Perlu Dana Lebih Besar Untuk Pacu Industri Sukan Kata Ketua Kontinjen


 
Malaysia berpotensi menuai lebih banyak pingat dan menambah kutipan emas di Sukan Asia Hangzhou, kata ketua kontinjen negara Chong Kim Fatt. (Gambar Bernama)HANGZHOU: Pencapaian kontinjen negara di Sukan Asia Hangzhou 2022 memberi gambaran bahawa peruntukan dana lebih besar diperlukan untuk memacu industri sukan tanah air ke tahap terbaik.
Ketua kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou, Chong Kim Fatt menyifatkan faktor kewangan mempunyai peranan besar dalam kemajuan sukan seperti yang dilakukan kuasa besar antaranya juara keseluruhan China, Jepun, Korea Selatan dan India.
Beliau, yang juga naib presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM), berkata perkara itu disuarakan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Okt ini.
“Memang kita perlukan lebih geran untuk majukan sukan di Malaysia,” katanya pada sidang media rumusan prestasi kontinjen negara di Sukan Asia ke-19.
Pada masa sama, Kim Fatt berpuas hati dengan prestasi kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 27 pingat selepas mengumpul keseluruhan 32 dengan pecahan enam emas, lapan perak dan 18 gangsa.
Katanya, Malaysia mempunyai potensi menuai lebih banyak pingat dan menambah kutipan emas sekiranya jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang turut bersama kontinjen.
Namun, beliau berkata disebabkan jumlah atlet seramai 288 tidak sebesar kontinjen ke Jakarta-Palembang 2018 kira-kira 400 atlet, nisbah atlet setiap pingat bertambah baik dengan satu pingat untuk sembilan atlet.
Azizulhasni, yang juga pemenang emas dalam acara pecut individu lelaki pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia, terpaksa menarik diri susulan kecederaan yang dialami sewaktu sesi latihan di Velodrom Nasional di Nilai.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata pada edisi kali ini Malaysia kehilangan 12 pingat akibat sukan tenpin boling dan pencak silat tidak dipertandingkan, selain ketiadaan Azizulhasni.
“Tetapi kontinjen kita telah buktikan bahawa tanpa boling, pencak silat dan Azizulhasni, mereka masih lagi berjaya membawa pulang 32 pingat keseluruhan termasuk enam emas, kurang satu emas berbanding edisi 2018,” katanya.
Pungutan keseluruhan 32 pingat termasuk enam emas, menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-14 dan ketiga terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara di belakang Thailand yang meraih 12 emas, 14 perak, dan 32 gangsa; diikuti Indonesia dengan 7-11-18.
Juara bertahan China mengekalkan dominasi selaku kuasa besar Sukan Asia sejak edisi 1982 di New Delhi, India apabila mengumpul 201-111-71; diikuti Jepun (52-67-69) dan Korea Selatan ketiga dengan 42-59-89. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/10/perlu-dana-lebih-besar-untuk-pacu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Dabik Dada Mengaku Siapa Lebih Islam Kata Zahid

Jangan Dabik Dada Mengaku Siapa Lebih Islam Kata Zahid

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 199 hits
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi pada program zikir perdana sedunia di Masjid Putra Putrajaya PUTRAJAYA Umat Islam harus mengetepikan perbezaan politik dan tidak menuding jari membandingkan siapa mempunyai pegangan Islam lebih baik ant...
Siapa Kata Ringgit Jatuh Membimbangkan Yang Pandai Buat Duit Tenang Sahaja Tetap Untung Besar

Siapa Kata Ringgit Jatuh Membimbangkan Yang Pandai Buat Duit Tenang Sahaja Tetap Untung Besar

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 141 hits
Ibrahim Mat IsaEmas Tak selamanya seluang melaut kata bidalan menjunam pasti menjongket Dah sampai ke dasar nak pergi mana lagi Kannn Chart harian sudah mendasar tapi bulanan USD masih gagah Kerajaan US pun dah selamat dari bangkrup Hati ke...
Hiburan Kalau Arwah Masih Ada Mesti Dia Masuk Gv10 Dan Menyanyi Di Atas Pentas Lebih Besar Kini Shuib

Hiburan Kalau Arwah Masih Ada Mesti Dia Masuk Gv10 Dan Menyanyi Di Atas Pentas Lebih Besar Kini Shuib

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 224 hits
Pelawak dan usahawan Shuib berkata jika arwah isterinya Siti Sarah masih hidup pasti allahyarham akan masuk bertanding di Gegar Vaganza musim ke 10 kerana isterinya itu memang suka menyanyi Kata Shuib Siti Sarah pernah menyertai Gegar Vagan...
Kerajaan Komited Pastikan Industri Getah Malaysia Selaras Dengan Sdg 2030 Kata Fadillah

Kerajaan Komited Pastikan Industri Getah Malaysia Selaras Dengan Sdg 2030 Kata Fadillah

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 197 hits
KERAJAAN komited untuk memastikan industri getah Malaysia dapat memenuhi keperluan kemampanan antarabangsa selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladang...
Umno Terima Lebih Rm20 Juta Dana 1mdb Mahkamah Diberitahu

Umno Terima Lebih Rm20 Juta Dana 1mdb Mahkamah Diberitahu

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 165 hits
Ho Kit YenKUALA LUMPUR Seorang pegawai penyiasat polis memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan 1MDB Najib Razak bahawa Umno mendapat manfaat daripada dana 1MDB berjumlah lebih RM20 juta Foo Wei Min daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ko...
Semua Empangan Hidroelektrik Termasuk Kenyir Utuh Kata Tnb

Semua Empangan Hidroelektrik Termasuk Kenyir Utuh Kata Tnb

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 316 hits
Tenaga Nasional Berhad berkata pemeriksaan dan penilaian keselamatan yang dilakukan secara berkala mendapati struktur empangan Kenyir berada dalam keadaan utuh dan selamat PETALING JAYA Struktur semua empangan hidroelektrik termasuk empanga...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Realme Menerajui Penanda Aras Prestasi Memperkenalkan Konsep Kanta Boleh Tukar Di Mwc 2025

We Re At Mwc Showcasing The Latest Ai Features On Android

Nak Beli Kereta Baru Vs Kereta Lama

Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm