Azam Baru Blogging 2020 Part 2


AssalamualaikumBismillah
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH kerana masih diberikan kesempatan untuk mencoret di ruangan blog ini. Setelah beberapa minggu senyap dengan task blog akhirnya aku dapat mencuri sedikit masa untuk menulis di sini. 
Sejak Covid-19 melanda dunia, kehidupan kita berubah 360' darjah terus kan. Ada yang hilang punca pendapatan, diberhentikan, tidak dapat bercuti, tidak dapat pergi sekolah dan sebagainya. 
Walaupun kerajaan dah bagi kelonggaran sedikit tetapi semakin lama kes pun semakin meningkat juga dari 1 kepada 2 angka. Aku kalau boleh kan, tak nak lagi hadap PKP. 
Ya, aku blogger. Takda masalah buat kerja dari rumah tetapi aku juga buat bisnes kecil-kecilan di luar untuk menampung kos sara hidup diri dan belanja keluarga. Sekiranya PKP dikuatkuasakan kembali, sejujurnya sangat menjejaskan juga pendapatan sampingan aku. 
Malah ibu bapa aku sendiri tak dapat keluarga bekerja. So, kita pandai-pandailah ya jaga diri dan keluarga. Malas nak bebel panjang benda ni. Dah besar panjang kan. Ada akal fikiran yang sihat & waras untuk berfikir mana baik dan buruk

Okay stop cerita pasal tu


Aku sebenarnya nak kongsi dengan korang ni bahawa aku dah buat azam blogging yang baru untuk 2020 memandangkan azam aku dah tercapai pada pertengahan bulan Mei tahun ni.  Boleh baca Things I Must Do In 2020. 
Aku kena buat azam juga sebab susah gila takda azam. Hahaha
Aku rasa macam hura-hara hidup tiada matlamat ni. Dapat duit lebih melabur ke tempat yang tak berfaedah. So, nak tak nak kena buat juga supaya aku lebih fokus dan ada tujuan. Aku tak pastilah kalau orang lain. 
Azam Baru Blogging 2020 [Part 2]1. Publish 200 entri Untuk Tahun 2020Azam kali ini berbeza daripada sebelum ini. Dulu nak target 15 entri setiap bulan. Tapi tak juga tercapai sebab menulis pun ikut mood punya pasal kan. 
Jadi buat azam yang realistik sikit lah ikut kemampuan. Bila target 200 entri ini senang sebab bulan ni mungkin tak banyak nak post, tetapi manalah tau bulan depan ilham datang mencurah-curah kan. 
So, by the end of this year aku harap berjaya capai lah target ni. Nanti kita tengok macam mana. 
2. Target 200k Pageview Setiap Bulan di Google AnalyticsSeperti yang korang sedia maklum, pageview di blog dan Google Analytics tak sama kan. Google analytics lagi tepat dan kebanyakkan klien pun minta statistik di GA saja. Alhamdulillah, so far aku berjaya capai 150k setiap bulan

Aku tahu ada ramai lagi blogger yang hebat belaka. Cuma tak menunjuk. Aku pula memang tak sembunyi sangat benda macam ni sebab apabila aku buat azam yang jelas macam ni buat aku lagi bersemangat untuk menulis. 
Kadang-kala kalau nampak performance blog kawan yang hebat, aku rasa terinspirasi juga nak jadi macam mereka. Tak boleh dengki atau cemburu sebab kita tak tahu kan orang tu mungkin struggle gila nak naikkan pageviews ke. 
Aku cemburu juga. Tetapi cemburu dengan usaha dan kerajinan mereka. Dorang boleh, kenapa aku tak boleh buat kan? Kalau setakat tunggu pageview mencanak tanpa usaha memang ajaib tu. 
Apabila nampak kejayaan orang kita cuba belajar macam mana mereka boleh berjaya. Bukan kritik dan menjatuhkan ya. 
3. Capai 3.5 Juta PageviewBila target tinggi macam ni rasa meremang pun ada, takut nanti tak mampu. InsyaAllah kalau aku mampu kot sebab sebelum ni pernah juga target tinggi. Alhamdulillah tak sampai pun hujung tahun dah tercapai. So memang tak mustahil lah

