Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan SPP Bagi 2 Jawatan 15 Dimaklumkan dari kami bahawasanya pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan telah mengeluarkan satu notis makluman untuk semua rakyat Malaysia ...
Misteri Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya

Misteri Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 290 hits
Hajar Aswad yang terletak di dalam bingkai perak Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka bah iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai Hajar Aswad merupakan jenis batu Ruby yang diturunkan Allah dari syurga melalu...
Syekh Ali Jum Ah Dan Ulama Besar Mesir Temui Megawati Ini Yang Dibahas

Syekh Ali Jum Ah Dan Ulama Besar Mesir Temui Megawati Ini Yang Dibahas

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 148 hits
Ali Jum ah juga mengajak Megawati untuk bekerja sama agar menciptakan dunia yang baik bagi semua orang
Penutupan Mtq Jawa Timur Lamongan Juara Umum Kota Pasuruan Masuk Empat Besar

Penutupan Mtq Jawa Timur Lamongan Juara Umum Kota Pasuruan Masuk Empat Besar

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 241 hits
Kota Pasuruan sendiri banyak mendapatkan apresiasi atas kesuksesan dan berkesannyapenyelenggaraan MTQ Jawa Timur tahun ini
Hadiri Apel Besar Pramuka Di Purbalingga Atikoh Dicegat Siswa Smkn Jateng

Hadiri Apel Besar Pramuka Di Purbalingga Atikoh Dicegat Siswa Smkn Jateng

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 88 hits
Usai upacara dan pelantikan Atikoh langsung diserbu para anggota pramuka siaga penegak bahkan pandega
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025