Bagi aku kunci untuk berjaya capai azam adalah 'Usaha, Tindakan, Konsisten & Doa'. Kalau setakat buat azam saja semua orang pun boleh buat. Jadi aku memang selalu cabar diri sendiri untuk buat macam ni. Siap tampal sticky note di laptop, dinding dan buku nota. Hahaha
Jadi hari-hari aku sentiasa nampak dan ingat. Bukan aku saja, semua orang dalam rumah kalau masuk bilik aku boleh baca apa azam aku. Haha~
4. Cashout Adsense 5 kaliTahun ini aku nak target cashout adsense 5 kali. Sebenarnya apabila dah dapat adsense ini memang happy sangatlah. Tetapi kalau tak cuba kekalkan prestasi blog, sama juga tunggu 2 tahun baru dapat cashout. 
Apatah lagi yang memang fulltime blogger macam aku ni mestilah nak masuk gaji blog setiap bulan kan. Siapa lagi yang nak bagi duit kat aku. Tengok orang lain macam best je dapat payment setiap bulan kan. 
5. Dapatkan Job Menulis Setiap BulanBagi aku nak dapatkan job menulis ini sangatlah mencabar. Selain berharap kepada adsense semata aku juga setiap bulan promote diri sendiri haha. Gigih benar mencari. Dalam sehari hantar email kat mana-mana brand sampai 3 -5 kali sehari

Ada yang balas. Ada yang tak balas langsung. Ada yang bertanya. Macam-macam ragamlah. Haha Alhamdulillah, syukur sangat. Tahun ini aku dapat lebih dari 10 job menulis artikel. Kadang tulis review di blog sendiri. 
Ada juga menulis sebagai ghostwriter. Ada yang di upah untuk tulis di blog orang. Dan beberapa job lain seperti servis buat blog, pasangkan domain dan design template blog. 
KesimpulanSejujurnya, jadi fulltime blogger berkali-kali ganda lagi penat berbanding kerja di luar. Apabila ada task kadang sampai tak ingat makan dan tidur. Syukurlah aku masih bujang. Kalau dah ada anak Ya Allah kasihan anak aku nanti tak dilayan

That's why aku sangat respect dengan blogger yang dah berkahwin dan ada anak. Dahlah penat kerja di luar, sempat lagi update entri. Nak urus rumah dan anak lagi, MasyaAllah memang hebat sangat korang


Alhamdulillah perjalanan hidup dan rezeki kita dah diatur oleh ALLAH dengan sangat cantik. Walaupun secara fizikal aku tidak sihat, aku bersyukur sangat kerana dikurniakan keluarga dan sahabat yang sangat memahami dengan kerjaya aku sekarang. 
Aku selalu minta restu ibu bapa apabila buat sesuatu perkara. Minta dipermudahkan apabila ada task. Adik-adik aku, abang aku, sepupu serta sahabat aku sangat supportive. Dorang faham betul lah kalau aku tetiba posing sendiri dalam bilik selfie dengan produk-produk hahaha~ Adik akulah selalu jadi sasaran photographer (upah KFC)

Tidak lupa juga dengan TEAM BITE MEDIA CONSULTANT yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat berkenaan blogging. Tak rugi join, ilmu yang sangat mahal dan tidak dapat dibeli dengan duit. Ada duit boleh habis, tetapi ada ilmu boleh gunakan untuk dapatkan income. 
Sekiranya korang berminat nak jadi ahli BITERS juga. Boleh dapatkan maklumat lanjut di :
Website : https://www.bitemediaconsultants.com
Facebook : Bite Media Consultants @bitewithyou
Email : [email protected]

Mana yang baik korang boleh jadikan teladan. Yang mana tak baik boleh komen untuk aku perbaiki. Yang tak suka dengan apa yang aku tulis pun boleh saja komen takda masalah. Pendapat setiap orang itu tidak sama, jadi aku memang hargai sangat. 
Semoga azam ini, bukan sekadar azam. Doakan aku supaya sentiasa diberikan ilham yang baik untuk terus berkongsi manfaat buat kalian semua. Aku tak minta banyak. Aku cuma minta supaya apa sahaja yang aku kongsi dapat bagi inspirasi untuk semua. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2020/08/azam-baru-blogging-2020-part-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tutorial Gambar Jadi Blur Lepas Update Blogger Baru 2020

Tutorial Gambar Jadi Blur Lepas Update Blogger Baru 2020

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 355 hits
Blogger baru baru ini telah memaksa pengguna blogger untuk beralih kepada interface baru blogger yang nampak fresh sesuai dengan zaman teknologi terkini Tapi apa yang tak bestnya ialah apabila dah update blogger kemudian kita tulis lah maca...
Kereta Batubara Tanjung Enim Baru Tarahan Naik Jadi 20 Rangkaian Per Juli 2020

Kereta Batubara Tanjung Enim Baru Tarahan Naik Jadi 20 Rangkaian Per Juli 2020

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 215 hits
PT Kereta Api Indonesia menyatakan pelayanan bongkar harian angkutan Batubara relasi Tanjung Enim Baru Tarahan mengalami peningkatan rata rata rangkaian kereta menjadi 19 20 rangkaian kereta batubara periode Juni Juli 2020
Pelan Perdagangan Eur Usd Pada 30 Julai 2020 Lonjakan Baru Dalam Kejadian Covid 19

Pelan Perdagangan Eur Usd Pada 30 Julai 2020 Lonjakan Baru Dalam Kejadian Covid 19

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 254 hits
Lonjakan baru dalam kes Covid 19 baru diperhatikan di Amerika Syarikat Brazil dan India semalam setelah menurun dengan stabil dalam tempoh tiga hari sebelumnya Lebih teruk lagi jumlah kematian telah meningkat di mana untuk pertama kalinya d...
Aidiladha 2020 Family Sa Part 1

Aidiladha 2020 Family Sa Part 1

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 384 hits
Hi korang Aidiladha dah beberapa hari berlalu baru terhegeh hegeh nak update entry Takde la wajib entry ni cuma tak best plak akalu tak simpan kat blog sebagai kenangan sok sok mana tau dah tua tak blogging lagi bleh throwback bleh baca sem...
Kenapa Azam Tahun Baru Gagal

Kenapa Azam Tahun Baru Gagal

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 395 hits
Apa khabar azam tahun lalu Tahun baru biasanya menjadi symbol bagi satu permulaan yang baru Kononnya 365 muka surat sudah berlalu dan tiba masanya untuk membuka buku baru bermula dengan muka surat pertama yang memberi maksud hari pertama da...
Telekom Malaysia Mengumumkan Pelantikan Imri Mokhtar Sebagai Ceo Kumpulan Baru Bermula 1 Ogos 2020

Telekom Malaysia Mengumumkan Pelantikan Imri Mokhtar Sebagai Ceo Kumpulan Baru Bermula 1 Ogos 2020

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 518 hits
Telekom Malaysia hari ini telah mengumumkan pelantikkan CEO kumpulan TM juga Pengarah Urusan yang baru iaitu Imri Mokhtar Imri Mokhtar mempunyai pengalaman selama 24 tahun didalam arena telekomunikasi tempatan dan akan bertanggungjawab dala...
Terkini Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Terkini Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 197 hits
KUALA LUMPUR 4 Ogos Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional kepada semua peminjam bagi tempoh tiga bulan lagi mulai 1 Okt sehingga 31 Dis 2020 Menteri Pengajian T...
Kod Tidak Lulus Bsh 2020

Kod Tidak Lulus Bsh 2020

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 871 hits
KOD TIDAK LULUS BSH 2020 Bagi yang gagal tidak lulus BSH 2020 boleh semak kod tidak lulus BSH 2020 dan boleh rujuk terus dokumen sokongan yang diperlukan untuk memudahkan anda buat rayuan nanti Baca KOD 1 Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza...
Haji 2020 Sukses Digelar Ibadah Umroh Insya Allah Bakal Dibuka Secepatnya

Haji 2020 Sukses Digelar Ibadah Umroh Insya Allah Bakal Dibuka Secepatnya

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 242 hits
Arab Saudi berencana membuka kembali umroh setelah sukses menggelar ibadah haji di tengah pandemi virus corona Wakil Sekretaris Kementerian Haji dan Umroh Hussein al Sharif mengatakan pihaknya akan mengkompilasi pelajaran dari prosedur kese...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp